Sunday, June 3, 2018

Muhyiddin nafi kenal Datuk Amin

NOR IDAYU BOSRO
03 Jun 2018 12:54 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya didatangi seorang individu bernama Datuk Amin yang terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh di negara ini seperti yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini, Muhyiddin berkata, tidak ada sebarang perbincangan berlaku antara pihaknya dengan individu tersebut berkaitan perkara berkenaan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mengenali individu itu," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk memberikan taklimat terperinci berhubung dakwaan kementerian itu memberi kelulusan membawa masuk seramai 80,000 pekerja asing ke Malaysia beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

"Saya juga telah mengarahkan supaya pelaksanaan kelulusan ini, jika ada, ditangguhkan dahulu sehingga saya diberikan taklimat terperinci mengenainya," katanya.

 - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-