Showing posts with label Menteri Dalam Negeri. Show all posts
Showing posts with label Menteri Dalam Negeri. Show all posts

Thursday, February 20, 2025

Larangan berceramah untuk Zakir Naik sudah tiada, kata Saifuddin

malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Feb 20, 2025 3:26 PM
PARLIMEN | Tiada lagi sebarang kekangan untuk pendakwah kontroversi dari India, Zakir Naik, menyampaikan ceramah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata larangan sebelum ini dibuat pihak berkuasa adalah disebabkan siasatan yang dijalankan berhubung dua insiden melibatkan Zakir pada 2019.

Dalam tempoh itu, kata Saifuddin, pihak berkuasa mengenakan larangan berceramah.

"Saya baru semak semula sekarang (dan mendapati) tak ada larangan itu.

"Sebab (larangan tersebut) hanya merujuk kepada tempoh siasatan terhadap dua kenyataan yang dikeluarkan beliau dalam ucapan - kalau tak silap di Kota Bharu dan Perlis," katanya.

Saifuddin berkata demikian sebagai menjawab soalam RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu status terkini larangan ke atas Zakir.

Kata Rayer, dia ingin tahu sama ada larangan berkenaan sudah dibatalkan atau sebaliknya.

Dia juga menegaskan tidak bercadang untuk membantah sesiapa saja menyampaikan ceramah agama kecuali Zakir.

"Bagi menjawab soalan Jelutong (Rayer) apakah sekarang larangan itu masih ada, (jawabnya) larangan itu tidak ada lagi sekarang," katanya.

Nama Zakir kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila dia dilihat menyampaikan ucapan dalam satu majlis di Perlis dan tidak disenangi Rayer.

Bagaimanapun keadaan itu dijelaskan Mohd Asri Zainul Abidin yang memberitahu Zakir dibenarkan berucap selepas mendapat izin daripada Mufti Perlis berkenaan.

Friday, January 31, 2025

Menteri cadang pinda undang-undang, mudahkan anjur himpunan aman

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 31, 2025 10:00 AM
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan pindaan undang-undang bagi membolehkan perhimpunan aman diadakan tanpa memerlukan proses kelulusan yang panjang.

"Saya cenderung untuk katakan, undang-undang ini sifatnya dinamik. Undang-undang berkaitan perhimpunan aman ini dibuat pada 2012. Barangkali (boleh dicadangkan) supaya tak perlu 'approval processs', jika ada satu kawasan yang dijadikan tempat untuk buat perhimpunan.

"Perlu juga untuk penganjur masih memaklumkan pihak polis mengenai perhimpunan yang akan diadakan dan polis pun buatlah kawalan di kawasan terbabit. Mungkin kaedah ini saya lihat, boleh legakan (pandangan ramai yang anggap ada sekatan berkaitan perhimpunan)," katanya dipetik Berita Harian.

Saifuddin dan pihak berkuasa, yang mendapat kecaman berhubung dakwaan cuba menyekat perhimpunan antirasuah 25 Jan yang dianjurkan pelajar di Kuala Lumpur, berkata hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun masih dipertahankan, tetapi terdapat "peraturan" yang munasabah ditetapkan untuk mengimbangi keperluan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Dia menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah menukar pendirian mengenai hak untuk berhimpun, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan hari ini kekal komited untuk mempertahankan dan menjunjung hak yang disebut dalam Perlembagaan termasuk dalam perkara kebebasan berhimpun sebagaimana termaktub dalam perkara 10 (1)(b) mengenai jaminan kebebasan berhimpun. Ini kerajaan tetap pertahankan," katanya lagi. .

Saifuddin berkata, apabila polis mengeluarkan kenyataan berhubung pematuhan peraturan, ia tidak bermakna kerajaan menentang perhimpunan yang diadakan.

"Bila pihak polis 'communicate', jangan anggap tak boleh berhimpun, ini seolah beri gambaran kerajaan tak bagi berhimpun. Sedangkan tak ada satu kalimah pun keluar dari saya, mengatakan tak boleh berhimpun.

"Contohnya apabila polis beritahu mengenai lokasi perhimpunan, jika lokasi itu misalnya ada ada tuan punya (premis milik orang lain), undang-undang memerlukan anda untuk dapatkan kebenaran dahulu," katanya lagi.

Monday, September 2, 2024

Jenayah rasuah tetap keutamaan kerajaan – Saifuddin Nasution

kosmo.com
Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
2 September 2024, 9:11 pm
Saifuddin Nasution pada sidang akhbar selepas Persidangan Keselamatan Dalam Negara di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Isu integriti dan jenayah rasuah tetap menjadi keutamaan kerajaan walaupun ia tidak diangkat sebagai keutamaan pada Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu integriti turut dibincangkan pada persidangan yang dihadiri oleh 800 peserta dari pelbagai latar belakang itu.

“Kita berikan kebebasan kepada peserta untuk berbincang mengikut sudut pandang masing-masing. Apakah ia (jenayah rasuah) dibincang dalam persidangan ini? Jawapannya ya dan ia dalam perkara tentang integriti,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024, di sini hari ini.

Katanya, beliau menjelaskan bahawa apabila diangkat sebagai satu resolusi, ia mesti berpandukan kepada empat kluster yang dibincangkan dalam persidangan itu. 

