malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Aug 30, 2023
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan pengecualian yang diberikan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail terhadap pembatalan pendaftaran Umno.
Hakim Amarjeet Singh menafikan permohonan tiga ahli BN itu semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.
Amarjeet memutuskan bahawa badan kehakiman tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes melibatkan hal dalaman parti politik mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.
Hakim mahkamah sivil juga menegaskan bahawa ini dibuktikan oleh preseden undang-undang Mahkamah Rayuan yang menguatkan perkara ini.
Tiada perintah mengenai kos dikenakan.
Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mewakili menteri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
[Laporan penuh menyusul]
Showing posts with label Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Show all posts

Wednesday, August 30, 2023
Monday, June 12, 2023
Keputusan KDN lulus usul UMNO tidak pertanding dua jawatan utama dicabar
bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bh.com.my
Ahli UMNO Cawangan Kampung Bukit C2 Lembah Pantai, Satarriah Abdul Karim dan Zaidi Abdul Majid serta ahli MIC Lembah Pantai, P Vellasamy, memfailkan permohonan itu pada 15 Mei lalu menerusi Tetuan Rohaina & Co.
Dalam permohonan kebenaran itu, mereka menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Kerajaan Malaysia; Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan UMNO selaku responden.
Mereka memohon kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah certiorari untuk membatalkan kelulusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Mac lalu yang mengecualikan UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 menurut peruntukan Seksyen 70 akta sama.
Semua pemohon juga memohon perisytiharan bahawa surat RoS bertarikh 3 Mac lalu yang mendapati bahawa usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung 2022 adalah tidak teratur, bertentangan perlembagaan parti dan tidak sah.
Turut dipohon, ialah satu perisytiharan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO hendaklah dipertandingkan dalam masa 30 hari dari tarikh penghakiman.
Pemohon berkata pada 30 Januari lalu, suatu usul tambahan UMNO dicadangkan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada 11 hingga 14 Januari lalu, berhubung ketiadaan pertandingan untuk dua jawatan utama pada Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2023-2026.
Mereka berkata, pada 2 Mac lalu, RoS mengeluarkan surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO bertajuk Pengesahan Berhubung Usul Tambahan Ucapan Dasar Presiden Di Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang ditandatangani Ketua Pengarah RoS.
Kata mereka, dalam surat itu RoS mendapati usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah tidak teratur dan bertentangan dengan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO, oleh itu ia adalah tidak sah.
Menurut pemohon, sewajarnya RoS mewajibkan UMNO untuk mengambil tindakan pembetulan untuk mematuhi Fasal 9.3 perlembagaan parti itu.
"Pada 7 Mac lalu, satu kenyataan media dikeluarkan oleh Saifuddin yang menyatakan bahawa kementeriannya memutuskan untuk memberi pengecualian menurut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) akta sama," katanya.
Permohonan kebenaran semakan kehakiman berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh pada 15 Jun ini.
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bh.com.my
Jun 12, 2023
Gambar hiasan - Perhimpunan Agung UMNO
KUALA LUMPUR: Tiga penyokong Barisan Nasional (BN) memohon kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kelulusan Menteri Dalam Negeri berhubung usul tambahan UMNO tidak mempertandingkan dua jawatan utama dalam pemilihan parti itu.Ahli UMNO Cawangan Kampung Bukit C2 Lembah Pantai, Satarriah Abdul Karim dan Zaidi Abdul Majid serta ahli MIC Lembah Pantai, P Vellasamy, memfailkan permohonan itu pada 15 Mei lalu menerusi Tetuan Rohaina & Co.
Dalam permohonan kebenaran itu, mereka menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Kerajaan Malaysia; Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan UMNO selaku responden.
Mereka memohon kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah certiorari untuk membatalkan kelulusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Mac lalu yang mengecualikan UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 menurut peruntukan Seksyen 70 akta sama.
Semua pemohon juga memohon perisytiharan bahawa surat RoS bertarikh 3 Mac lalu yang mendapati bahawa usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung 2022 adalah tidak teratur, bertentangan perlembagaan parti dan tidak sah.
Turut dipohon, ialah satu perisytiharan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO hendaklah dipertandingkan dalam masa 30 hari dari tarikh penghakiman.
