Wednesday, March 28, 2018

Rafidah, Rais: Dua 'Tan Sri' Sudah Luput Hidap 'Sindrom Pasca Persaraan' - Annuar


Akibat sudah terlalu terbiasa dengan perhatian semasa menggalas kedudukan penting dalam kerajaan sebelum ini, dua bekas menteri pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad - Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim - kini dilihat seperti menghidapi 'sindrom pasca persaraan'.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, kedua-dua 'Tan Sri' berkenaan sudah 'out of touch' dengan urusan pentadbiran negara disamping terlalu mendewa-dewakan bos lama mereka (Dr Mahathir) dengan membuat pelbagai dakwaan dan rungutan.

Rafidah merupakan bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian merungut bahawa negara berdepan pelbagai masalah termasuk isu amanah, pandangan global disamping kesan buruk hutang 1MDB, rasuah, salah guna kuasa dan salah guna harta negara.

Sementara Rais yang dahulunya Menteri Undang-Undang hairan kerana Malaysia tidak bertindak terhadap pihak berkuasa Indonesia yang merampas kapal mewah Equaminity didakwa milik ahli perniagaan, Jho Low.

Menyifatkan rungutan Rafidah sebagai "telahan beremosi tanpa bukti" dan kenyataan Rais sebagai "salah tafsir dan khilaf perundangan", Annuar berkata tiada siapa boleh mengelak daripada membuat sebarang telahan.

Namun, kenyataan tersebut secara kebetulan telah mendapat suatu teriakan gembira daripada sebelang pembangkang terutama dari Pakatan Harapan seolah-olah kedua-duanya bersuara atas nama kebenaran.

Annuar juga tidak menolak kenyataan dua bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini berkemungkinan dengan perancangan dan niat tertentu.

"Berkemungkinan juga ianya satu perancangan dan muslihat yang sengaja diatur oleh team media Tun Dr Mahathir, yang kelihatan bersungguh- sungguh mengatur Media Blitz dalam dan luar negara menjelang PRU14.

"Apa yang diharapkan mereka ialah satu serangan, bidasan terancang dan betul-betul serentak terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membentuk persepsi negatif terhadap perdana menteri," katanya dipetik kenyataan disiarkan UMNO-Online.

Bukan sahaja gerak kerjanya boleh dibaca, kata Annuar, tetapi strategi memburukkan Najib tidak akan berjaya.

"Bukan saja motifnya tidak sejujur yang cuba digambarkan, tetapi juga status “sudah luput” mereka, dan ketiadaan ‘locus standi’ menjadikan kenyataan mereka sebenarnya kurang wibawa, malah mempunyai “ulterior motives”

"Apa lagi apabila mereka mempunyai rekod sering bakar jambatan. Sementara nasi bukan saja menjadi bubur tapi juga sudah pun basi," tegasnya.

Annuar kemudiannya melontarkan soalan-soalan berikut kepada dua bekas rakan seperjuangannya itu:

"Sebelum ini, ketika ada yang sibuk membela kroni dan keluarga, isteri, suami dan anak sendiri, di mana pendirian kalian?

"Sebelum ini, ketika ada yang menjual perjuangan kepada Malaysian Malaysia DAP yg durjana, di mana kalian?

"Sebelum ini ketika ada yang sewenang-wenang menuduh orang sebagai perompak dan pencuri tanpa secebis bukti, di mana kalian?

"Sebelum ini ketika mahkamah syariah dan islam dipersenda dan hal agama tidak dibela, di mana suara kalian?

"Dan kini ketika segala hipokrasi, U- turn, matlamat menghalal cara, di mana kalian?".

- mD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-