KOSMO! ONLINE

Thursday, March 21, 2024

PN sudah terima draf perjanjian peruntukan sekata

malaysiakini.com
Isabelle Leong, Alyaa Alhadjri & B Nantha Kumar
Diterbitkan: Mar 21, 2024 9:07 PM
PARLIMEN | Hamzah Zainudin hari ini berkata dia sudah menerima dokumen yang memperincikan rundingan mengenai peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Katanya dia menerima draf tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

"Cuma kita (pembangkang) nak lihat perkara-perkara yang menjadi syarat dalam dokumen itu," katanya semasa berbalas hujah dengan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Ketika itu Saifuddin sesi penerangan mengenai langkah pemerkasaan Lembaga Penapisan Filem.

Pertikaian singkat di antara dua ahli politik itu bermula apabila RSN Rayer (PH–Jelutong) mencadangkan agar dihasilkan filem lanjutan Anwar: The Untold Story bagi menceritakan kisah pihak yang telah mengkhianati Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam perjalanan politiknya.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, tidak ada keperluan untuk sekuel seperti itu dan menyifatkan Anwar seorang yang memandang ke hadapan dan pemaaf.

Sambil menyokong kenyataan Saifuddin bahawa pemimpin harus memaafkan, Hamzah turut membidas Anwar kerana "cakap tak serupa bikin" apabila menganggap perdana menteri itu menindas pembangkang.

"Jangan timbulkan polemik di negara apabila pemimpin ni cakap tak serupa bikin.

"Saya nasihat sesama kita hari, pada bulan puasa ni, berlaku adillah kepada semua. Itu permintaan saya,” kata ketua pembangkang itu.

Nampak sebagai pendendam

Sebagai respons, Saifuddin berkata jika Hamzah bercakap mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang, ahli parlimen PH juga tidak menerimanya ketika Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin (Pagoh) menjadi perdana menteri.

Kata Saifuddin, dia masing ingat bagaimana Muhyiddin ketika itu memberikan jawapan terhadap permintaan ahli parlimen PH yang mahu peruntukan pembangunan kawasan disalurkan melalui wakil rakyat setempat.

Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha PH menjelaskan, peruntukan memang diberi ke kawasan pembangkang namun tidak melalui ahli parlimen pembangkang.

“Hanya semasa Bera (Ismail Sabri Yaakob) menjadi perdana menteri, kami menerima peruntukan itu.

"Secara kebetulan, saya dan Larut berada dalam jawatankuasa Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) pada masa itu," kata Saifuddin.

Bagaimanapun, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu dan PN berkata, Saifuddin telah tersilap apa yang diperkatakannya.
Anwar Ibrahim
Kata Hamzah dia tidak bercakap mengenai peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen sebaliknya merujuk kepada pelbagai isu lain.

“Banyak perkara lain yang saya maksudkan. Orang nampak perdana menteri (Anwar) sebagai seorang yang sangat berdendam.

“Contohnya, dikatakan kerajaan sebelum ini (PN) menggunakan wang berbilion-bilion, RM600 bilion, RM300 bilion, tetapi akhirnya tidak ada apa-apa.

"Inilah yang dilihat oleh rakyat. Tindakan lebih berkesan berbanding kata-kata.

“Baru dua tiga hari lalu, saya berjumpa timbalan perdana menteri. Peruntukan adalah dua hala – anda tawarkan, kami terima.

"Sama ada kita tangguh atau tidak, itu perkara lain.

"Apabila anda mempunyai kuasa, jangan menyalahgunakan majoriti yang anda ada," kata Hamzah.
Saifuddin kemudian menjelaskan pada awalnya dia membuat tafsiran sebegitu kerana terdapat banyak aduan yang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang mengenai isu peruntukan sama rata kepada ahli parlimen.

Bagaimanapun, mengenai dakwaan Hamzah bahawa Anwar adalah individu yang pendendam, Saifuddin berkata dia “serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai”.

“Setakat ini, insya-Allah, kerajaan kukuh, bersatu dan berfungsi.

“Saya rasa mari kita ikuti bersama-sama rangka kerja yang pembangkang boleh terus mengkritik.

“Pembangkang boleh jadi (mekanisme) semak dan imbang, untuk memantau,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata perbincangan akan diadakan dengan wakil pembangkang berhubung permintaan mereka mendapatkan peruntukan sama rata.

Fadillah berkata, hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet minggu depan.

[Baca berita asal]

Tuesday, March 12, 2024

SJKC halang perpaduan nasional: Kok Seong beri keterangan polis

bebasnews,my
By Abdul Hafiz Ahmad
-12/03/2024
PROF. Emeritus Datuk Teo Kok Seong hari ini dipanggil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur ekoran kenyataannya yang mendakwa, sekolah vernakular (jenis kebangsaan) menjadi penghalang perpaduan nasional.

Kertas siasatan terhadap tokoh akademik itu dilaporkan sebuah portal media, telah dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Siasatan berkenaan dikatakan atas gesaan Teresa Kok Suh Sim yang menuduh Kok Seong rasis terhadap kaum Cina namun seorang peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berpendapat, tindakan Ahli Parlimen Seputeh daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu salah dan tidak berpandukan undang-undang.