Pemohon berkata pada 30 Januari lalu, suatu usul tambahan UMNO dicadangkan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada 11 hingga 14 Januari lalu, berhubung ketiadaan pertandingan untuk dua jawatan utama pada Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2023-2026.
Mereka berkata, pada 2 Mac lalu, RoS mengeluarkan surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO bertajuk Pengesahan Berhubung Usul Tambahan Ucapan Dasar Presiden Di Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang ditandatangani Ketua Pengarah RoS.
Kata mereka, dalam surat itu RoS mendapati usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah tidak teratur dan bertentangan dengan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO, oleh itu ia adalah tidak sah.
Menurut pemohon, sewajarnya RoS mewajibkan UMNO untuk mengambil tindakan pembetulan untuk mematuhi Fasal 9.3 perlembagaan parti itu.
"Pada 7 Mac lalu, satu kenyataan media dikeluarkan oleh Saifuddin yang menyatakan bahawa kementeriannya memutuskan untuk memberi pengecualian menurut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) akta sama," katanya.
Permohonan kebenaran semakan kehakiman berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh pada 15 Jun ini.
Sunday, March 5, 2023
Tunjuk surat RoS, Ismail Sabri beritahu Zahid
agendaily.com
05/03/2023
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta mendedahkan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang didakwa menerima resolusi parti supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia perlu didedahkan susulan wujud perbezaan fakta yang tersebar
“Minta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat RoS itu, elok juga kalau boleh tunjukkan (surat) sebab ada dua laporan media berbeza.
“Satu kata RoS tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru. Saya pun baca laporan media juga,” katanya lapor BH, hari ini.
Malam tadi, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan UMNO menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan RoS menerima resolusi parti itu iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
Katanya RoS meluluskan usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.
Bagaimanapun, sebuah portal berita melaporkan RoS yang selesai menjalankan siasatan berhubung aduan diterima daripada dua ahli UMNO memutuskan usul tambahan terbabit tidak sah.
Portal berita terbabit bagaimanapun tidak memetik mana-mana individu atau sumber.
Pada 20 Januari lalu dua ahli UMNO membuat aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 itu.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menasihatkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya menghormati keputusan PAU 2022 berhubung dua jawatan tertinggi yang tidak dipertandingkan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta mendedahkan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang didakwa menerima resolusi parti supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia perlu didedahkan susulan wujud perbezaan fakta yang tersebar
“Minta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat RoS itu, elok juga kalau boleh tunjukkan (surat) sebab ada dua laporan media berbeza.
“Satu kata RoS tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru. Saya pun baca laporan media juga,” katanya lapor BH, hari ini.
Malam tadi, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan UMNO menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan RoS menerima resolusi parti itu iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
Katanya RoS meluluskan usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.
Bagaimanapun, sebuah portal berita melaporkan RoS yang selesai menjalankan siasatan berhubung aduan diterima daripada dua ahli UMNO memutuskan usul tambahan terbabit tidak sah.
Portal berita terbabit bagaimanapun tidak memetik mana-mana individu atau sumber.
Pada 20 Januari lalu dua ahli UMNO membuat aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 itu.
Saturday, January 21, 2023
Ya saya berdiri… tapi Nur Jazlan tak faham kenyataan, kata Ismail Sabri
agendaily.com
21/01/2023
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak faham berhubung kenyataannya berkaitan isu dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan.
Ahli Parlimen Bera itu menegaskan beliau memberi kenyataanya dari sudut perundangan dan perlembagaan parti di mana keputusan dua jawatan tidak dipertandingkan itu perlu dirujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Saya bercakap soal perundangan. Ada dua pandangan mengenai keabsahan keputusan itu, ada yang menyatakan ia sah dan sebaliknya.
“Kedua-dua pandangan itu ada alasan yang kukuh, jadi jika timbul pertikaian, maka mana-mana ahli boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan,” katanya lapor BH hari ini (21 Januari 2023).
Sebelum ini, Nur Jazlan menyifatkan tindakan Ismail Sabri itu pelik kerana ketika proses pengundian usul berkenaan dibuat, bekas Perdana Menteri kesembilan itu turut berdiri menyokong dua jawatan utama berkenaan tidak dipertanding.
