Saturday, January 13, 2018

Wak yakin PRU14 akan diumunkan pada bila2 masa sahaja


Wak yakin PRU14 akan diumunkan pada bila2 masa sahaja. Jika ditinjau pesediaan parti2 yang akan masuk gelanggang untuk menentukan siapa yang akan berkuasa selepas PRU14, nampaknya pemerintah sudah mendahului parti2 lawannya.

Pada pemerhatian Wak, persediaan pemerintah sudah pun meninggalkan jauh kehadapan jika dibandingkan dengan parti lawannya yang masih terkial-kial tidak tentu arah tujunya. Sedangkan persediaan pemerintah sudah cukup mantap dan siap siaga untuk menentang lawannya.

Pada pandangan Wak, kedudukan pemerintah akan lebih selesa pada PRU14 ini jika dibandingkan dengan PRU yang lalu. Pada PRU yang lalu pemerintah menghadapi sedikit kesukaran kerana pembangkan telah bersatu dalam Pakatan Rakyat. Kini Pakatan Rakyat (PR) sudah 'berkubur'.

Dalam PRU14 ini pembangkang menubuhkan satu pakatan baru yang dipanggil Pakatan Harapan (PH) pula. Malangnya PH tidak disertai PAS, jestru ianya pasti tidak segagah seperti PR.

Kedudukan pemerintah semakin selesa kerana berlaku pertandingan 3 penjuru atau lebih, sedangkan pada PRU yang lepas pemerintah terpaksa berhadapan dengan 2 penjuru yang agak sukar sedikit. Jika 2 penjuru undi pembangkan solid, sedangkan 3 penjuru pasti akan memecahkan undi pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-