“Prof. Kok Seong memberi pendapat sebagai seorang pakar dalam bidang pengajian,” katanya, dipetik daripada laman sosial Bertindak yang menyuarakan sokongan kepada tokoh akademik itu.

Laman berkenaan mengalu-alukan Kok Seong yang tidak patah semangat untuk bersuara demi menyatukan rakyat melalui satu aliran sekolah kebangsaan dengan hanya menggunakan bahasa Melayu dalam pendidikan untuk semua rakyat Malaysia.

Kenyataan beliau yang disiarkan sebuah portal dalam talian menyebut, 95 peratus pelajar Cina yang dihantar ke sekolah vernakular (SJKC) tidak mahu bercampur gaul dengan pelajar Melayu yang merupakan kaum majoriti penduduk Malaysia.

 – BebasNews

Friday, March 1, 2024

Majlis Media: Bila KDN kata tak setuju? - Saifuddin

malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Mar 1, 2024 4:59 PM
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution menafikan desas-desus bahawa kementerian itu menentang penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC).

Katanya, Majlis Media berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan KDN tidak mempunyai halangan terhadap penubuhannya.

"Sejak semalam seharian saya ditanya betulkah KDN menentang penubuhan (Majlis Media) ini? Saya pun terkejut. Perkara ini dibincang dalam mesyuarat kabinet yang lepas.

"Saya pun lihat dan semak dengan KSU (Ketua Setiausaha Kementerian) kat mana kita tak setuju.

"Tak ada pun pendirian kita tak setuju. Ia tak betul," katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Menurut Saifuddin sebelum perkara itu dibincangkan, kertas cadangan dibentangkan kepada beberapa kementerian yang terlibat.

"Ulasan KDN pada prinsipnya, kami tak ada apa-apa halangan.

"(Namun), apabila Majlis Media ditubuhkan kami hanya tengok perkara-perkara bertindih dari sudut peranan penguatkuasaan. Sebab kami pun ada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan.

"Majlis Media juga ada bahagian penguatkuasaan sendiri di mana kita nak harmonikan. Itu sahaja," katanya.

Pada 20 Feb lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerajaan kini dalam fasa terakhir untuk membawa Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media ke kabinet.

Katanya, penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara, dan perlu dipertimbang serta diputuskan oleh Jemaah Menteri.

Tak kawal portal dalam talian

Sementara itu, Saifuddin turut menafikan khabar angin bahawa KDN akan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) (PPPA) untuk mengawal portal-portal berita dalam talian.

"Saya juga ditanya apakah KDN akan meminda PPPA, katanya KDN nak buat pindaan bagi mengawal media atas talian.

"Ini juga tak betul. Kita pun tak ada cadangan buat pindaan mengawal portal atas talian.

"Cuma kami baru terfikir nak buat pindaan ke atas kompaun ke atas beberapa pelanggaran, itu sahaja.

“Tapi pindaan berkaitan nak mengawal portal atas talian tak ada dalam radar kami," katanya.

Saifuddin berkata kementerian itu juga tidak bercadang untuk memansuhkan PPPA.

Dia berkata demikian ketika ditanya apakah penubuhan majlis media akan menjadi badan kawal selia organisasi media di Malaysia.

"Apakah sekarang KDN ke arah mansuh PPPA? Tidak ada dalam radar kami buat masa ini," katanya ringkas.

Undang-undang yang menghendaki penerbitan media cetak memiliki permit yang dikeluarkan kerajaan telah dijadikan sebagai penghalang kepada kebebasan media di Malaysia kerana ia memaksa penerbit untuk mengikut garis panduan ditetapkan untuk memastikan permit mereka tidak dibatalkan.

Ketika ini, undang-undang itu, yang telah digunakan untuk menutup syarikat akhbar pada masa lalu, tidak mengawal media dalam talian, sekali gus membolehkan penerbitan dalam talian seperti Malaysiakini lebih bebas untuk membuat laporan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini merupakan pengawal selia kandungan media dalam talian.

SKMM diberi kuasa oleh Akta Komunikasi dan Multimedia untuk mengawal semua kandungan dalam talian yang diterbitkan di Malaysia, termasuk kewartawanan dalam talian.

Media dalam talian dikecualikan sebagai sebahagian daripada ikrar kerajaan untuk tidak menapis internet di bawah Rang Undang-Undang Jaminan MSC Malaysia 1998.

Bbagaimanapun, terdapat pelbagai undang-undang lain yang mengawal media dalam talian, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan menghina mahkamah.

Bekas ketua pengarang Malaysiakini Steven Gan dan bekas ketua pegawai eksekutif Premesh Chandran pernah didakwa di bawah AKM kerana memuat naik video menyinggung bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali. Tuduhan itu kemudiannya digugurkan.

Ini bukan kali pertama kerajaan mempertimbangkan untuk meminda akta itu bagi memasukkan media dalam talian.

Pada 2006, di bawah kerajaan BN, timbalan menteri keselamatan dalam negeri ketika itu Fu Ah Kiow berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperluaskan AMCP kepada media dalam talian untuk "meratakan padang permainan".

