Showing posts with label PAU 2017. Show all posts
Showing posts with label PAU 2017. Show all posts

Saturday, December 9, 2017

Ku Li : Demokrasi UMNO sudah mati?

By watan
on December 8, 2017
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mempersoal keputusan parti itu yang bersetuju dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata, keputusan berkenaan bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan.

Beliau berkata, sebelum ini sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan dan Presiden UMNO setelah melepasi kuota yang sudah ditetapkan parti.

“Kata demokrasi tapi tidak boleh bertanding? Saya rasa ujian untuk seseorang yang diterima sebagai pemimpin mestilah orang yang menempuh ujian,” katanya kepada sebuah portal berita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) hari ini meluluskan usul berkenaan selepas diumumkan pengerusi tetapnya, Tan Sri Badruddin Amiruldin selepas usul dicadangkan perwakilan Pemuda, dan ia disokong wakil Perak, sebelum dibahaskan wakil negeri serta wakil Wanita dan Puteri.

Mengulas mengenai itu, Ku Li berkata, seseorang pemimpin tidak perlu takut dengan cabaran individu lain.

Ujarnya, ia merupakan petanda sama ada seseorang itu mendapat sokongan padu perwakilan di peringkat akar umbi atau tidak.

“Kalau kita yakin kepada perjuangan, kita kena sedia dan mempunyai kemampuan untuk memimpin, kena serah kepada perwakilan,” katanya lagi.

Sumber MalaysiaGazette

Monday, December 4, 2017

PAU 2017: 5,739 perwakilan UMNO mula berkampung di PWTC

PAU 2017 dijangka akan memberikan tumpuan kepada pengukuhan jentera parti bagi menghadapi PRU-14.

KUALA LUMPUR - Seramai 5,739 perwakilan daripada 191 UMNO Bahagian seluruh negara mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 yang membuka tirai esok dan berlangsung hingga Sabtu ini.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 2,761 perwakilan mendaftar untuk PAU 2017, 994 perwakilan bagi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita manakala Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing 992 perwakilan.

Selain itu, seramai 51 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara juga mengesahkan kehadiran mereka selain turut disertai oleh 63 peserta daripada 17 buah parti politik dari 14 buah negara antarabangsa.

Perhimpunan parti politik Melayu terbesar ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran seramai 350 Mahasiswa Nasional (Pemanas) yang terdiri daripada 20 universiti awam dan 50 universiti swasta.

Dalam pada itu, seramai 1,795 petugas media terdiri daripada 61 agensi media tempatan dan 14 agensi media antarabangsa turut mendaftar bagi membuat liputan perhimpunan merah putih kali ini.

PAU 2017 dijangka memberikan tumpuan bagi mengukuhkan jentera parti dan merencanakan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

 - K! ONLINE

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-