Menurut Nur Jazlan lagi, walaupun majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU) sudah membuat keputusan supaya dua jawatan utama parti itu tidak dipertandingkan, masih ada suara sumbang yang tidak berpuas hati, ibarat rumah siap, pahat berbunyi.
Mengulas lanjut Ismail Sabri menjelaskan, ramai yang tidak faham dengan kenyataan beliau, termasuk Nur Jazlan.
“Seperti dinyatakan, setiap ahli berhak mengambil tindakan, termasuk merujuk kes itu kepada ROS,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan Nur Jazlan yang beliau sendiri bangun menyokong usul itu, Ismail Sabri berkata, beliau tidak mahu berdebat mengenai isu berdiri atau duduk.
“Ya, saya ada berdiri ketika laungan ‘Allahu Akbar’. Ada gambar yang menceritakan segala-galanya,” katanya.
Sebelum ini, Ismail dilaporkan berkata, keputusan PAU 2022 meluluskan usul itu sebagai suatu pendirian yang membimbangkan.
Beliau berkata, ia juga dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap usaha untuk memulihkan keyakinan generasi muda serta orang Melayu terhadap parti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak faham isu yang beliau bangkitkan.

Friday, January 20, 2023
Masih ada yang waras dalam UMNO, Khairy puji ahli lapor kepada RoS
agendaily.com
20/01/2023
Tindakan beberapa ahli UMNO yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mendapat pujian Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyifatkan tindakan berani ahli-ahli UMNO yang membuat laporan tersebut membuktikan masih ada lagi mereka yang waras dalam parti dan tidak membabi-buta mengikut telunjuk pihak atasan.
“Well done guys, ada yang masih berani dan waras dalam UMNO. Saya yakin dengan kredibiliti RoS untuk buat semakan terhadap usul (Bahagian) Rembau di PAU (Perhimpunan Agung UMNO 2022),” katanya menerusi hantaran dalam Instastory hari ini.
Media melaporkan dua ahli UMNO menghantar aduan berkaitan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.
Mereka berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada perhimpunan lepas.
Ia susulan ramai mendakwa usul tambahan yang diperkenalkan perwakilan Negeri Sembilan semasa menjadi pencadang usul Ucapan Dasar Presiden itu melanggar Perlembagaan parti itu.
Khairy Jamaluddin merupakan pemimpin yang dilihat mampu memulihkan kembali imej UMNO dan memperkukuhkan semula kuasa politik parti itu.
Tindakan beberapa ahli UMNO yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mendapat pujian Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyifatkan tindakan berani ahli-ahli UMNO yang membuat laporan tersebut membuktikan masih ada lagi mereka yang waras dalam parti dan tidak membabi-buta mengikut telunjuk pihak atasan.
“Well done guys, ada yang masih berani dan waras dalam UMNO. Saya yakin dengan kredibiliti RoS untuk buat semakan terhadap usul (Bahagian) Rembau di PAU (Perhimpunan Agung UMNO 2022),” katanya menerusi hantaran dalam Instastory hari ini.
Media melaporkan dua ahli UMNO menghantar aduan berkaitan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.
Mereka berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada perhimpunan lepas.
Ia susulan ramai mendakwa usul tambahan yang diperkenalkan perwakilan Negeri Sembilan semasa menjadi pencadang usul Ucapan Dasar Presiden itu melanggar Perlembagaan parti itu.
Monday, August 27, 2018
JPP PKR tentukan kelayakan Rafizi untuk bertanding
MOHD. HAFIZI AHMAD dan JULIA ISMAIL
27 Ogos 2018 12:55 PM
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menentukan nasib Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kelayakan beliau untuk bertanding pada pemilihan parti kali ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pucuk kepimpinan parti tidak mempunyai masalah dengan Rafizi yang bertanding sebagai calon Timbalan Presiden pada pemilihan parti September depan.
Bagaimanapun, Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, JPP yang dipengerusikan oleh Datuk Rashid Din akan menentukan sekiranya pencalonan Rafizi itu melanggar peraturan pemilihan parti.