Pada 2011, di bawah perdana menteri Najib Abdul Razak, kerajaan meminda AMCP untuk menghapuskan keperluan permit penerbitan tahunan.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia berkata ia masih membenarkan kawalan ketara oleh kerajaan kerana menteri masih mempunyai budi bicara mutlak untuk membatalkan permit percetakan, memutuskan siapa yang akan diberikan permit dan siapa yang dibenarkan lesen mesin cetak.

Selain itu, undang-undang itu masih digunakan untuk mengharamkan penerbitan yang dianggap "tidak diingini", dan tahun lepas digunakan untuk mengharamkan jam tangan Swatch yang didakwa mengandungi unsur-unsur yang menyokong komuniti LGBT.

Wednesday, August 30, 2023

Mahkamah tolak permohonan semak pengecualian pembatalan Umno

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Aug 30, 2023
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan pengecualian yang diberikan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail terhadap pembatalan pendaftaran Umno.

Hakim Amarjeet Singh menafikan permohonan tiga ahli BN itu semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Amarjeet memutuskan bahawa badan kehakiman tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes melibatkan hal dalaman parti politik mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

Hakim mahkamah sivil juga menegaskan bahawa ini dibuktikan oleh preseden undang-undang Mahkamah Rayuan yang menguatkan perkara ini.

Tiada perintah mengenai kos dikenakan.

Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mewakili menteri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

[Laporan penuh menyusul]

Monday, October 3, 2022

Najib pertimbang tindakan undang-undang jika tak dibenar hadir parlimen

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Oct 3, 2022 5:49 PM
Peguam yang mewakili Najib Razak memberi masa sehingga jam 12 tengah hari esok kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin untuk menjawab rayuan supaya ahli parlimen Pekan itu dibenarkan hadir ke parlimen.

Jika tidak, pasukan peguam bekas perdana menteri itu akan memfailkan tindakan undang-undang untuk membolehkan Najib berbuat demikian.

Ketua peguam bela Najib, Mohamed Shafee Abdullah petang tadi mendedahkan Jabatan Penjara minggu lepas tidak membenarkan permohonan Najib untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat, yang disambung semula hari ini.

Terdahulu semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini, Speaker Azhar Azizan Harun berkata Najib dibenarkan menghadiri sidang tersebut sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak penjara.

Semasa sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Shafee mendakwa Ketua Pengarah Penjara (yang tidak disebut namanya) tidak membenarkan Najib menghadiri Dewan Rakyat atas alasan keselamatan.

Peguam itu berkata bahawa isu keselamatan adalah satu alasan "pelik" kerana parlimen adalah bangunan paling selamat jika dibandingkan dengan kompleks mahkamah tempat Najib dibawa untuk menghadiri kes mahkamahnya yang sedang berjalan.
Shafee berkata, pihak penjara tidak membangkitkan isu keselamatan ketika Najib dibawa ke hospital (dipercayai merujuk kepada lawatan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ini dan kemudian ke Hospital Rehabilitasi Cheras).

Peguam itu mendakwa dia telah menulis surat kepada Azhar, yang mengesahkan Najib masih ahli parlimen Pekan berikutan dua rayuan Najib yang sedang berjalan.

Permohonan itu adalah kepada panel Mahkamah Persekutuan yang berasingan untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kes rasuah SRC International RM42 juta, dan yang kedua ialah di hadapan Lembaga Pengampunan untuk pengampunan diraja dalam kes rasuah itu.

Peguam itu berkata bahawa mereka telah menulis surat kepada Hamzah untuk merayu terhadap keputusan pihak berkuasa penjara, dan jika mereka tidak mendengar apa-apa atau mendapat jawapan yang tidak menyenangkan daripada menteri dalam negeri sebelum pukul 12 tengah hari esok, maka semakan kehakiman akan difailkan di mahkamah.

Shafee berkata jika semakan kehakiman difailkan, maka ia akan menjadi tindakan undang-undang yang pertama di Malaysia kerana ia boleh membenarkan mana-mana ahli parlimen yang telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman tetapi masih mendapat proses wajar lain yang berkaitan untuk terus berkhidmat di kawasannya sebagai wakil rakyat.

Peguam itu berkata ini adalah penting kerana Najib tidak dapat mewakili parlimen Pekan sewajarnya jika tidak dapat membangkitkan isu di parlimen, sambil menambah bahawa pembantu politik Najib juga tidak dibenarkan melawatnya di Penjara Kajang mahupun di kompleks mahkamah.

“Kami telah memberitahu (pihak berkuasa) penjara bahawa pembantu politiknya (Najib) harus dibenarkan melawatnya supaya rakyat di kawasannya boleh diberi perkhidmatan, jika tidak pengundinya tidak boleh diberi perkhidmatan.

"Sesekali, dia sebagai ahli parlimen harus dibenarkan diiringi (oleh pihak pegawai penjara) ke kawasannya untuk mendengar rungutan rakyat di sana dan bercakap dengan pembantu politiknya sama ada terdapat sebarang masalah (di kawasan Pekan)," kata Shafee mengenai perkara yang akan dituntut oleh semakan kehakiman yang dicadangkan jika ia difailkan.

