Showing posts with label Gerakan Pembela Ummah (UMMAH). Show all posts
Showing posts with label Gerakan Pembela Ummah (UMMAH). Show all posts

Wednesday, February 26, 2025

Himpunan Pahang diteruskan walau depani provokasi

harakahdaily.net
February 26, 2025
‘Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat’
KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam akan tetap meneruskan himpunan ‘Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat’ yang dijadualkan esok walaupun berdepan dengan pelbagai provokasi menuntut agar himpunan itu dibatalkan.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya sentiasa menghormati dan berlapang dada demi menghormati institusi diraja dan penyatuan orang Melayu dan Islam di seluruh negara.

“Berlaku sedikit tidak penyelarasan (himpunan), namun perkara ini tidak menjadi halangan kepada kita semua untuk kita terus hadir di dalam program ini.

“Kita menyeru seluruh rakyat negeri Pahang sama ada luar atau dalam negeri Pahang untuk terus hadir ke program ini bagi menumpahkan taat setia dan solidariti kepada Tuanku (Sultan Pahang).

“Kita menegaskan bahawa solidariti kepada Tuanku ini tidak hanya di peringkat Kuantan sahaja, selepas ini pihak NGO akan terus menggerakkan solidariti ini kepada peringkat-peringkat di seluruh negeri Pahang,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali dan Pengerusi Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), Ustaz Masridzi Sat serta Exco Sekretariat Anak Pahang Perantauan, Ustaz Ahmad Arshad.

Himpunan ‘Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat’ yang akan diadakan esok, Khamis, 27 Februari adalah bagi menyatakan solidariti kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Mufti Pahang, Dato’ Badli Shah Alauddin dijadual akan memberikan ceramah umum di himpunan berkenaan yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) selepas solat Isyak. 

– HARAKAHDAILY 26/2/2025

Monday, February 24, 2025

Himpunan Solidariti Sultan Pahang, 27 Februari ini

harakahdaily.net
February 24, 2025

KUALA LUMPUR: Satu himpunan ‘Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat’ akan diadakan pada 27 Februari ini sebagai tanda solidariti kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu Titah Adendum.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, himpunan itu juga bertujuan untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam tanpa mengira ideologi politik, kaum dan agama rakyat di negeri itu.

“Kita di peringkat jawatankuasa penganjur telah menyediakan segala kemudahan yang diperlukan dalam himpunan itu, juga dengan kerjasama di peringkat Kerajaan Negeri Pahang.

“Pihak penganjur dengan ini menjemput secara rasminya dan terbuka kepada seluruh pimpinan-pimpinan di negeri Pahang dan juga di luar negeri Pahang, sama ada pimpinan politik, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), masyarakat dan seluruh rakyat untuk sama-sama kita berkumpul,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali dan Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama’, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Juga Penyelidik Akademi Tamadun Alam Melayu (TAMU), Zaharah Sulaiman dan Exco Sekretariat Anak Pahang Perantauan, Fadzil Che Lah.

Tambah beliau, himpunan berkenaan turut mendapat komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen di peringkat negeri Pahang.

“Kita juga menerima permintaan daripada pimpinan-pimpinan luar daripada Pahang khususnya di Kuala Lumpur ini untuk hadir dan kita telah membuat keputusan bahawa kita mengalu-alukan semua pihak dan pimpinan untuk hadir.

“Ini suatu tanda yang sangat baik kepada seluruh rakyat khususnya di negeri Pahang kerana pemimpin politik, NGO dan masyarakat telah bersatu padu dalam kita menumpahkan taat setia kepada Tuanku Sultan,” katanya.

Himpunan itu dijadual akan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, munajat, solat Isyak berjemaah di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan bermula jam 7 malam dan akan dihadiri oleh Sultan Pahang sebelum bergerak ke Padang Majlis Bandaraya Kuantan. 

HARAKAHDAILY 24/2/2025

Saturday, February 15, 2025

UMMAH desak tarik kewarganegaraan MP Raub

harakahdaily.net
February 15, 2025

Jangka panjang tukar jadi negara republik, hilangkan Raja-raja Melayu

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menarik kewarganegaraan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, desak Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa.

Menurut beliau, Chow tidak memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan, kerana seorang yang faham akan perlembagaan, akur untuk menjadi warganegara dalam negara ini.

“Dia mesti faham dan dia tidak (sepatutnya) membuat cadangan-cadangan yang bercanggah sebagai seorang ahli warganegara,” katanya susulan cadangan Chow supaya diwujudkan portfolio hal ehwal agama bukan-Islam di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Pengerusi Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), Ustaz Masridzi Sat selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali dan lain-lain.

Mohd Zai turut menyeru Ahli Parlimen lain untuk mengambil tindakan terhadap Chow kerana cadangannya bercanggah dengan sumpah sebagai Ahli Parlimen dan sebagai seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya taat kepada Perlembagaan.

Gesaan laporan polis

Beliau bersama Masrizi, mengajak semua pemimpin masyarakat Islam di negara ini untuk membuat laporan polis terhadap Chow kerana cadangan itu bertentangan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Kita menyeru semua pemimpin-pemimpin masyarakat umat Islam di negara ini bersama-sama membuat laporan polis di seluruh negara kerana perbuatan Ahli Parlimen Raub ini Chow Yu Hui ini adalah merupakan satu kesalahan yang besar,” ujar Mohd Zai.

Menurutnya, cadangan Chow bertujuan menyamakan agama lain dengan Islam, sedangkan Perlembagaan hanya membenarkan agama lain diamalkan secara aman tanpa mengganggu kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Mohd Zai turut menegaskan bahawa cadangan Chow menggugat kuasa Majlis Raja-raja Melayu, yang menjadi benteng utama dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Pengerusi atau benteng kepada Perkara 3(1) adalah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan ini jelas mengganggu gugat kuasa mereka,” katanya.

Agenda DAP

Beliau turut berkata bahawa cadangan itu merupakan sebahagian daripada agenda DAP yang bertujuan menyamakan kedudukan agama dan kaum dalam negara.

“Maka mereka nak melaksanakan agenda DAP dalam kerajaan dan inilah agenda yang paling utama iaitu ‘Malaysian Malaysia’ sama rata. Mereka sama rata, sama hak, sama rasa, sama kuasa.

“Dan Majlis Raja-raja Melayu kita harapkan sedar perkara ini dan agenda seterusnya mereka adalah nak merepublikan negara ini dan mereka akan menukar Majlis Raja-raja Melayu ini, menghilangkan Raja-raja Melayu dan mereka nak gantikan dengan Presiden.

