Saturday, February 10, 2018

Berdosa besar sokong anti Islam perintah negara

SALWANI MD ZAIN
10 FEBRUARI 2018
Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu ShahFoto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Orang Melayu dianggap membuat dosa cukup besar bukan saja pada ALLAH tetapi kepada generasi masa depan, sekiranya menyokong idea atau membenarkan orang bukan Melayu, apatah lagi anti Islam memerintah negara.

Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata, pandangan ini bukan bersikap rasis sebaliknya itu realiti yang harus diterima, dan bukan juga seruan untuk menyatakan sokongan kepada Umno.

"Kena sokong Umno ke? Ini bukan soal sokong tak sokong, tetapi asas negara ini mesti diperintah oleh orang majoriti iaitu Melayu Islam," katanya ketika bersiaran langsung menerusi Facebook Sinar Harian.

Menurutnya, orang Melayu perlu bijak membuat penilaian meskipun marah dengan kerajaan sedia ada, kerana semua pihak bukan syumul.

"Orang Melayu kena faham semarah mana pun kita kepada kerajaan sedia ada, kita perlu sedar sebagaimana kata-kata, marahkan nyamuk kelambu dibakar.

"Sekalipun kerajaan sekarang ada buat kesilapan, tetapi lihatkan bagaimana pembangunan dan kemajuan yang kita kecapi sejak 60 tahun, melainkan kita makan pun susah," katanya.

Ibrahim berkata, rakyat juga harus sedar, dalam mana-mana dunia tidak ada minoriti yang hidup lebih hebat daripada majoriti.

"Kerajaan dah buat yang terbaik, terpulang pada rakyat memikirkan keputusan dari segi perspektif menyeluruh dan implikasi kepada anak cucu cicit kita. Awak bukan bakar rumah awak sahaja, tetapi melibatkan masa depan anak cucu cicit," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-