Thursday, April 5, 2018

HARAPAN mahu prosiding menghina mahkamah ke atas ROS

HAFIZ YATIM


Pakatan Harapan memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mereka mahu memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran untuk merujuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke prosiding menghina mahkamah.

Makluman itu dibuat susulan langkah ROS membubarkan komponen HARAPAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kira-kira dua jam sebelum pendengaran permohonan merit permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.

Peguam HARAPAN, Gobind Singh Deo berkata ROS bertindak demikian walaupun tahu tentang prosiding hari ini kerana ia telah ditetapkan lebih awal.

“Oleh yang demikian, kami mohon penangguhan sekejap untuk memfailkan kertas-kertas yang perlu untuk merujuk ROS ke prosiding menghina mahkamah,” kata Gobind.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan penangguhan ke tarikh 11 April untuk sebutan kes sementara menunggu kedua-dua belah pihak memfailkan dokumen-dokumen berkaitan.

ROS hari ini mengarahkan BERSATU dibubarkan sementara berkuat kuasa hari ini kerana gagal menyerahkan sepenuhnya butiran, maklumat dan dokumen bawah Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.

BERSATU mendakwa telah menyerahkan semua dokumen berkaitan sebelum akhir Mac.

Malah, menurut parti itu, dokumen tambahan dihantar oleh Setiausaha Penganjur BERSATU Muhamad Suhaimi Yahya pada 29 Mac.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-