“Dan mereka nak gantikan di negeri-negeri dengan apa namapun kita tak tahu. Jadi sebenarnya cadangan (MP Raub) ini adalah cadangan jangka panjang jangka jauh mereka nak menukarkan negara ini daripada negara Tanah Melayu kepada Malaysia.

“Malaysia akhirnya esok jadi republik dan menghilangkan raja-raja Melayu dan juga Yang di-Pertuan Agong,” katanya. 

HARAKAHDAILY 15/2/2025

Monday, May 15, 2023

Kalimah Allah: Ummah tuntut penjelasan menteri agama

malaysiakini.com
Diterbitkan: May 15, 2023 4:48 PM
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menuntut Menteri Agama Mohd Na'im Mokhtar supaya memberi penjelasan berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung kes penggunaan nama Allah.

Timbalan pengerusinya, Dr Kamaruzaman Yusoff berkata bahawa Ummah berasa terkejut dan terkilan dengan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan proses rayuan.

"Ummah menggesa agar menteri agama mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan drastik Kerajaan Madani.

“Hal ini kerana isu ini adalah isu yang berkait rapat dengan portfolio di bawah menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Agama Mohd Na'im Mokhtar.
"Sekiranya tiada penegasan daripada pihak berautoriti, dibimbangi akan ada kelompok yang akan bertindak ekstrem dan boleh mewujudkan perasaan tidak senang, tidak selamat, dan menggugat keharmonian serta kesejahteraan hubungan antara kaum," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dia berkata demikian ketika mengulas laporan hari ini bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan dalam kes yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.

Notis tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas.

"Keputusan yang dibuat secara unilateral ini seolah-olah menjatuhkan kredibiliti pihak-pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Islam seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Agama Islam negeri-negeri dan pelbagai institusi lain dalam negara ini.
Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Dr Kamaruzaman Yusoff.
"Ummah mendesak supaya pihak berwajib memikirkan semula tindakan ini dan meneruskan proses rayuan seperti sepatutnya," kata Kamaruzaman.

Katanya, Ummah juga akan mengadakan suatu sidang meja bulat bersama-sama NGO Islam serta pelbagai pihak lain dalam masa terdekat.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman Ireland yang mahu mendapatkan pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak menggunakan kalimah Allah untuk tujuan agama dan pendidikan.

Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Kaabah” dan “solat” sebagai menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan.

KDN dan kerajaan kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 15 Mac tahun yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan kementeriannya yang membawa kepada penarikan balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.
Saifuddin dilaporkan berkata dia menyerahkan nota untuk memaklumkan pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada kabinet beberapa bulan lalu.

“Dalam hal ini, kalau tak silap saya, ia pendirian KDN dan saya perlu maklumkan kepada Jemaah Menteri, yang saya lakukan beberapa bulan lalu,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Laporan itu menyatakan Saifuddin tidak mengulas panjang mengenai perkara itu namun berkata akan memberi lebih banyak maklumat pada sidang media akan datang.

Untuk rekod, pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', telah dirampas daripada Jill Ireland sebaik dia tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepan
g.

Wanita Melanau itu kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 untuk menuntut pemulangan CD yang dirampas itu serta bayaran ganti rugi.

Mahkamah Rayuan pada 23 Jun 2015, mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya CD itu dipulangkan kepada Ireland.

Friday, May 31, 2019

Inkues Adib: Lepas desak AG letak jawatan, Ummah mahu anjur solat hajat

Haspaizi Zain


Selain laporan polis dan penghantaran memorandum, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) kini merancang untuk menganjurkan sembahyang hajat seluruh negara bagi menuntut keadilan terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Semalam Ummah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara Tommy Thomas yang didakwa mereka cuba campur tangan dalam inkues berkenaan perkara itu, dan hari ini NGO itu menghantar memorandum ke pejabat peguam negara untuk mendesak peletakan jawatan Thomas.

"Hari ini kita menghantar memorandum mendesak peguam pegara letak jawatan kerana beliau sudah tidak berupaya mengendalikan beberapa isu besar dalam negara sehingga menimbulkan kekeliruan.

"Selepas raya Ummah akan mengadakan solat hajat di seluruh negara agar maklumat yang benar diberikan dalam inkues kematian Muhammad Adib supaya mendapat keadilan yang sewajarnya," kata Timbalan pengerusi Ummah Kamaruzaman Mohamad di pejabat peguam negara di Putrajaya, hari ini.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS berkata pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong untuk mendesak perkara sama.

"Jika tidak mendapat respons positif kita akan adakan himpunan raksasa menuntut keadilan buat Muhammad Adib," katanya lagi.

Hadir sama ialah pengerusi Ummah yang juga presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahya.

Dalam laporan polis semalam, Ummah membangkitkan penarikan diri Syazlin Mansor daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), selepas 36 hari inkues berlangsung.

Baca: AG senaraikan empat alasan peguam dinasihat tarik diri

Dalam laporan itu, NGO itu menggesa Thomas disiasat di bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan (berkenaan melindungi pesalah), Seksyen 219 Kanun Keseksaan (menggunakan jawatan secara tidak jujur dan berlawanan dengan undang-undang dalam prosiding) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (salah guna kedudukan sebagai peguam negara).

Pada 28 Mei lalu, Thomas berkata Syazlin tidak lagi mewakili KPKT dan bomba kerana wujud konflik kepentingan, memandangkan dia pada masa sama mewakili keluarga Muhammad Adib.

Selain itu, Thomas berkata perkembangan itu tidak menjejaskan status saksi pakar Prof Dr Shahrom Abd Wahid, yang sebelum ini mengatakan Adib mengalami kecederaan selepas ditarik keluar daripada kenderaan EMRS dan dipukul.

Sementara itu, Kamaruzaman meluahkan kekecewaannya apabila tidak dapat menyerahkan sendiri memorandum kepada Thomas, sebaliknya hanya disampaikan kepada wakil peguam negara.

"Kita difahamkan peguam negara ada di atas (pejabatnya), tapi tidak mahu jumpa. Hanya beliau saja tahu alasannya," katanya lagi.

    Sunday, May 5, 2019

    PAS puas begitu ramai peserta himpunan Ummah

    N Faizal Ghazali
    Diterbitkan 2019-05-05 10:53:00+08:00 


    PAS memberi isyarat berpuas hati dengan kehadiran himpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang berlangsung di ibu negara, semalam, yang disifatkan parti itu sebagai "begitu ramai" peserta.

    Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata himpunan tersebut berlangsung dengan baik walaupun notis penganjurannya dibuat dalam tempoh cuma seminggu.

    "Himpunan itu berjaya dengan kehadiran begitu ramai (orang) walaupun notis hanya seminggu sahaja.

    "Ia berjaya menyedarkan masyarakat tentang ancaman yang sedang melanda umat Islam daripada pelbagai isu yang dijelaskan," katanya kepada Malaysiakini.

    Semalam Malaysiakini melaporkan kira-kira 1,000 peserta menghadiri himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur semalam.

    Sumber polis Dang Wangi memaklumkan jumlah kehadiran peserta yang hadir lebih 3,000 orang.

    Bagaimanapun penganjur berkata perhimpunan kali ini berjaya menarik kehadiran 10,000 peserta.

    Himpunan berkenaan turut dihadiri pemimpin kanan Umno.
    Untuk rekod ia dilangsungkan di kawasan tengah Kuala Lumpur yang memang menjadi pusat beli-belah terkenal di negara ini.

    Kata Tuan Ibrahim kemunculan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik pada himpunan semalam menggambarkan kebimbangan mereka.

    Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian menambah, kehadiran begitu ramai peserta menandakan rakyat sekarang mahu kerajaan bertegas terhadap tulisan, ugutan dan penghinaan kepada pihak yang berkaitan Islam.

    Antara individu atau kumpulan yang didakwa PAS ditekan itu ialah mufti, pendakwah, raja-raja Melayu dan institusi agama.

    "Ia perlu diambil tindakan segera," katanya.

    Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, himpunan tersebut juga menandakan solidariti mereka kepada mangsa pelbagai dasar kerajaan PH, seperti isu kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, bahasa kebangsaan dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

    Katanya, satu memorandum juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-raja dan parlimen bagi memperincikan isu-isu berkaitan.

    "Memorandum kepada pihak berwajib diharap dapat diambil tindakan segera," katanya yang turut hadir dalam perhimpunan semalam.

    Saturday, May 4, 2019

    TMJ di hati pendemo

    News | Diterbitkan Hari ini 12:57 tengahari

    Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sekali lagi menggerakkan orang ramai untuk turun berhimpun di ibu negara, kali ini bagi menyertai himpunan "mempertahankan kedaulatan Islam".

    Perhimpunan yang dikatakan sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa itu dijangka bermula pada jam 2 petang nanti dan dijadualkan berakhir sekitar jam 6 petang.

    Ummah yang mengetuai himpunan itu akan bermula di Masjid Jamek selepas solat Zuhur dan akan berakhir di Sogo yang akan menghimpunkan kesemua pemimpin NGO dan parti politik terbabit.
    Ia merupakan himpunan kedua dianjurkan Ummah yang merupakan gabungan NGO Islam setelah kejayaan perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tahun lalu.

    Program anjuran Ummah itu turut mendapat sokongan pemimpin Umno dan PAS yang telah menyatakan kesediaan untuk mengerahkan anggota parti masing-masing.

    Menurut Timbalan Pengerusi Ummah Kamaruzaman Mohamad, perhimpunan hari ini akan menyentuh isu-isu semasa yang didakwa mengancam kedaulatan negara dan kedudukan agama Islam, seperti Statut Rom, kematian anggota Bomba dan pelbagai isu lain yang bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

    Ia ditambah lagi dengan penahanan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

    Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dalam satu wawancara minggu lalu menegaskan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghina agama selain menyifatkan perhimpunan berkenaan sebagai usaha untuk menghasut umat Islam di negara ini.

    LANGSUNG

    2.20pm: Sogo - Kira-kira 700 orang berhimpun sambil duduk di Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan dengan Sogo sementara menunggu peserta perhimpunan yang sedang berarak dari Masjid Jamek tiba.

    Dalam tempoh menunggu itu, peserta perhimpunan mendengar ucapan dari Sekreteriat Perhimpunan Ummah mengenai sebab mereka berhimpun hari ini.

    Mereka juga menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku.

    Cuaca di hadapan Sogo agak mendung namun peserta tetap berganjak dari terus mendengar ucapan berkenaan.

    TMJ di hati pendemo

    2.13pm: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim popular di kalangan peserta hari ini.

    Ramai yang membawa poster dan plakad memuji putera raja itu yang dilihat tidak berlaga angin dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad,terutamanya dalam isu Statut Rom.

    Peserta mula berarak

    1.52pm: Sogo - Laungan “Daulat Tuanku” dan “ Allahuakbar” bergema di hadapan pusat beli belah Sogo oleh peserta perhimpunan Ummah.

    Kira-kira 400 peserta perhimpunan dari Umno dan PAS mula membanjiri hadapan pusat membeli belah itu.
    Sementara itu bekas ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Rafii dalam ucapannya berkata antara sebab mereka berhimpun hari ini kerana arwah anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tak dibela.

    “Hari ini hari bomba, sepatutnya bersama Bomba, bersama tunang tapi beliau mati sia-sia, kalau kita tak pertahankan siapa nak (pertahankan),” katanya sambil menerima sorakan peserta perhimpunan itu.

    Orang ramai dijangka bakal bertambah kerana ingin mendengar kumpulan busking menyanyi kurang 10 meter dari peserta perhimpunan Ummah berkumpul.

    Malaysiakini difahamkan seramai 30 anggota trafik mengawal lalu lintas sepanjang perhimpunan ini berlangsung.

    Dianggarkan seramai 60 anggota polis dari pelbagai balai polis seperti Sentul, Dangi dan Cheras mengawal keadaan hari ini.

    Selain itu seorang anggota unit amal memaklumkan seramai 200 anggotanya mengawal perjalanan perhimpunan hari ini.

    Keadaan trafik di hadapan Sogo agak sesak namun terkawal dengan bantuan polis trafik.

    Peserta mula berarak

    1.50pm: Masjid Jamek: Peserta Himpunan sudah mula bergerak ke pusat beli-belah Sogo sambil melaungkan “Hidup Islam”, Bangkit Ummah dan Hidup Islam.

    KL akan penuh, kata Lokman

    1.14pm: Sogo - Kira-kira 50 orang berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo dengan memakai kemeja-t putih dengan tulisan “Daulat tuanku rakyat bersama tuanku” yang memaparkan gambar raja-raja Melayu.
    Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam yang turut bersama kumpulan berkenaan tidak boleh menjangkakan berapa ramai yang akan turun hari ini.

