Kalbana Perimbanayagam dan Nor Azizah Mokhtar
cnews@nstp.com.my
LEBIH 15 buah kenderaan dan sebuah trak polis dilihat masuk ke perkarangan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta di sini, sebentar tadi.
Enam buah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan selebihnya kenderaan Proton Preve bertulis Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan diiringi dua kereta peronda serta dua motosikal peronda polis masuk ke perkarangan kediaman Najib, kira-kira jam 10.15 malam.
Dipercayai semua kenderaan bersama pegawai dan anggota polis ke kediaman terbabit untuk mengambil bahan bukti serta dokumen berkaitan siasatan polis ke atas Najib.
Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada Najib akan ditahan malam ini, namun dipercayai polis akan mengambil sedikit masa untuk mengumpul bahan bukti dan dokumen di kediaman berkenaan.
Dipercayai, serbuan itu diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, bagaimanapun buat masa ini NSTP belum mendapat sebarang pengesahan daripada PDRM berhubung serbuan itu.
Trak polis terbabit dilihat membawa kotak-kotak yang dipercayai akan digunakan untuk mengisi dokumen dan bahan bukti yang akan dirampas dalam serbuan itu.
Terdahulu, Najib menunaikan solat terawih di Masjid Kampung Baru dan pulang ke kediamannya kira-kira jam 9.50 malam sebelum 'dikunjungi' rombongan pasukan polis itu, kira-kira 25 minit kemudian.
Dalam Twitternya, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana dapat menunaikan solat sunat terbabit Beliau yang kelihatan mengenakan baju Melayu berwarna merah saga dipadankan seluar hitam turut mendoakan rakyat negara ini sentiasa diberkati Allah SWT.
"Hadis Riwayat Bukhari, "Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu." Alhamdulillah malam ini dapat solat sunat terawih di Masjid Kg Baru. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT," katanya dalam Twitter berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 11:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.