Friday, December 29, 2017

RCI langkah paling tepat rungkai isu Felda

PASIR MAS:  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) merupakan langkah yang paling tepat boleh diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu melibatkan Felda terutama kes kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, keputusan yang diperoleh melalui RCI tidak boleh dipertikai mana-mana pihak kerana ia dijalankan secara telus sehingga ke peringkat akar umbi.

Menurutnya, RCI juga dapat mengelakkan mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa dalam isu berkenaan.

“Jadi saya amat bersetuju RCI ini, bukan sahaja isu tanah yang hilang, tetapi ia turut merangkumi perkara-perkara lain seperti pembelian hotel di London, di Sarawak dan pembelian syarikat di Indonesia. Pengurusan terdahulu mengatakan dia difitnah dan menjadi mangsa konspirasi serta menjadi kambing hitam oleh pihak tertentu. Kepimpinan baharu (Tan Sri Abdul Shahrir Abdul Samad) pula sudah mengeluarkan pelbagai kenyataan.

“Bagi saya RCI adalah langkah yang amat tepat untuk merungkai kes ini,” katanya kepada pemberita pada program turun padang bertemu dengan masyarakat di kawasan Parlimen Pasir Mas di sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-