"Kita kena lihat bagaimana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melihat kes ini sebab Rafizi sepatutnya tidak mendapat apa-apa halangan (bertanding). Dia tidak bersalah, jadi apa salahnya?
"(Dari segi parti tiada apa-apa masalah) JPP ada. Dia akan lihat, okey terima kasih," katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen di sini pagi tadi.
Media hari ini melaporkan PKR mungkin berhadapan dikenakan tindakan pembubaran oleh ROS sekiranya membenarkan Rafizi bertanding sebagai calon Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu pada September ini.
Sumber dalaman PKR memberitahu, walaupun Rafizi mendakwa telah mendapat surat pengecualian daripada ROS untuk bertanding pada pemilihan parti, bekas Ahli Parlimen Pandan itu tidak pernah menunjukkan bukti tersebut.
Sementara itu, Setiausaha JPP PKR, Senator Ismail Yusof berkata, beliau tidak pernah melihat sebarang surat pengecualian daripada ROS yang membenarkan Rafizi bertanding pada pemilihan parti.
Ismail berkata, JPP serta Jawatankuasa Bantahan, Rayuan dan Disiplin parti akan membincangkan isu mengenai Rafizi supaya tidak berlaku perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan parti.
"Dalam peruntukan peraturan pemilihan memang ada sekiranya terlibat dengan kes mahkamah (tidak boleh bertanding) kecuali mendapat pengecualian. Tetapi saya tidak melihat apa-apa dokumen berkaitan saudara Rafizi.
"Saya pun baru baca pagi tadi dan belum boleh buat apa-apa komen. Setakat ini isu Rafizi kami tidak pernah bincangkan. Petang ini kita akan bermesyuarat dan akan bincangkan sekali," katanya.
27 Ogos 2018 12:55 PM
Rafizi Ramli.

- K! ONLINE
Monday, May 14, 2018
Ketua pengarah ROS masih bertugas seperti biasa

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan untuk bertemu perdana menteri, seperti tular di media sosial.
“Saya masih belum diarah untuk apa-apa tindakan dan setakat ini saya masih menjalankan tugas seperti biasa,” beliau dipetik sebagai kepada akhbar Umno Utusan Malaysia.
ROS sebelum ini membubarkan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diasaskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kerajaan baru Pakatan Harapan sedang “membersihkan” agensi-agensi kerajaan setelah mengambil alih tampuk pemerintahan negara Rabu lepas.
Setakat ini, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah diarah bercuti dan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad telah meletakkan jawatan.
Desakan berundur juga telah dibuat pada pesuruhjaya-pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif.
Friday, April 20, 2018
Digelar 'gila', Rais kata orang kuat Umno jangan sombong
Alyaa Azhar
Diterbitkan 20 Apr 2018
Penasihat sosiobudaya kerajaan Tan Sri Rais Yatim tertanya-tanya jika menjadi suatu dosa bagi beliau mencadangkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mendapatkan panduan semakan kehakiman berhubung status 'kesahihan' semasa parti itu.
Beliau mengulas bidasan blogger Umno, Ab Jalil Backer yang menulis "Rais semakin gila" di MyKMU, memberitahu veteran Umno itu untuk meninggalkan parti itu atau "lebih tepat, elok dipecat".
Hal ini, lantaran gesaan Rais agar majlis tertinggi Umno memohon pengisytiharan di mahkamah sama ada parti itu telah melanggar perlembagaannya atau tidak apabila Umno menangguhkan pemilihannya.
Rais mengakui bahawa sesetengah individu terlalu cepat 'melatah' atas cadangan beliau itu.
Bagaimanapun, beliau memberitahu individu terbabit untuk membaca Fasal 10 Perlembagaan Umno serta Seksyen 13 dan 14 Akta Pertubuhan yang menyentuh pembatalan dan penggantungan sesebuah persatuan.
Beliau berkata Umno mestilah sekurang-kurangnya membentuk panel perundangan bagi memperhitungkan nasib parti itu.
"Kemudian, tanya siapa yang menggila (semakin gila). Dengan cara ini, adakah kita telah lupa pada tahun 1988 apabila mahkamah mengharamkan Umno?
"Orang-orang kuat Umno tidak sepatutnya begitu sombong kerana membebankan diri dengan menolak pandangan dan penilaian yang membina," kata bekas menteri itu kepada Malaysiakini.