Shafee bagaimanapun menegaskan bahawa pada masa ini, perkara yang paling mendesak adalah untuk Najib dibenarkan menghadiri parlimen, sambil mencadangkan bahawa pihak berkuasa penjara dan Dewan Rakyat boleh membuat pengaturan untuk memastikan keselamatan semasa tertuduh mengambil bahagian dalam persidangan.

Awal hari ini, Najib menghadiri perbicaraan rasuah 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, dan prosiding mahkamah di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah akan disambung semula pagi esok.

Saturday, May 28, 2022

Sudah macam 'kilang pengeluar' bayi etnik Rohingnya

hmetro.com.my
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
Antara warga asing yang di tahan ketika Operasi Penguatkuasaan Imigresen bersama Menteri Dalam Negeri di Pasar Besar Meru, Klang. FOTO ASYRAF HAMZAH

Klang: Keadaan di Pasar Besar Meru, di sini, dilihat seolah-olah seperti 'kilang pengeluar' bayi etnik Rohingnya apabila kebanyakan wanita etnik berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.

Suasana hiruk-pikuk dengan tangisan bayi dan kanak-kanak jelas dilihat memenuhi kawasan warga asing yang dikumpul dalam pemeriksaan operasi di pasar berkenaan, semalam.

Dalam serbuan bermula kira-kira 8 malam itu, seramai 704 warga asing dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan India, berusia antara satu tahun hingga 55 tahun, diperiksa.

Tinjauan wartawan di lokasi terbabit mendapati kebanyakan wanita etnik Rohingnya yang diperiksa dalam operasi itu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.

Ada antara wanita yang diperiksa dalam operasi itu didapati baru melahirkan anak beberapa hari lalu.

Kebanyakan wanita terbabit dilihat mengendong bayi berusia bawah dua tahun.

Seorang remaja perempuan etnik Rohingnya berusia 15 tahun memaklumkan dia sudah berkahwin dan sedang hamil empat bulan.

"Saya berada di Malaysia sejak berusia sembilan tahun dan berkahwin awal tahun ini dengan suami yang juga (etnik) Rohingnya berusia 27 tahun.

"Saya sedang hamil empat bulan. Saya tidak bekerja, manakala suami pula bekerja di pasar (Pasar Besar Meru)," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, semalam.

Seorang lagi wanita etnik Rohingnya berusia 20 tahun memaklumkan dia terus dikahwinkan dengan lelaki dari etnik sama sebaik tiba di Malaysia dua tahun lalu.

"Saya tiba di negara ini dua tahun lalu dan terus dikahwinkan dengan suami yang berusia 30-an.

"Hasil perkahwinan kami dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia satu tahun. Saya tidak bekerja dan suami pula bekerja di pasar ini (Pasar Besar Meru)," katanya.

Sementara itu, perkara berkenaan juga menjadi perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang turun padang dalam operasi terbabit, semalam.

Katanya, beliau melihat tempat tinggal warga asing berkenaan amat menyedihkan sekali gus membuktikan mereka tidak ada jalan lain, selain tinggal di tempat berkenaan angkara beberapa sindiket.

"Mereka sanggup tinggal dan bekerja di tempat sebegini hingga melahirkan anak. Saya perhatikan apabila anak-anak itu dilahirkan, mereka secara automatik diberikan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

"Situasi itu pastinya akan membebankan kita dalam negara ini," katanya.

Monday, July 6, 2020

PRU mengejut? ‘Wow’

B Nantha Kumar
Hamzah Zainuddin
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini berkata beliau tidak tahu menahu berhubung kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkaitan kesediaan PN mengadakannya semalam.

"Saya tidak tahu (mengenai pilihan raya mengejut).

“Saya cuma menteri yang biasa yang hanya menjaga rakyat menjaga sekuriti keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan kapal peronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini di Pelabuhan Klang.

Azmin yang semalam memberitahu PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah cukup kriteria untuk mengadakan pilihan raya mengejut.
Mohamed Azmin Ali 
Azmin berkata ini kerana kerajaan telah berjaya menangani krisis kesihatan awam, politik dan ekonomi.

PRU boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan, kata Azmin lagi ketika acara makan malam di Johor Bahru semalam, seperti dipetik Sin Chew Daily.

Bagaimanapun, Hamzah yang setiausaha agung Bersatu berkata bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung pilihan raya mengejut.

Malah, beliau secara berseloroh meminta pemberita membangkitkan perkara itu kepada menteri berkenaan.

"Kenapa kamu tidak tanya soalan ini kepada menteri yang membangkitkan isu ini? Apa dia kata?" tanya Hamzah.

Namun, selepas pemberita menjelaskan bahawa menteri itu telah pun menjawab berkata pilihan raya mengejut akan diadakan secepat mungkin, Hamzah teruja dengan berkata "wow".

"Wow, saya tidak tahu kerana saya bukan menteri kanan. Mungkin ini (bila pilihan raya mengejut diadakan) antara menteri kanan di peringkat perdana menteri sahaja," katanya.

Tambah beliau pilihan raya mengejut bukan agenda utamanya.

"Pilihan raya diadakan pada masa terdekat atau masa yang panjang itu tidak menjadi agenda utama saya.

