Dan sebagai pemimpin tertinggi negara, tentulah beliau diberikan penghormatan ketika melaksanakan ibadah yang digelar sebagai 'haji kecil' itu.
Selepas beliau sekeluarga diberi penghormatan untuk menziarahi makam Nabi Muhammad, beliau berpeluang untuk masuk ke dalam Kaabah pula.
Kedua-duanya - makam Nabi dan ruang dalam Kaabah - merupakan kawasan larangan dan memerlukan keizinan pemerintah Arab Saudi untuk masuk ke dalamnya.
"Allahuakbar, rasa cukup terharu dan bersyukur diberi peluang memasuki Kaabah, melihat rumah Allah. Syukur alhamdulillah," Najib berkongsi pengalamannya di twitter, pagi tadi.
Beliau turut berkongsi beberapa gambar sepanjang mengerjakan umrah bersama keluarga di sana.
Lawatan kerja sehingga 12 Januari itu adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, dan antaranya untuk membincangkan isu dua hala yang dipersetujui semasa kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia tahun lalu.
Namun ia bukanlah tanpa kontroversi, apabila nama keluarga dan kenalan Najib yang dikatakan termasuk dalam rombongan itu tular di media sosial.
Selain itu, adik Najib, Nizam dan Nazim serta ibu mereka Tun Rahah Mohammad Noah turut bersama.
Turut ada adalah sejumlah individu yang disenaraikan sebagai "tetamu perdana menteri", antaranya Bustari Yusof, Johrah Abdul Rahman, Amirul Rahman Abdul Rahim dan Nazir Hussin Akthar Hussin.
Ia mengundang kritikan pelbagai pihak, sebelum Pejabat Perdana Menteri menjernihkan keadaan dengan menjelaskan adik dan kenalan Najib menanggung sendiri lawatan itu, dan hanya Tun Rahah yang bersama Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.
Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib mengundang keluarga dan kenalannya agar dapat mengerjakan ibadah umrah bersama-sama mereka.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/408300#IcvBMgHC3XrluFmW.99
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.