    “Kita tak boleh jangka tapi bakal penuh.

    “Seluruh Malaysia kita dah buat seruan suruh orang datang,” katanya.

    Kebanyakan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan Lokman.

    Turut kelihatan beberapa gerai dibuka menjual kemeja-T dan mafla dengan tulisan “penyatuan ummah” dan “himpunan perpaduan Ummah”.

    [Laporan langsung menyusul]

    Wednesday, February 27, 2019

    Anak muda Islam wajib berhimpun Jumaat ini

    MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI 
    27 FEBRUARY 2019


    BELIA UMMAH
    bersama 300 NGO umat Islam di bawah Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru kepada seluruh anak muda Islam daripada seluruh negara untuk keluar berhimpun pada hari Jumaat ini bagi menyatakan bantahan secara terbuka ke atas tindakan yang tidak bertanggungjawab beberapa rakyat Malaysia yang berani menghina Rasulullah S.A.W secara terbuka.

    Penghinaan yang dilakukan ke atas Rasulullah S.A.W adalah sebuah tindakan di luar batasan dan bersifat provokasi secara terbuka terhadap umat Islam di negara ini. Belia UMMAH menyifatkan bahawasanya tindakan menghina Rasulullah S.A.W ini adalah sebuah gerakan atau usaha untuk menormalisasikan tindakan menghina agama Islam dalam negara kita di atas nama hak kebebasan dan demokrasi.

    Himpunan pada hari Jumaat ini adalah penting bagi memberikan amaran kepada pihak yang melakukan provokasi ke atas umat Islam supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan menarik perhatian pihak kerajaan supaya mengambil berat isu ini dan tidak membiarkan agama Islam dihina begitu sahaja.

    Belia UMMAH menegaskan bahawa himpunan yang akan diadakan adalah bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pihak PDRM untuk mendakwa dan memastikan mereka yang melakukan jenayah menghina Rasulullah S.A.W menerima hukuman yang setimpal dan haknya.

    PDRM mestilah memastikan 'rule of law' berjalan tanpa ada pihak luar yang campur tangan dan memastikan undang–undang sedia ada mampu mengawal jenayah ini serta menjamin ketenteraman awam sama ada daripada pihak yang melakukan provokasi atau umat Islam itu sendiri.

    Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) pada hari Jumaat ini akan mengadakan himpunan serentak di seluruh negara dan UMMAH pusat akan mengadakan himpunan rasmi di Masjid Negara selepas dariapada solat Jumaat.

    Sekian. Terima kasih.

    MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
    Pengerusi Kluster Belia Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

    0142374002 - HARAKAHDAILY
    27/2/2019

    Monday, December 10, 2018

    PAS, Umno akan keluarkan Malaysia dari PBB?

    Yasmin Ramlan
    Diterbitkan 10 Dis 2018, 8:53 pagi


    ULASAN | Tidak dinafikan perhimpunan kesyukuran terhadap kerajaan untuk tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd) pada Sabtu lalu berlangsung dengan aman tanpa sebarang rusuhan.

    Bahkan selepas selesainya perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu, penganjur mengotakan janjinya untuk tidak meninggalkan sampah-sarap selepas tamat perhimpunan.

    Namun, adakah ini bermakna ia merupakan satu penanda aras bahawa objektif perhimpunan itu dianggap tercapai?

    Ini kerana himpunan yang disertai oleh pemimpin tertinggi Umno dan PAS di ibu kota itu juga secara terang-terangan menampakkan kemarahan mereka terhadap bukan Islam dan bukan Melayu.

    Sesetengah dilihat mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dan menanamkan perasaan marah terhadap kaum bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini dengan memberi amaran supaya tidak sentuh hal dan hak orang Islam dan Melayu.

    Kemarahan itu turut disuarakan oleh veteran Umno Tajuddin Abd Rahman yang turut mengambil peluang memaki Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam ucapannya.
    Tajuddin dalam ucapannya berkata, jika Malaysia menerima konvensyen tersebut, Malaysia akan dikenakan syarat-syarat tertentu yang akan mempengaruhi keputusan hala tuju negara.

    Dalam ucapannya itu, beliau turut berkata dengan lantang "go to hell with United Nation" (pergi jahanam PBB).

    Diusahakan PBB sejak 1955

    Apa yang lebih menghairankan, himpunan kesyukuran yang terdiri rata-rata daripada penyokong parti Islam dan parti Melayu itu bersorak dengan kenyataan Tajuddin itu, seakan-akan bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilemparkannya terhadap PBB.

    Sekitar 55,000 peserta yang hadir itu setia menanti ucapan dari pemimpin-pemimpin parti seterusnya untuk menyampaikan ucapan. Mereka sanggup menunggu di dalam panas terik dan berbahang semata-mata untuk menyokong himpunan kesyukuran itu.
    Pada 23 November, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meratifikasikan Icerd.

    Namun, rata-rata daripada peserta bantah Icerd pada Sabtu lalu mempertikaikan keputusan Putrajaya itu kerana berpendapat ia perlu dibawa ke parlimen supaya ia direkodkan. Jika tidak, bagi mereka, ia boleh diluluskan pada bila-bila masa.

    Icerd yang diusahakan oleh PBB pada 1965 bertujuan menangani masalah perkauman. Tetapi di Malaysia ia dilihat sebagai satu ancaman terhadap kedudukan istimewa orang Melayu (Artikel 153) dan Islam.

    Agenda freemason

    Selain ancaman terhadap kedudukan istimewa orang Melayu, sehari sebelum kerajaan menyatakan pendiriannya mengenai Icerd, Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula mendakwa konvensyen tersebut sebagai agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara.

    Freemason ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang sering dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi di seluruh dunia.

    Dua hari selepas membuat keputusan tidak meratifikasikan Icerd, PAS nampaknya tidak berpuas hati dengan kerajaan dengan mempersoalkan sama ada kerajaan akan menandatangani konvensyen PBB yang lain.
    Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nasrudin Hassan membangkitkan konvensyen-konvensyen PBB yang dilihat membimbangkannya kerana didakwa berpotensi membawa risiko besar terhadap negara.

    Empat lagi konvensyen PBB yang belum ditandatangani Malaysia dan dibangkitkan Nasrudin ialah Konvensyen Hak Sivil dan Politik, Konvenan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya; Konvensyen Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Anggota Keluarga Mereka; Konvensyen Perlindungan Semua Orang Daripada Penghilangan Paksa; dan Konvensyen Mengenai Status Pelarian.