"Kelihatan kepada saya sekarang slogan 'Bersatu, bersetia, berkhidmat' itu hanyalah sekadar kata-kata semata-mata dalam nyanyian lagu yang dialunkan setahun sekali untuk kemudian dilupakan oleh para panglima perang yang makmur itu."
Rais bertegas Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak boleh dianggap sebagai pihak berkuasa tertinggi dalam menentukan atau merampas kuasa perlembagaan Umno.
"ROS (ketua pengarah) mesti menunjukkan beliau mempunyai kuasa untuk mengatasi Fasal 10 Perlembagaan Umno itu," kata Rais sambil menunjukkan ROS hanya memberi lanjutan pemilihan parti itu untuk 18 bulan lagi.
Fasal 9.3 menetapkan majlis tertinggi parti itu dikehendaki mengadakan pemilihan berikutnya dalam masa tiga tahun. Umno telah mengadakan pemilihan parti terakhir pada 19 Oktober 2013 lalu.
[Baca berita penuh]

Friday, April 6, 2018
Umno: 'Biar parti bubar' helah lama Mahathir
ZULAIKHA ZULKIFLI
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sengaja tidak mahu memenuhi peraturan serta syarat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana ingin "menyalahkan orang lain" berhubung pembubaran parti itu.
Malah, anggota parlimen Ketereh itu juga mendakwa, perbuatan berkenaan merupakan sebahagian daripada tindakan 'Mahathirisme' kerana perkara sama pernah berlaku pada Umno pada 1988.
"Tun M pernah dengan sengaja membiarkan Umno terbubar pada 1988 sebagai helah dan strategi beliau (untuk) menyingkirkan orang yang beliau tidak mahu.
"Kali ini tidak terkecuali. Mereka sengaja tidak memenuhi peraturan dan syarat ROS. Tujuannya supaya beliau boleh 'menyalahkan orang lain'.
"Ini sebahagian daripada Mahathirisme," dakwanya kepada Malaysiakini.
Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir yang juga pengerusi BERSATU kerana menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran pembubaran sementara BERSATU.
Umno pernah dibubarkan 30 tahun lalu selepas mahkamah memutuskan pemilihan parti itu tidak sah dan terbatal selepas Mahathir diasak hebat Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu.
Mahathir kemudian menubuhkan Umno (Baru) manakala musuh politiknya itu menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.
Razaleigh bagaimanapun kembali ke pangkuan Umno.
ROS bebas, kata Rizal
Sementara itu, bagi Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor pula, berkata Najib tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keputusan ROS.
"Datuk Seri Najib tiada kena-mengena dengan keputusan ROS yang dibuat secara bebas dan independen itu.
"Atuk (Mahathir), semua orang tahu Parti Bunga (BERSATU) walaupun sudah diberi peluang oleh ROS tetap tidak dapat menghantar dokumen lengkap yang diminta," kata Rizal lagi.
Semalam ROS membuat keputusan pembubaran BERSATU akan kekal jika parti itu gagal mematuhi permintaan ROSdalam masa 30 hari.
Menurut ROS, pembubaran itu ekoran BERSATU gagal serahkan sepenuhnya segala butiran, maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis di bawah Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

Rais kata ROS 'sembelih' demokrasi
BERITA
PRU14 | Satu demi satu kecaman muncul ekoran keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam.
Selepas Tan Sri Rafidah Aziz hadir dengan bidasan pedasnya seorang lagi veteran Umno tampil dengan maksud sama - mempertanyakan ROS.
Kata Tan Sri Dr Rais Yatim beliau tidak nampak ada keperluan jabatan terbabit mengadakan sidang media semata-mata mengumumkan penggantungan sementara BERSATU.
Melalui media sosial bekas menteri penerangan itu menjelaskan pengumuman itu juga dibuat ketika negara berada di ambang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Bukankah lebih baik panggil saja Setiausaha BERSATU dan beri nasihat?" ciapnya di Twitter malam tadi.
Semalam Ketua Pengarah ROS mengadakan sidang media di Putrajaya untuk mengumumkan keputusan jabatan itu membubarkan sementara BERSATU.
