Saturday, December 9, 2017

Ku Li : Demokrasi UMNO sudah mati?

By watan
on December 8, 2017
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mempersoal keputusan parti itu yang bersetuju dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata, keputusan berkenaan bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan.

Beliau berkata, sebelum ini sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan dan Presiden UMNO setelah melepasi kuota yang sudah ditetapkan parti.

“Kata demokrasi tapi tidak boleh bertanding? Saya rasa ujian untuk seseorang yang diterima sebagai pemimpin mestilah orang yang menempuh ujian,” katanya kepada sebuah portal berita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) hari ini meluluskan usul berkenaan selepas diumumkan pengerusi tetapnya, Tan Sri Badruddin Amiruldin selepas usul dicadangkan perwakilan Pemuda, dan ia disokong wakil Perak, sebelum dibahaskan wakil negeri serta wakil Wanita dan Puteri.

Mengulas mengenai itu, Ku Li berkata, seseorang pemimpin tidak perlu takut dengan cabaran individu lain.

Ujarnya, ia merupakan petanda sama ada seseorang itu mendapat sokongan padu perwakilan di peringkat akar umbi atau tidak.

“Kalau kita yakin kepada perjuangan, kita kena sedia dan mempunyai kemampuan untuk memimpin, kena serah kepada perwakilan,” katanya lagi.

Sumber MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-