    Berdasarkan kenyataan-kenyataan PAS dan Umno yang berhubung isu Icerd yang senada sebelum ini menunjukkan ciri-ciri mereka menentang dengan pendirian PBB yang memperjuangkan hak asasi manusia.

    Jadi, adakah sekiranya PAS atau Umno berjaya merampas Putrajaya dari Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang, parti pembangkang ini akan membawa keluar Malaysia dari PBB?

    YASMIN RAMLAN ialah wartawan Malaysiakini.

    Artikel ini merupakan pendapat peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

    Saturday, December 8, 2018

    55,000 peserta hadir Himpunan ICERD, kata Polis

    MyMetro
    Safeek Affendy Razali

    PESERTA mengaminkan doa ketika Himpunan ICERD di Dataran Merdeka. FOTO Asyraf HAmzah

    POLIS Kuala Lumpur menganggarkan 55,000 peserta hadir ke perhimpunan membantah ratifikasi ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di sekitar ibu negara, hari ini.

    Namun berdasarkan pengamatan yang dilakukan oleh wartawan NSTP jumlahnya mungkin mencecah lebih 100,000 orang berdasarkan kepadatan peserta dalam satu masa serentak, 2 petang tadi di sekitar Jalan Raja sehingga ke Bangunan Dayabumi; Jalan Tun Perak sehingga ke Jalan Lebuh Ampang; Jalan Raja Laut sehingga ke Sogo; kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

    Bagaimanapun penganjur Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dan Sekretariat Kedaulatan Rakyat (RAKYAT) menganggarkan jumlah peserta adalah mencecah 300,000 orang.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, meskipun perhimpunan berjalan dengan aman terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh peserta gagal dikawal oleh pihak penganjur terutama membawa kanak-kanak.

    "Himpunan ini berjalan dengan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

    "Bagaimanapun polis mengesan ada ibu bapa dan penjaga yang juga peserta perhimpunan membawa kanak-kanak ke perhimpunan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Sejak pagi hingga perhimpunan berakhir kira-kira 5 petang tadi, sebahagian besar peserta dikesan masih membawa kanak-kanak ke perhimpunan berkenaan sekaligus melanggar syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA 2012)
    .
    Lagi berita berkaitan Perhimpunan ICERD

    Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 7:00 PM

    Mula berkumpul di sekitar Sogo

    MyMetro
    Siti Azila Alias
    cnews@nstp.com.my
    PESERTA mula berkumpul di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.

    PESERTA perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mula berhimpun di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo dan kawasan sekitar.

    Setakat 10.30 pagi ini, dianggarkan 2,000 orang berada di situ dan jumlah itu dijangka meningkat tengah hari ini sebelum mereka berarak menuju Dataran Merdeka.

    Mereka yang memakai baju T putih dikatakan mula memenuhi kawasan ini sejak 6 pagi.

    Keadaan ketika ini masih terkawal dengan anggota polis dan polis trafik ditempatkan bagi mengawal lalu lintas.

    Pemantauan udara turut dilakukan polis di kawasan ini.

    Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meratifikasi ICERD dan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.

    Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya, memaklumkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 8 Disember ini tetap diteruskan, namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan memaklumkan UMNO akan menyertai perhimpunan itu sebagai tanda ‘terima kasih’ terhadap keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD.

    Lagi berita berkaitan Perhimpunan ICERD

    Thursday, December 6, 2018

    'Kita tengok siapa lebih ramai, Sabtu ini'

    Diterbitkan 6 Dis 2018, 6:42 petang


    Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada Sabtu ini sebagai cubaan mensabotaj himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang berlangsung pada hari sama.

    Katanya, dua program besar pada hari sama itu juga seolah-olah satu bentuk persaingan secara zahir antara kelompok yang memang jelas mahukan Icerd diratifikasi dengan kelompok yang menentang konvensyen tersebut.

    "Jadi kita tunggu Sabtu nanti, siapa lebih ramai, yang menyokong atau menentang ratifikasi Icerd.

    "Saya harap rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian yang telah Malaysia kecapi selama 61 tahun, yang mahu kekalkan keamanan ini mengikut acuan kita sendiri, bukan acuan barat supaya menyokong himpunan membantah Icerd," katanya yang dipetik sebagai berkata oleh portal Utusan Malaysia.

    Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dijangka melancarkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada pagi Sabtu ini bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

    Perhimpunan bagi membantah Icerd yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini dijangka akan menghimpunkan kira-kira 500,000 peserta bagi menyatakan bantahan terhadap usaha kerajaan untuk meratifikasi konvensyen itu.

    Program yang dikendalikan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu mendapat sokongan padu dua parti dominan orang Melayu iaitu Umno dan PAS.

    Sunday, December 2, 2018

    Biarlah Himpunan Untuk Suarakan Kepentingan Umat Islam, Di Kala Tokoh Islam Kerajaan Kurang Bersuara – Dr MAZA

    SUARA TV
    Suara Tanpa Sempadan
    Nur Effy
    December 2, 2018

     
    SHAH ALAM –  Himpunan untuk membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mungkin sudah tidak relevan selepas perdana menteri menegaskan kerajaan tidak akan meratifikasikannya.

    Namun, menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, penganjuran himpunan untuk penegasan isu-isu semasa lain yang membabitkan kepentingan umat Islam adalah relevan dalam suasana umat Islam memerlukan suara siasah yang jelas pada saat ini.

    Kata Mohd Asri, ini kerana umat Islam pada masa kini sangat gusar dengan perkembangan mutakhir ini.

    “Realitinya, umat Islam hari ini gusar dengan perkembangan mutakhir. Berilah ruang untuk mereka menzahirkan keresahan itu dalam suasana yang aman.

    “Pihak lain kelihatan lantang suara mereka menuntut pelbagai hak. Itu pun hak mereka untuk bersuara. Sementara kebanyakan tokoh politik umat Islam dalam kerajaan hanya diam, ataupun kurang bersuara.

    “Apatah lagi ada yang begitu apologetik dengan Islam.

    “Maka, biarlah jika ada pihak yang mampu dan ingin bersuara bagi menzahirkan rasa hati mereka sebagai penduduk asal dan majoriti dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tambah Mohd Asri, ramai tokoh politik dalam kerajaan hari ini pernah memperjuangkan perhimpunan aman sebelum menjadi pemerintah, maka perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang janggal untuk pihak lain pula untuk berhimpun secara aman dengan syarat mereka mengikut lunas undang-undang.

