Sunday, February 4, 2018

Idealisme anak muda, pengalaman orang tua perlu digabungkan

Alya Alhadjri

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) semalam dihadapkan dengan suatu senarai panjang tuntutan anak muda ketika menghadiri satu forum di Putrajaya.

Di majlis yang diadakan untuk mendengar pandangan golongan terbabit serta membincangkan tawaran HARAPAN untuk mereka, permintaan itu adalah perlabai.

Antaranya mengenai lebih banyak peluang pekerjaan serta dasar-dasar bagi mengatasi politik berasaskan kaum.

Mengakui generasi muda dikenali dengan keinginan mereka yang idealistik, Dr Mahathir kemudian membangkitkan pelbagai kelemahan kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Jurucakap Demi Malaysia Young Syefura Othman berkata tahun lalu pertubuhan itu menyatakan 13 tuntutan yang perlu dipenuhi HARAPAN jika mereka berjaya menguasai Putrajaya melalui pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Antara lain Young Syefura berkata Demi Malaysia mahu pemimpin HARAPAN menyediakan kemudahan pendidikan percuma pada semua peringkat, mempertahankan kebebasan akademik serta menolak politik perkauman.

"Jika HARAPAN mendapat kuasa di peringkat persekutuan, adakah mereka mahu merealisasikan semua tuntutan dibuat anak muda?

"Saya harap barisan kepimpinan HARAPAN sekarang boleh menawarkan masa depan lebih baik untuk Malaysia," katanya yang juga salah seorang pemimpin DAP Selangor.

HARAPAN bersifat pragmatik

Penganalisis politik serta ahli akademik Dr Maszlee Malik (gambar) sebelum itu berkata forum diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu menjadi peluang langka untuk anak muda "mengasak" Dr Mahathir dengan soalan-soalan berhubung komitmen HARAPAN kepada mereka.
Maszlee yang menjadi pemudah cara forum berkenaan mengakui wujud kebimbangan berhubung pemilihan Dr Mahathir menjadi calon perdana menteri HARAPAN.

"Beri peluang saya membuat penjelasan, jika pun tidak menjawab soalan-soalan berkenaan," kata Dr Mahathir.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu kemudian membangkitkan pelbagai perbezaan idealisme golongan belia serta kesesuaiannya kepada pemimpin yang lebih berusia serta berpengalaman.

Mengensi seruan menamatkan politik berasaskan kaum, Dr Mahathir mempertahankan agenda BERSATU sebagai salah satu cara meredakan kebimbangan orang Melayu yang masih beranggapan aspek bangsa kekal sebagai faktor yang penting.

Tambahnya HARAPAN bersifat pragmatik dalam pendekatannya menggubal dasar, serta terbuka untuk menggabungkan idealisme golongan belia dengan realiti semasa jika gabungan berkenaan menawan Putrajaya.

"Dalam HARAPAN kita menerima realiti apa yang kami boleh buat, dan kita perlu 'kahwinkan' golongan muda dan tua.

"Idealisme anak muda bagus tetapi untuk melaksanakannya, kita perlukan peengalaman pemimpin-pemimpin yang lebih tua," katanya menjawab soalan Maszlee mengenai apa yang boleh ditawarkan HARAPAN berbanding BN pada masa ini.

Itu zaman batu

Menurut Dr Mahathir antara kekangan dihadapai HARAPAN ialah menyusun semula beban hutang daripada pentadbiran perdana menteri sekarang.

"Kalau ini (penstrukturan semula hutang) tidak boleh dilakukan dan ekonomi tak stabil, tidak akan ada banyak inisiatif yang boleh kita buat untuk anak muda," katanya.

Mengenai isu peluang pekerjaan untuk golongan terbabit Dr Mahathir berkata HARAPAN perlu menggalakkan lebih banyak pelaburan langsung dari negara asing, namun ia bukan mengikut cara dilakukan Najib.

Memetik Proton sebagai contoh Dr Mahathir berkata Malaysia di bawah kerajaan BN gagal melindungi industri pemotoran tempatan dengan membuka pasaran kepada kemasukan produk luar.

"Saya masih ingat kita tak pernah membenarkan kereta import dari Korea. Itu pada zaman saya, zaman batu," katanya dengan gaya sinisnya seperti selalu.

Namun kini kata Dr Mahathir kerajaan membuka pasaran kereta kepada semua negara.

"Kita sepatutnya melindungi produk sendiri.

"Apa yang berlaku ialah industri tempatan kita sekarang sudah mati," katanya.

Forum dua jam itu turut menampilkan wakil Pertubuhan Kebajikan Wanita Ehsan Selangor, Anfaal Shaari.

[Baca berita penuh]

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411038#c72Mbh4U26ylHgAo.99

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-