Jemputan kepada media untuk menghadiri pengumuman berkenaan beredar pada awal petang semalam.
Tiada unsur politik
Menurut Surayati Ibrahim arahan pembubaran sementara itu dibuat mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 itu berkuat kuasa 5 April 2018.
Alasan yang diberikan ROS ialah mereka menerima lebih 400 aduan daripada anggota BERSATU yang tidak berpuas hati dengan cara parti itu diuruskan.
Beliau turut menafikan langkah ROS adalah bermotif politik dan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan "fakta yang ROS ada".
Surayati berkata ROS sebaliknya menerima 428 aduan daripada ahli Bersatu yang tidak berpuas hati dengan
"Contohnya mesyuarat-mesyuarat atau dokumen-dokumen yang sepatutnya diedarkan kepada ahli.
"Contoh, mereka guna perkataan Armada wahal dalam perlembagaan parti tidak wujud perkataan itu maka ahli rasa keliru dengan keadaan itu," katanya.
Baca Rafidah: Bertarunglah macam pendekar, Najib
Surayati juga menafikan langkah diambil ROS itu mempunyai motif politik. Beliau juga menjelaskan BERSATU diberi tempoh 30 hari untuk membuat rayuan.
Bagaimanapun jika syarat yang ditetapkan tidak dipenuhi ROS akan mengharamkan BERSATU secara kekal.
Kata Rais, beliau berasa ada yang tidak kena dengan tindakan ROS berkenaan.
"Seksyen 14(5) tak perlu dijadikan pisau penyembelih demokrasi. Terasa sangat (ada) sesuatu yang tak kena," katanya yang memiliki latar belakang undang-undang.

10 fakta pembubaran sementara BERSATU

Ketika kerajaan dikecam kerana Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), salah seorang pakar komunikasi BN tampil membuat penjelasan.
Sambil menyenaraikan 10 fakta mengenai pembubaran sementara parti itu Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik BN, Eric See-To, berkata hakikat yang membawa kepada keputusan ROS berkenaan "tidak boleh dinafikan" pihak terbabit.
Berikut ialah kenyataan See-To:
10 Fakta tentang pembubaran sementara PPBM
- Masalah antara BERSATU dan ROS telah diketahui umum sejak berbulan-bulan yang lalu.
- Ahli BERSATU sendiri telah membuat banyak aduan tentang masalah pengurusan dan penajaan dalam BERSATU.
- Malah sehingga hari ini, mereka sendiri kurang pasti tentang kesahihan sayap parti Srikandi mereka, serta siapa sebenarnya ketua sayap tersebut.
- Kepimpinan parti, termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku yang BERSATU mengalami kesulitan untuk memenuhi syarat pendaftaran ROS.
- BERSATU tidak pernah membuat sebarang pemilihan parti.
- Logo BERSATU dan Parti Amanah Negara (AMANAH) masih baru dan tidak dikenali ramai jika dibandingkan dengan logo PKR dan DAP.
- Proses mendaftarkan calon BERSATU di bawah logo PKR atau DAP hanya mengambil masa kurang daripada 1 hari.
- Hari ini, DAP telah mengumumkan mereka tidak akan menggunakan logo roket. Jadi besar kemungkinan logo PKR akan digunakan untuk pilihan raya kali ini.
- Memandangkan BERSATU sendiri tidak mahu menggunakan logo mereka untuk pilihan raya; jika ROS membubarkan parti ini atas kelemahan pengurusan parti dan masalah kekurangan dana, pihak yang paling untung sekali ialah BERSATU dan Pakatan Harapan juga. Ia kerana mereka boleh menggunakan isu ini untuk menyalahkan Datuk Najib Razak dan BN dengan berlakon menjadi mangsa keadaan.
- Sekiranya ROS mengizinkan BERSATU menggunakan logo mereka sekali pun untuk pilihan raya-pilihan raya akan datang, BERSATU tetap tidak akan menggunakan logo mereka.
Dan ini semua adalah kenyataan yang tidak boleh dinafikan mereka.
Thursday, April 5, 2018
'Untuk menang PRU14, Najib haramkan BERSATU'
BERITA
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pembubaran sementara pendaftaran BERSATU oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
"Untuk menang pilihan raya, dia arahkan supaya parti saya, BERSATU diisytiharkan sebagai haram.