"Agenda utama saya adalah supaya rakyat yakin dengan kepimpinan yang amat berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan kerajaan perikatan nasional yang benar-benar mempunyai gabungan agak lebih teguh kerajaan sebelum ini," katanya.

Saturday, February 22, 2020

Maszlee gesa AG - akur dasar k'jaan atau undur

BERITA

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menggesa Peguam Negara Tommy Thomas supaya mematuhi dasar kerajaan atau meletakkan jawatan.

Ini selepas lebih sebulan dulu, Maszlee sendiri diminta melepaskan jawatan menteri kerana didakwa tidak mengikuti arahan kabinet.

Dalam kenyataan hari ini, Maszlee yang juga ketua Bersatu Bahagian Simpang Renggam membidas keputusan Tommy menamatkan prosiding terhadap 12 orang yang dituduh mempunyai kaitan dengan Kumpulan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Katanya, tindakan peguam negara itu tidak mengambil kira pendirian Putrajaya bahawa kumpulan pemisah di Sri Lanka itu dianggap sebagai pengganas.

"Kuasa untuk menyenaraikan sesuatu kumpulan sebagai kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.

"Selagi mana ia tidak diubah oleh menteri dalam negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti PDRM.

"Keputusan peguam negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang telah dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka," katanya.
Menurut Maszlee, keselamatan negara merupakan bidang tugas kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri.

"Kegagalan Peguam Negara mengambil kira dasar Kerajaan sebelum membuat keputusan bukan sahaja salah, tetapi bertentangan dengan peranan peguam negara selaku penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan.

"Saya meminta Tommy Thomas untuk kembali mematuhi dasar kerajaan dan mengutamakan keselamatan negara atau melepaskan terus jawatan sebagai peguam negara," tegasnya lagi.

Pada hari pertama persekolahan tahun 2020, Maszlee membuat kenyataan mengejutkan untuk "memulangkan sebagai menteri pendidikan."

Ini selepas beliau diminta melepaskan jawatan itu oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad awal bulan lalu.

Sepucuk surat yang bocor kepada pihak media membayangkan antaranya Maszlee diminta berundur kerana gagal mematuhi arahan kabinet mengenai pengajaran Jawi di sekolah, khidmat internet percuma di sekolah dan program sarapan pagi percuma untuk murid sekolah.

Peguam Negara Tommy Thomas dalam kenyataan sepanjang 11 muka surat berkata beliau melaksanakan kuasa budi bicaranya untuk memberhentikan prosiding terhadap 12 individu dalam perbicaraan kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuatkuasa serta merta.

Thomas berkata setiap seorang daripada mereka menjadi suspek hanya kerana di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook mereka, terdapat gambar (pemimpin utama LTTE) Velupillai Prabhakaran dan pimpimpin lain LTTE yang terbunuh semasa perang saudara di Sri Lanka.

Peguam negara juga berkata perintah menteri dalam negeri mengisytiharkan sesuatu kumpulan pengganas tidak boleh menjadi tetap dan wajar untuk disemak setiap enam bulan bagi memastikan sekiranya terdapat asas yang munasabah untuk perintah sebegitu diteruskan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata LTTE tetap diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas dan keputusan berkenaan hal itu bukan berada di bawah bidang kuasa peguam negara.

Semua mereka ditahan pihak berkuasa pada 29 Oktober tahun lalu dan sejak itu didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau dikenali sebagai Sosma.

LTTE sudah tidak lagi aktif selepas dikalahkan oleh tentera Sri Lanka pada 2009, dengan terbunuhnya Prabhakaran.

Sunday, December 8, 2019

Muhyiddin: Hentikan segala provokasi

BERITA

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menegaskan kementeriannya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mengancam keamanan awam dan keharmonian negara.

Dalam kenyataan media hari ini, Muhyiddin mengulas tiga isu yang berlaku baru-baru ini, iaitu kes pengubahsuaian Jalur Gemilang yang muncul dalam satu kejohanan bola keranjang, nyanyian lagu Negaraku bukan dalam bahasa Melayu, majlis memperingati Perjanjian Damai Hat Yai.

"Merujuk kepada beberapa insiden yang tular kebelakangan ini, saya menggesa semua pihak agar berhenti membuat kenyataan atau melakukan perbuatan yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

"Saya memandang serius perkembangan tidak sihat ini yang dianggap suatu provokasi untuk mengeruhkan keadaan dalam negara," katanya dalam kenyataan tersebut.

Muhyiddin berkata pihak polis sedang menyiasat semua insiden berkenaan dan perkembangannya akan diumumkan apabila perlu.

Pada acara perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28, di Kuala Lumpur, bulan lalu, bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima dan 11 jalur merah putih dipaparkan menerusi klip video pada skrin LED ketika lagu Negaraku berkumandang.

Insiden itu menyebabkan banyak pihak meluahkan kekecewaan, khususnya di media sosial kerana menganggapnya sebagai tidak menghormati Jalur Gemilang.

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) kemudian memohon maaf atas kejadian itu dan presidennya memilih untuk bercuti daripada jawatan itu bagi memberi ruang untuk siasatan pihak berkuasa.

Selain itu, polis juga sedang menyiasat majlis memperingati ulang tahun ke-30 perjanjian damai di antara Parti Komunis Malaya dan kerajaan Malaysia yang berlangsung di Selangor pada 1 Disember lalu.

