Tuesday, April 24, 2018

Mendaulatkan agama antara Manifesto Pas Kelantan PRU14

Vivi Sumanti
Astro Awani
AHMAD bersama barisan kepimpinan Pas Kelantan ketika melancarkan Manifesto Pas Kelantan bagi PRU14
.
KOTA BHARU: Pas Kelantan menawarkan 14 teras utama dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kepada rakyat negeri itu sejajar dengan slogan mereka “Kelantan sejahtera bersama Islam”.

Antaranya mendaulatkan Islam, meneruskan kecemerlangan pendidikan, menyuburkan ekonomi dan memperkasakan pembinaan rumah rakyat.

Selain itu, Pas juga menyenaraikan hasrat melestarikan alam sekitar, mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, meningkatkan kemudahan asas, pembinaan Kelantan sejahtera, memperkasakan sektor pelancongan Islam dan pertanian.

Tidak dilupakan golongan belia dan wanita di Kelantan dan juga kecaknaan kepada rakyat negeri itu yang berada di luar serta memelihara hak-hak rakyat.

Di bawah mendaulatkan Islam, usaha memperkasakan perundangan syariah akan diteruskan dan menaikkan kadar elaun iman dan bilal di seluruh Kelantan.

Sementara itu, Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menjelaskan manifesto berkenaan lebih kepada menawarkan perkhidmatan kepada rakyat Kelantan.

Walaupun manifesto tersebut tidak menyenaraikan secara terperinci tawaran kepada kaum minoriti termasuk Cina, India dan masyarakat Siam di Kelantan, Pas katanya, menyenaraikan kesemua tawaran itu merangkumi kepada kaum minoriti di Kelantan.

Manifesto berkenaan dilancarkan oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan dihadiri oleh kesemua pimpinan Pas Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-