"Saya tidak lagi dibenarkan untuk mengaitkan diri saya dengan parti yang haram itu,” kata Mahathir dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
[Berita penuh menyusul]

HARAPAN mahu prosiding menghina mahkamah ke atas ROS
HAFIZ YATIM
Pakatan Harapan memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mereka mahu memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran untuk merujuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke prosiding menghina mahkamah.
Makluman itu dibuat susulan langkah ROS membubarkan komponen HARAPAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kira-kira dua jam sebelum pendengaran permohonan merit permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.
Peguam HARAPAN, Gobind Singh Deo berkata ROS bertindak demikian walaupun tahu tentang prosiding hari ini kerana ia telah ditetapkan lebih awal.
“Oleh yang demikian, kami mohon penangguhan sekejap untuk memfailkan kertas-kertas yang perlu untuk merujuk ROS ke prosiding menghina mahkamah,” kata Gobind.
Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan penangguhan ke tarikh 11 April untuk sebutan kes sementara menunggu kedua-dua belah pihak memfailkan dokumen-dokumen berkaitan.
ROS hari ini mengarahkan BERSATU dibubarkan sementara berkuat kuasa hari ini kerana gagal menyerahkan sepenuhnya butiran, maklumat dan dokumen bawah Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.
BERSATU mendakwa telah menyerahkan semua dokumen berkaitan sebelum akhir Mac.
Malah, menurut parti itu, dokumen tambahan dihantar oleh Setiausaha Penganjur BERSATU Muhamad Suhaimi Yahya pada 29 Mac.

Saturday, March 17, 2018
Terkantoi dedah PPBM tiada Cawangan, Bahagian!

TERBONGKAR… Rahsia kelemahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini boleh diibaratkan bagai berlindung di balik telunjuk apabila satu persatu masalah dalam urus tadbirnya terbongkar.
Terkini, presidennya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengakui parti itu tidak mungkin dapat memenuhi dua tuntutan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membabitkan laporan minit mesyuarat bahagian dan cawangannya.
Bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berpendapat pengakuan lucu tersebut seperti membuka pekung di dada apabila secara tidak langsung ia mendedahkan kelemahan parti itu sendiri sejak sekian lama kepada umum.
“Sekarang telah terbukti, parti ini memang mempunyai masalah dari segi pentadbiran dalamannya,” ujarnya ketika dihubungi media sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin mengenai isu sembilan tuntutan dikemukakan oleh ROS.
Oleh sebab itu juga, Hamidah mempersoalkan kewajaran parti tersebut boleh selamba mengadakan Perhimpunan Agung pada akhir tahun lalu walhal urusan penubuhan peringkat bahagian dan cawangannya masih belum selesai.
“Mengikut perlembagaan parti, mereka perlu terlebih dahulu habis menyelesaikan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, kemudian bahagian dan akhirnya barulah ada wakil bahagian akan dihantar ke Perhimpunan Agung.
“Tetapi hari ini tiba-tiba presiden PPBM dilaporkan baru pula hendak mengumumkan bahawa mereka masih tidak lagi melaksanakan sebarang mesyuarat di peringkat bahagian, dan cawangan parti pun masih belum ditubuhkan.
“Jadi bagaimana mereka boleh buat Perhimpunan Agung di peringkat parti?” soalnya dengan nada sindiran. Perhimpunan Agung PPBM diadakan pada 30 Disember lalu di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, Selangor.
Ia bagaimanapun dipertikaikan ramai ahlinya sendiri dan lebih 400 aduan dilaporkan kepada pihak ROS mendesak parti serpihan UMNO itu diisytiharkan sebagai sebuah organisasi haram.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Thursday, November 9, 2017
RoS: PPBM mungkin jadi parti haram
9 NOV: PPBM berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendapati sayap pemuda parti itu yang dinamakan ARMADA tiada dalam perlembagaan parti.
Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan sesuatu parti adalah berat.

“Ia membolehkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau berkata sehingga kini, pihaknya belum meluluskan pindaan Perlembagaan PPBM yang menggunakan istilah ‘ARMADA’ untuk jawatankuasa pemuda parti serpihan UMNO itu..
“Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.
“Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan. Siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,” katanya.
Tambah Suryati, pihaknya juga menerima aduan daripada beberapa akar umbi PPBM mengenai beberapa ahli ARMADA yang dipecat serta status pengurusan PPBM kerana Mesyuarat Agung belum dilaksanakan.
“ROS sudah memulakan siasatan sebaik sahaja aduan terbabit diterima,” katanya lagi.
Isnin lalu, bekas penggerak PPBM dan ahli dari lima bahagian di Negeri Sembilan membuat laporan yang mendakwa pimpinan tertinggi parti mereka gagal mematuhi perlembagaan parti.
Pada Oktober lalu, lapan bahagian Johor turut mengambil tindakan serupa susulan mesyuarat parti selepas setahun penubuhan parti itu belum dilaksanakan.
Sehingga artikel ini disiarkan, pimpinan tertinggi parti PBBM belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Thursday, July 20, 2017
ROS tak berganjak, DAP mesti buat pemilihan semula
Kow Gah Chie
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempertahankan keputusan mereka mengarahkan DAP melakukan pemilihan semula anggota jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata keputusan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat daripada aduan anggota DAP sendiri.
"Setelah diselidiki, ROS berpuas hati maklumat daripada aduan-aduan tersebut adalah berasas," katanya kepada Malaysiakini.
DAP diarah mengadakan pemilihan semula pada 7 Julai lalu melalui suatu kenyataan terbuka dibuat ROS.
Langkah itu perlu dilakukan DAP kerana ROS menganggap pemilihan CEC yang diadakan pada 29 September 2013 sebagai tidak sah.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudian menganggap arahan ROS berkenaan "pelik" kerana dibuat selepas empat tahun pemilihan semula itu berlangsung.
Malam tadi pula DAP menegaskan mereka menangguhkan pemilihan semula itu kerana mahu ROS menjelaskan lebih lanjut mengenai arahan yang dikeluarkan pada 7 Julai lalu.
Kata Lim, tindakan ROS itu dibuat berdasarkan "berita palsu".

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang turut meminta untuk mengadakan pertemuan dengan ROS bagi membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil.
Mohammad Razin berkata memang wujud percanggahan di antara jumlah perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan parti pada 2012 dan pemilihan semula pada 2013.
ROS berpendapat pemilihan semula itu sepatutnya dijalankan dengan senarai digunakan pada 15 Disember 2012, membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.
DAP diberi tempoh 14 hari untuk menjawab arahan ROS itu dan kegalalan berbuat demikian membolehkan parti terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Namun Lim berkata, surat rasmi daripada ROS bertarikh 17 Julai lalu pula menyatakan laporan DAP mempunyai 865 cawangan pada 2012 sebagai tidak tepat.
Katanya, jumlah dirujuk ROS itu dibuat berdasarkan artikel "Laporan Equiti: Penipuan Pemilihan CEC" dibuat oleh seseorang dikenali sebagai "Father Augustus Chen".
Justeru DAP kata Lim mempunyai beberapa pilihan, termasuk mengadakan pemilihan semula dalam keadaan protes, selain mencabar arahan ROS melalui undang-undang.
Mengenai keinginan DAP bertemu, Mohammad Razin berkata, sebarang penjelasan daripada ROS akan dibuat secara bertulis.
"Menjadi hak DAP (juga) untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli diiringi oleh Polis ke Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur di bawah Ak...
-
News | Diterbitkan Hari ini 3:38 petang Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkongsi pertemuan mesra dengan Pengerusi Majlis Penasihat Keraj...
-
MALAYSIADATELINE May 22, 2019 12:27 pm Hampir 120,000 individu mendesak agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan Ment...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
-
MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS 26 DISEMBER 2017 Shahrir SHAH ALAM - Isu pemindahan tanah hak milik Felda di Jalan Semarak perlu diberikan...
-
News | Diterbitkan Hari ini 5:46 petang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melabelkan badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong seb...
-
agendaily.com 20/08/2022 Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin sebelum mengesahkan masih menunggu keputusan permohonan daripada Baris...
-
Peguam Gobind Singh Deo mahu peguam negara membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013. MP Pucho...