
Naib presiden PAS Idris Ahmad ketika berucap pada "Himpunan Perak Istiqamah Himmah 12k", di Ipoh hari ini. Beliau mengulangi kenyataan bahawa parti Islam itu tidak pernah menerima RM90 juta daripada Umno.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2018.
SUDAH dua tahun Sarawak Report mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Umno namun parti Islam itu kelihatan masih bergelut dengan dakwan itu.
Pada himpunan kedua negeri ke negeri yang diadakan di Ipoh hari ini, naib presiden PAS, Idris Ahmad mengulangi bahawa PAS masih memerlukan dana dan tidak pernah menerima RM90 juta sebagaimana yang didakwa blog itu.
"Kita tidak berjuang untuk wang atau jawatan tetapi kita memerlukan duit untuk menganjurkan program, bertanding pada pilihan raya dan mencetak poster," kata anak jati Perak berusia 55 tahun itu ketika melancarkan tabung kutipan dana pilihan raya hari ini.
"Secara idelanya kita memerlukan RM100,000 untuk satu kerusi Parlimen," katanya di hadapan lebih 1,000 ahli parti itu pada "Himpunan Perak Istiqamah Himmah 12k".
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga cuba memberi jaminan kepada hadirin bahawa PAS masih tiada duit.
Sebelum ini dilaporkan PAD berpecah dua kali selepas parti itu berpisah kepada Amanah selepas muktamar 2015 dan selepas PAS memutuskan kerjasama dengan PKR tahun lalu.
Sebanyak 35% ahli PAS sama ada keliru atau penyokong senyap parti lain dalam Pakatan Harapan, kata penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali.
"Sekiranya kita menerima RM90 juta sebagaimana yang didakwa, adalah kita akan kutip sumbangan untuk pilihan raya?" soalnya.
Idris turut mengingatkan ahlinya agar tidak membaca sumber lain selain lidah rasmi parti itu, Harakahdaily.net.
"Portal lain menyebarkan berita palsu tentang kita. Jangan baca mereka. Baca Harakah," katanya.
Idris juga berkata selain dalam satu pilihan raya (pilihan raya umum 1974), PAS sentiasa menentang Umno.
"PAS telah mengambil bahagian dalam 13 pilihan raya dan hanya satu yang kita tidak lawan Umno. Kita lawan mereka dalam semua pilihan raya. Apabila menyentuh soal perjuangan tiada siapa dapat tandingi kita," kata Idris, yang langsung tidak menyentuh mengenai 1MDB atau dakwaan yang menyelubungi Perdana Menteri Najib Razak dalam ucapannya hari ini.
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, himpunan itu dinamakan "12k: kerana terdapat 100,000 ahli di Perak.
"Jika kita dapat kumpulkan 12,000 ahli yang komited, kita boleh tewaskan sesiapa sahaja," kata Razman.
Beliau turut menyelar Pakatan Harapan kerana menamakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya pakatan itu menang pada pilihan raya akan datang.
"Penulis Australia Barry Wain (dalam The Malaysian Maverick) menulis Dr Mahathir kehilangan RM100 bilion ketika pentadbirannya. Jadi apa ini jika dibandingkan dengan RM32 yang Najib hilang," kata Razman.
"Adakah orang ini (Dr Mahathir) yang mereka mahukan sebagai perdana menteri?
Razman juga menyentuh mengenai pertindihan fungsi di Felda, Felda Global Ventures dan Felda Investment Corporation.
"Kesemuanya dioengerusikan oleh Isa Samad dan oleh itu lagi senang untuk skandal berlaku. Tiada pe,bahagian kuasa. Dan kini Felda berdepan masalah, mereka buang beliau dan jadikan pengerusi SPAD," kata Razman.
Razman juga tidak meyentuh berhubung isu 1MDB atau fakta bahawa ia diterajui Najib, yang merupakan perdana menteri dan menteri kewangan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.