Golongan bukan Bumiputera lebih ramai menetap di kawasan bandar

BANGI, 13 Ramadan 1439H, Selasa – Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melantik Datuk Bandar atau Yang diPertuanya dijangka hanya membuka peluang kepada orang bukan Melayu, Islam berkuasa.
Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya meluahkan kebimbangannya terhadap pelaksanaan pilihan raya itu, yang dilihat memberi kelebihan kepada golongan bukan Melayu.
Beliau berkata, rakyat hari ini pastinya tertanya-tanya dengan kesungguhan DAP yang mahu mengadakan pilihan raya PBT itu, sama ada serius prihatin terhadap golongan bandar atau sebaliknya.
“Semalam seruan ini disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang menyatakan akan mengadakan pilihan raya berkenaan yang dijangka dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi.
“Sama ada YB ini sedar apa yang dia cakap atau tak, itu tak dapat dipastikan. Jika ini berlaku, maka golongan bukan Melayu akan menguasai bukan saja pentadbiran bandar malah mempunyai kuasa ke atas segala kekayaan negara dengan memiliki semua majlis tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Aminuddin tidak menolak kemungkinan, ianya adalah cara halus kenapa DAP bersungguh mendesak supaya pilihan raya itu diadakan.
Katanya, berdasarkan taburan penduduk mengikut beberapa bandar utama di negara ini, golongan bukan Bumiputera adalah majoriti yang tinggal di bandar.
Beliau berkata, di Kuala Lumpur sahaja, golongan bukan Bumiputera adalah seramai 779,155 berbanding Bumiputera iaitu 661,003.
“Dahlah ekonomi bukan Melayu yang dikuasai, kini kewangan di bandar-bandar juga mereka akan kuasai. Adakah mereka akan memperjuangkan Islam dan Melayu dengan kutipan duit berbilion ringgit itu nanti? Saya tidak yakin.
“Jika dilihat statistik jelas ianya menunjukkan bagaimana majoriti bangsa yang tinggal di bandar besar itu adalah bukan Bumiputera,” katanya.
Aminuddin berkata, keadaan itu bukanlah suatu yang sukar untuk difahami jika pilihan raya PBT diadakan dan bukan Melayu dengan mudah menguasai kawasan bandar.
Bahkan katanya, dengan trend orang Melayu hari ini yang sudah boleh menerima kepimpinan orang bukan Islam, maka beliau yakin golongan bukan Melayu akan terus menguasai hasil negara.
“Semua maklum bahawa segala kekayaan negara berada pada bandar-bandar utama ini. Dimanakan orang Melayu bandar nanti? Mereka akan kekal di PPRT dan setinggan atau terpinggir di kawasan sub-urban.
“Bagaimana pula dengan agama Islam? Kalau sekarang di KL pusat ibadat bukan Islam ada lebih 1,600 buah. Manakala masjid, surau hanya lebih 700 sahaja. Maka agaknya apa akan jadi jika mereka kuasai bandar ini nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.