Siasatan juga dibuat terhadap isu rakaman video pelajar menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa selain bahasa Malaysia.

"Tindakan tegas akan diambil mengikut lunas undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang didapati dengan sengaja cuba menimbulkan kegusaran awam," kata Muhyiddin.

Tuesday, December 3, 2019

Simpan maklumat ini, geng himpunan komunis dah padam dalam FB

ANALISISUTAMA
December 2, 2019

TERUS para penyokong pengganas komunis memadamkan muatnaik-muatnaik yang mengagung-agungkan pengganas komunis dari Facebook mereka bila Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan beliau risau, tidak memandang ringan dan telah meminta pihak polis membuat siasatan ke atas perhimpunan membabitkan bekas-bekas pengganas komunis dan para penyokong mereka di New Era University College.

Sangat jelas ia bukan semata-mata usaha untuk merayakan “Ulang Tahun Ke-30 Penandatangan Perjanjian Damai Hatyai” tetapi adalah “usaha untuk menghidupkan semula semangat komunisme yang lampau”. Malah, seperti disebut oleh bekas pengganas komunis, Tan Yi Yu, dalam perhimpunan itu, ia adalah untuk menegakkan kebenaran bahawa para pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan.

Tidak sukar difahami apa yang bakal berlaku jika kehendak bekas-bekas pengganas komunis dan para penyokong mereka supaya para pengganas komunis diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan tercapai. Malah, sebagaimana abu mayat Chin Peng dibawa balik atas dasar menghormati hasrat Chin Peng, apa lagi yang boleh menghalang hasrat beliau supaya patung tokoh-tokoh komunis turut diletakkan di Tugu Negara sebagai hero pejuang kemerdekaan?

Tidak menjadi masalah jika muatnaik-muatnaik mengenai perhimpunan di New Era University College dipadamkan dari Facebook penyokong pengganas komunis kerana saya sendiri sejak awal-awal lagi telah menyimpan muatnaik-muatnaik tersebut sebagai rekod peribadi. Di sini saya sertakan kandungan-kandungan muatnaik-muatnaik tersebut, dengan harapan agar ia akan dapat membantu siasatan pihak polis ke atas perhimpunan tersebut.

Penganjur perhimpunan tersebut adalah:

1. Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia (PPAKM)
2. Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (PPPM)
3. Persatuan Persahabatan Berpanjangan Malaysia (PPPTM)
4. Persatuan Pendidikan dan Budaya Tionghua Kuala Lumpur dan Selangor

Berdasarkan pengakuan Yeap Kian Kok pada 26 Jun 2017, PPAKM, PPPM dan PPPTM adalah tiga persatuan yang ditubuhkan dan dianggotai oleh bekas-bekas pengganas komunis.

Pengurus perhimpunan tersebut adalah:

1. Pengerusi Perhimpunan: Cheah Teng Hooi, 012-433 5153.
2. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perhimpunan: Wong Kam Leong, 012-322 6239.
3. Setiausaha Jawatankuasa Kerja Perhimpunan: Phang Meng Cheong: 012-252 4349.

Pemberi ucapan dalam perhimpunan tersebut adalah:

1. Profesor Dato’ Dr Abdul Rahman Embong: Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
2. Ronnie Liu Tian Khiew: Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Setiausaha DAP Selangor dan ADUN Sungai Pelek.
3. Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).
4. Indra Jaja Abdullah.
5. Tan Yi Yu.
6. Wong Pah Sam.
7. Ngeow Yinn Gee.

Profesor Dato’ Dr Abdul Rahman Embong direkodkan di dalam buku “Di Sebalik Rundingan Damai Hatyai” terbitan Alaf 21 sebagai pernah “melarikan diri ke sempadan Malaysia-Thailand dan bersembunyi di dalam hutan bersama Rejimen ke-10 PKM”.

Ronnie Liu Tian Khiew direkodkan meletakkan foto beliau memberi ucapan dalam perhimpunan itu sebagai “cover photo” Facebook beliau yang diiringi tulisan “salute to independepence freedom fighters and patriots” sebelum ia dipadamkan.

Indra Jaja Abdullah adalah bekas pengganas komunis, dan merupakan menantu kepada pemimpin komunis Melayu, Abdullah CD, begitu juga Tan Yi Yu dan Wong Pah Sam.

Lokasi perhimpunan tersebut adalah:

New Era University College.

New Era University College adalah institusi pendidikan tinggi milik Dong Jiao Zong melalui syarikatnya bernama Dong Jiao Zong Higher Learning Centre Bhd. Tapak kampus New Era University College asalnya adalah milik Merdeka University Berhad yang dimaksudkan untuk pembinaan institusi pendidikan tinggi Cina bernama Merdeka University tetapi diserahkan kepada Dong Jiao Zong setelah penubuhan Merdeka University terhalang.
Golongan yang memiliki New Era University College inilah yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sifatkan sebagai “puak ekstremis” yang “tindakan mereka tidak banyak berbeza dengan tindakan komunis dahulu” pada 30 Ogos 2000 dan yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sifatkan sebagai “rasis yang tak suka orang Melayu’ pada 12 Ogos 2019.