    “Apatah lagi jika rekod pihak berkenaan sebelum ini terbukti tidak bertindak ganas dalam perhimpunan-perhimpunan mereka,” kata beliau.

    Bagaimanapun tegas Mohd Asri, perhimpunan aman yang hendak dilakukan itu boleh dianggap ikhlas dan bertujuan untuk kepentingan umat jika ia bebas daripada slogan kepartian dan tidak berkempen menaikkan parti-parti politik tertentu.

    Kata beliau, ia hendaklah satu perhimpunan rentas parti dan rentas kepentingan kelompok dan objektifnya adalah perhimpunan untuk umat, daripada umat dan kepada umat.

    “Saya juga ingin mengingatkan, Islam itu adil untuk semua tanpa mengira latar bangsa dan agama.

    “Perhimpunan itu tidak boleh menjadi seruan yang menzalimi mana-mana agama dan bangsa lain yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap umat Islam.

    “Seruan Islam ialah mengajak kepada keharmonian hidup bersama mereka yang cintakan kedamaian. Saya percaya pihak penganjur memahami hal ini.

    “Saya ingin mengingatkan mereka yang ingin menyertai perhimpunan aman itu agar mengamalkan akhlak Islam iaitu tidak memaki-hamun, mencarut, melaungkan ungkapan yang menyanggahi prinsip Islam, mengelakkan tingkah laku yang bercanggah dengan ajaran Islam serta menghormati hak jalan.

    “Demikian juga hendaklah mereka mematuhi arahan pihak keselamatan demi kebaikan negara,” katanya lagi.

    Penganjur himpunan, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sebelum ini menegaskan akan meneruskan himpunan yang dijadualkan pada 8 Disember ini, namun ia bertukar format daripada himpunan bantahan kepada himpunan kesyukuran.

    Ketua Sekretariatnya, Aminuddin Yah­ya berkata, pihaknya menjangkakan himpunan tersebut tidak akan menghadapi masalah memandangkan mereka menerima respon positif daripada DBKL dan juga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meneruskan himpunan berkenaan.

    Ujarnya, pihaknya kini hanya menunggu kelulusan permohonan permit penganjuran perhimpunan daripada DBKL. 

    -SuaraTv

    Sunday, November 25, 2018

    'Walau sudah 10 tahun, Waytha tetap perlu dipecat'

    Anne Muhammad
    Diterbitkan 25 Nov 2018, 6:42 petang


    Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu, Kongres Tolak Icerd yang berlangsung di PWTC hari ini tetap mendesak pemecatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy, susulan rakaman video ketika beliau sebahagian daripada Hindraf pada 2007.

    Dalam rakaman itu, Waythamoorthy yang diwawancara stesen TV Belanda mendakwa golongan minoriti, terutama masyarakat India, didiskriminasi di Malaysia - antaranya kuil dirobohkan, dipaksa menukar agama dan diusir daripada rumah tradisi di kawasan ladang.

    Klip video itu kembali tular di tengah-tengah isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dan beberapa pihak menganggapnya memburukkan negara.

    Ketua Sekreteriat Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Aminuddin Yahaya berkata, gesaan itu memandangkan Waythamoorthy dilihat masih membawa sikap lamanya sehingga kini.

    "Kes (rakaman video) berlaku sepuluh tahun lalu, ia bukan isu baru. Kita tahu bagaimana sikapnya, dan ia dibawa sampai ke hari ini.

    "Jika kita beri ruang kepada orang seperti ini, ia tidak betul dan satu usaha memusnahkan keharmonian negara kita," katanya ketika sidang media selepas kongres tersebut.

    Antara peserta kongres yang bersetuju dengan resolusi itu adalah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) dan laman The Patriots.

    Pada 22 November lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Waythamoorthy "sudah berubah" dan rakyat perlu memberi peluang kepadanya untuk menjalankan tugas sebagai anggota kabinet.

    Ketika ditanya sama ada Mahathir akan melayan desakan pihaknya, Aminuddin berkata mereka akan tetap berusaha untuk memastikan Waythamoorthy tidak lagi menjadi menteri.

    "Sebagaimana kita usaha hari ini (berkenaan Icerd), sehingga kerajaan ubah pendirian mereka untuk memastikan beliau dipecat, atau beliau letak jawatan," katanya lagi.

    Resolusi kongres juga menyatakan kebimbangan dengan apa yang disifatkan seabgai "anasir antiPerlembagaan" dalam kerajaan walaupun Jabatan Perdana Menteri telah menyatakan tidak akan meratifikasi Icerd.

    Maka kongres mendesak kerajaan membahaskan isu itu di Dewan Rakyat agar boleh direkodkan dalam hansard parlimen.

    Bukan sekadar kenyataan media yang tiada kesan atau nilai perundangan," katanya lagi.

    Himpunan diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan

    Published on November 25, 2018 
    in Nasional by webadmin


    SHAH ALAM –
    Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan menyatakan Himpunan Perdana Rakyat Tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember ini akan diteruskan.

    Katanya, ia berdasarkan kepada perkembangan semasa daripada penganjur perhimpunan iaitu sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

    Menurut Nasrudin, himpunan tersebut perlu diteruskan kerana kegagalan kerajaan menunjukkan kesungguhan tidak meratifikasi ICERD dan lima perjanjian antarabangsa lain.

    “Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sangat ringkas dan ia tidak disambut oleh anggota kerajaan PH.

    “Begitu juga dengan kumpulan atau anggota dalam PH yang sebelum ini mendesak agar ICERD diratifikasi tidak memberikan sebarang respons terhadap kenyataan tersebut. Kita tidak berpuas hati,” katanya kepada Sinar Harian.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD]

    Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, himpunan tersebut juga wajar diteruskan bagi mendesak kerajaan supaya tidak berdolak-dalih dalam isu ICERD.

    “Himpunan ini juga sebagai satu peringatan buat kerajaan agar tidak membuat pusingan U.

    “Ini kerana dalam soal manifesto sendiri mereka boleh langgar, jadi kita berhimpun mendesak agar isu ICERD ini tidak lagi dibuka atau dibangkitkan kemudian hari,” katanya.

    Tambah Nasrudin, beliau secara peribadi belum berpuas hati dengan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkaitan diskriminasi kaum di negara ini.

    “Setakat ini belum ada permohonan daripada beliau sendiri. Jadi pada saya himpunan ini juga sebagai satu desakan supaya Menteri Perpaduan itu mengemukakan permohonan maaf.

    “Kita akan teruskan perjuangan sekiranya soal agama Islam, kedudukan raja dan hak orang Melayu dipertikaikan. Selama ini rakyat Malaysia berbilang kaum hidup secara aman mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

    Source: SH Nasional

    Friday, November 23, 2018

    Icerd: Ummah nak berhimpun juga, KJ kata elok jangan

    Haspaizi Zain
    Diterbitkan 23 Nov 2018, 5:51 petang


    Biarpun kerajaan sudah mengesahkan secara rasmi untuk tidak menerima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), himpunan pada 8 Dis ini tetap akan diteruskan, kata penganjurnya.

    Bagaimanapun menurut Gerakan Pembela Ummah (Ummah) himpunan tersebut bukan lagi berbentuk bantahan sebaliknya ditukar menjadi majlis kesyukuran.

    Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya, juga berkata pihaknya yakin kehadiran orang ramai tetap tinggi kerana ia merupakan program bagi meraikan kemenangan rakyat menyekat Icerd.

    "Kami akan meneruskan himpunan tersebut sebagai perhimpunan kesyukuran kerana suara rakyat berjaya (menghalang) Icerd apabila kerajaan membuat keputusan untuk tidak merafitasikannya," katanya kepada Malaysiakini sebentar tadi.

    Menurut Aminuddin lokasi himpunan itu kekal di Dataran Merdeka.

    Bagaimanapun bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata lebih baik penganjur tidak meneruskan himpunan berkenaan.

    Anggota parlimen Rembau itu juga berkata kerajaan sudah menyatakan secara rasmi untuk tidak menerima konvensyen berkenaan.

    "Ini masa untuk kurangkan (kehangatan) ‘suhu’ politik negara. Lebih baik tidak diteruskan lagi," ciapnya di Twitter.

    Seribu siswa dijangka turun

    Sebelum itu pada sebelah petang, kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan keputusan kerajaan menolak ratifikasi Icerd.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu Putrajaya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

    Dalam kenyataan itu pejabat perdana menteri berkata hal-hal berkaitan hak semua kaum di dalam negara ini memang dilindungi oleh perlembagaan.

    Ummah merancang untuk mengadakan perhimpunan bantah Icerd secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 8 Disember nanti yang menjangkakan kehadiran sekitar 700,000 peserta.

    Malah, Ummah juga sudah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa untuk menganjurkan perhimpunan itu.

    Sementara itu, PAS menyambut baik dan mengalu-alukan keputusan kerajaan PH untuk tidak meratifikasi Icerd.

    Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, rancangan asal Himpunan Perdana Rakyat Tolak Icerd yang dijadualkan itu akan tetap diteruskan.

    "Rancangan tersebut akan bertukar format kepada himpunan kejayaan dan kesyukuran rakyat menolak Icerd yang akan diisi dengan solat hajat dan ucapan daripada para pimpinan," jelas Tuan Ibrahim yang dipetik harakahdaily.

    Presiden Inspirasi Varsiti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ariff Muazzam, pula menyatakan kesediannya untuk turun bersama mahasiswa ke perhimpunan itu nanti.

    Kata Ariff kumpulannya dijangka akan mengerahkan kira-kira 1,000 mahasiswa dari UKM untuk turun menyertai perhimpunan itu nanti.

    Thursday, November 22, 2018

    Ummah mahu pastikan 500k hadir himpunan bantah Icerd

    Haspaizi Zain
    Diterbitkan 22 Nov 2018, 9:00 pagi 


    Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mahu memastikan sekurang-kurangnya 500,000 berhimpun di Dataran Merdeka, 8 Disember nanti bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

    Jelas Ummah, perhimpunan membantah Icerd akan diteruskan meskipun tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

    Setiausaha Agung Ummah, Mansor Ibrahim, berkata pihaknya bagaimanapun akan berusaha untuk memenuhi segala ketetapan yang dikenakan bagi memastikan "perhimpunan aman" itu berjalan lancar.

    Mansor berkata, pihaknya menjangkakan lebih 1,000 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai perhimpunan berkenaan.

    “Kita tidak boleh pastikan berapa banyak NGO akan sertai perhimpunan itu nanti, namun, apa yang pasti lebih 1,000 NGO di bawah Ummah akan menyertainya.

    “Kita jangkakan sekurang-kurangnya 500,000 akan turun pada perhimpunan ini nanti.

    “Pihak Ummah selaku penggerak kepada perhimpunan ini, telah mengemukakan permohonan permit bagi perhimpunan itu nanti.

    “Lulus atau tidak (permohonan permit), kita akan tetap meneruskan perhimpunan ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

    Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada Himpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah 17 November lalu mengumumkan bahawa satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli PAS dan Umno akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini bagi membantah cadangan meratifikasi Icerd.

    Pengumuman Abdul Hadi mendapat sokongan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu himpunan yang menggabungkan ahli Umno dan PAS itu diadakan di setiap negeri di Semenanjung.

    Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, memaklumkan hasrat kerajaan untuk meratifikasi enam bentuk perjanjian antarabangsa termasuk Icerd dalam suku pertama tahun depan.

    Bagaimanapun, Waythamoorthy kemudiannya dipetik sebagai berkata kerajaan masih tiada kata putus berhubung hasrat meratifikasi konvensyen berkenaan dan sesi mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada semua pihak berkaitan perkara itu akan dimulakan pada Januari depan.

    Perkasa gesa PM buat pendirian jelas

    Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Bersatu (Perkasa) menuntut Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya menyatakan pendirian tegas berhubung isu ICERD.

    Presiden Perkasa, Dr Ibrahim Ali menjelaskan pihaknya belum membuat keputusan sama ada akan menyertai himpunan anjuran Umno dan PAS itu ataupun tidak, namun menegaskan bahawa mereka tetap membantah Icerd.

    “Kerajaan pun masih “ding-dong” (tiada kata putus) dalam isu ini, kenyataan (Dr) Mahathir tidak jelas… Katanya tak dapat muktamadkan Icerd kerana tidak mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.

    “Apakah jika mendapat sokongan dua pertiga Icerd akan dimuktamadkan, itu yang kita mahu tahu tentang pendirian kerajaan,” jelas beliau ketika dihubungi.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof semalam menjelaskan bahawa beliau sudah mendapatkan maklum balas dan berunding dengan semua pihak berhubung isu Icerd.

    Menteri agama itu juga berkata pihaknya sedia mengadakan rundingan kali kedua sekiranya perlu.

    Dalam kenyataan 18 Nov lalu, Dr Mahathir menyifatkan pelaksanaan Icerd "hampir mustahil" sekiranya tidak mendapat sokongan pembangkang.

    Ini demikian kerana, katanya, pelaksanaan Icerd melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan sokongan majoriti dua pertiga anggota parlimen.

    Saturday, July 28, 2018

    Rais kata UEC soal kedaulatan bukan hal remeh

    By Muhammad Azizul Osman
       - 28 Julai 2018

    Veteran politik yang terkenal dengan keprihatinannya terhadap isu-isu bahasa dan budaya, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan adalah tidak wajar rakyat menerima keputusan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya kerana ia terkandung di dalam manifesto kerajaan pakatan harapan.

    KUALA LUMPUR – Veteran politik, Tan Sri Dr. Rais Yatim mendesak kerajaan tidak memberi pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

    Ujarnya, isu pengiktirafan UEC adalah masalah besar yang dihadapi kerajaan PH dan menolak dakwaan ia adalah isu remeh semata-mata.

    “UEC ini soal anugerah kedaulatan, ini soal bahasa bangsa, kenegaran dan negara bangsa, ini bukan remeh bukan kecil.

    “Suara majoriti kata apa, tak mahu. Kaji dulu, harus kita halusi dulu sebelum UEC jadi manifesto. UEC ini letaknya dalam janji nombor 50,” katanya dalam ucapan di Himpunan Kebangkitan Ummah yang diadakan di Padang Kelab Sutlan Sulaiman Kampung Baru hari ini.

    Hampir 3,000 peserta hadir membanjiri padang ini dengan kelolaan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

    Malah katanya, isu UEC tidak harus menjadi keutamaan kerajaan PH sedangkan janji utama dalam manifesto mereka adalah menurunkan harga bahan api, harga barang dan memansuhkan tol masih belum ditunaikan.

     -MalaysiaGazette

    'Kerajaan HARAPAN jangan abai tuntutan NGO Islam'

    Anne Muhammad & Alyaa Alhadjri
    Diterbitkan 28 Jul 2018, 4:52 petang 


    Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - pengajur Himpunan Kebangkitan Ummah hari ini - Aminuddin Yahaya mendesak kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar lebih terbuka dalam mendengar tuntutan NGO Islam di negara ini.

    "Jika lebih teruk layanan terhadap kami, ini bukan (Malaysia) baru, tetapi haru-biru. Kita harap kerajaan ini betul-betul baru - lebih baik dan konstruktif," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Kebangkitan Ummah yang disertai lebih 1,000 hadirin di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau mendakwa telah menghantar enam tuntutan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) tetapi tidak dilayan.

    "Kita kecewa kerana tahu Datuk S Ambiga ada dalam IRC, mungkin itu (sebabnya) mereka tidak melayan tuntutan kita," katanya yang juga timbalan presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

    Antara isu yang dibangkitkan dalam himpunan itu adalah isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), pemerkasaan bahasa kebangsaan dan tanah rizab Melayu.
    Aminuddin berkata himpunan itu adalah luahan kegusaran kalangan umat Islam dan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

    "UMMAH menuntut kerajaan segera membaiki kepincangan yang sedang dan bakal berlaku.

    "Kami tidak menolak akan ada siri himpunan yang lebih besar di negeri-negeri jika tiada tindakan daripada mereka," katanya lagi.

    UMMAH menyatakan enam resolusi kepada kerajaan, antaranya tindakan kerajaan haruslah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan tanpa menjejaskan perpaduan dan keharmonian antara agama.

    Selain itu, gabungan NGO itu menuntut hak istimewa Melayu dan kedudukan Islam tidak digugat dan penolakan terhadap pengiktirafan UEC.

    Selain pemimpin NGO, himpunan yang bertemakan 'Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam' turut dihadiri beberapa pemimpin Umno dan PAS, antaranya Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin Hassan, Datuk Asyrat Wajdi Dusuki dan Datuk Lokman Noor Adam.

    Friday, July 27, 2018

    Islam, Melayu… jom bersatu nyatakan pendirian kita esok

    RZ 27/07/2018

    10,000 dijangka banjiri Himpunan Kebangkitan Ummah Malaysia Baru Pasca PRU14 Islam Melayu terancam di Kelab Sultan Sulaiman

    BANGI, 14 Zulkaedah 1439H, Jumaat Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan pelbagai serangan bertali arus terhadap institusi Islam dan bangsa Melayu, menyebabkan hak yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan terhakis sedikit demi sedikit.

    Menyedari hakikat itu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengajak umat Islam dan bangsa Melayu bersama-sama hadir pada satu perhimpunan besar-besaran pertama yang akan diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpur, mulai jam 9 pagi hingga 2 petang esok.

    Dalam satu kenyataan hari ini, UMMAH berkata, Kelab Sultan Sulaiman pernah menjadi saksi kebangkitan ketika Kongres Melayu SeMalaya yang menjadi bibit-bibit permulaan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu, pada Mac 1946.

    “Kini, dengan Roh perjuangan yang sama, pada 28 Julai 2018, Kelab Sultan Sulaiman bakal menyaksikan satu lagi kebangkitan UMMAH yang mengumpulkan bangsa Melayu Islam yang ingin mempertahankan agama dan bangsanya daripada dirobek oleh pihak-pihak berkepentingan,” kata gerakan itu.

    Dianggarkan lebih 10,000 peserta terdiri daripada ahli gabungan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, persatuan mahasiswa universiti, pelajar, serta pemimpin dan ahli parti politik, dijangka hadir.

    Himpunan esok, adalah yang besar-besaran bakal diadakan bagi umat Islam menyatakan pendirian dan sikap leluhur mempertahankan kedaulatan Islam, institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan bahasa Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia yang mula digugat oleh anasir tidak bertanggungjawab pasca PRU14.

    Umat Islam, khususnya bangsa Melayu perlu sedar sejak kebelakangan ini timbul pelbagai isu menyentuh kedaulatan Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang membimbangkan, dan boleh mencetuskan situasi tidak tenteram dalam masyarakat.

    Menurut UMMAH, himpunan akan dijalankan secara aman, gembira dan kasih sayang serta menghormati antara satu sama lain.

    “Unsur provokasi, keras dan kasar dilarang sama sekali serta pihak keselamatan akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang cuba membuat provokasi untuk menganggu himpunan ini.

    Bertemakan ‘putih’ (baju), UMMAH menggalakkan peserta membawa topi, payung, alas duduk dan minuman. Peserta juga digalakkan makan makanan berat terlebih dahulu sebelum menyertai perhimpunan.

    ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-