Timbalan Naib Canselor New Era University College, bernama Profesor Dr Lee Kam Hing, inilah yang mendesak supaya buku teks sejarah yang diguna pakai di sekolah dan di universiti sekarang diubah dalam forum bertajuk “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019.

Dan New Era University College inilah yang menimbulkan keributan kepada masyarakat tempatan apabila ia diberikan dana khas di luar bajet kerajaan dari Kementerian Kewangan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, pada 11 Januari 2019.

Bagi saya benda ini mudah saja, pemadaman muatnaik-muatnaik dari Facebook ini adalah semacam satu pengakuan bersalah, kalau tidak bersalah kenapa padam?
 – Buletin Asia

DR KAMARUL YUSOFF
Penganalisis politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Buletin Asia*

Monday, December 2, 2019

Pertemuan PKM: Saya pun risau, kata Muhyiddin

Diterbitkan Hari ini 1:03 tengahari

BERITA

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin hari ini menyuarakan kebimbangan dengan trend semasa yang membabitkan isu komunis hingga menimbulkan perasaan tidak baik di kalangan rakyat.

Justeru, Muhyiddin meminta semua pihak perlu menghormati kepelbagaian kaum, latar belakang dan keturunan yang ada di negara ini yang sememangnya sudah aman damai.

Kata Muhyiddin, pihaknya tidak boleh memandang ringan perkara terbabit kerana Malaysia sudah merdeka maka mengapa himpunan terbabit boleh berlaku.

“Saya pun rakyat malaysia. Jadi sebagai rakyat Malaysia saya pun risau. Kadang-kadang lebih dari risau kenapa mutakhir ini ada trend sebegini.

“Apakah negara kita sudah matang dari segi demokrasi, nak buat apa suka, siapa nak menunjukkan perasaan tertentu boleh buat sebegitu atau pun ada kesan lain?

“Apa yang penting bagi saya, sebagai menteri bertanggungjawab nak menentukan negara kekal aman sejahtera tiada pergolakan dan perkara yang boleh menimbulkan perasaan tidak baik di kalangan rakyat, itu penting untuk dipertimbangkan.

“Dalam mengatakan kita bebas boleh buat apa sahaja, kita nak kaji sekiranya apa yang dilakukan membawa kesan yang tak baik kepada negara dan di situlah, pihak kementerian memandang berat perkara sebegitu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen 2019 di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian mengulas mengenai pertemuan sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang, semalam.
Acara bekas anggota PKM yang turut dihadiri pemimpin politik
Awal pagi semalam dilaporkan, sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) menganjurkan acara di Kajang untuk memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani pada 2 Dis 1989.

Acara serupa juga akan diadakan di Hat Yai malam ini.

Penandatanganan perjanjian antara PKM dengan kerajaan telah menamatkan pemberontakan komunis selama 21 tahun di Malaysia dan membawa kepada pembubaran PKM.

Seramai 300 orang, kebanyakannya warga tua, menghadiri majlis memperingati perjanjian itu.

Ekoran daripada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya kini sedang menyiasat penganjuran program tersebut.

Mengulas lanjut berhubung langkah yang boleh dilakukan, Muhyiddin berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan bahagian risikan untuk melengkapkan siasatan penuh seberapa segera.

"Saya harap dalam minggu ini, polis dapat segerakan laporan berikutan perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana pelbagai benda boleh berlaku jika dibiarkan.

"Rakyat Malaysia mahu tahu perkara sebenar dan mereka tidak mahu cerita bohong atau palsu. Sudah pastinya rakyat mahu tahu apa yang berlaku dan sebabnya.

"Sebagai pihak agensi bertanggungjawab juga mahu tahu apa yang berlaku dan kita tidak boleh berlengah-lengah hingga tidak ada tindakan sewajarnya," katanya.

Teliti laporan penuh

Mengulas penyertaan beberapa pemimpin politik negara dalam pertemuan tersebut, Muhyiddin berkata pihaknya akan meneliti laporan penuh berhubung perkara itu.

"Kita akan teliti dahulu dan apa tujuan dia yang mungkin mahu tunjukkan perasaannya dalam majlis terbabit.

"Bagaimanapun, kita akan siasat apa yang berlaku dan menilai langkah yang perlu diambil berdasarkan pelbagai aspek dan sudut," katanya.

Semalam turut dilaporkan hadir ialah Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu, pemimpin veteran PKR Syed Husin Ali, Dr Michael Jeyakumar dari PSM dan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdul Rahman Embong.

Liu, yang telah memberi ucapan pada majlis itu, menegaskan bahawa dia menghadirinya atas kapasiti peribadi.

Wednesday, October 30, 2019

Muhyiddin sahkan DAP tiada kaitan dengan LTTE

FMT Reporters
-October 29, 2019 11:41 PM

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit.

PETALING JAYA:  Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengesahkan DAP, komponen Pakatan Harapan, tidak terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) meskipun dua daripada Adunnya telah didakwa mahkamah pagi tadi.

Bercakap di Parlimen hari ini beliau berkata, penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit dan bukan mewakili organisasi parti politik.

“Sebagai parti, DAP tidak terbabit, yang diambil tindakan adalah individu tertentu. Itu undang-undang bukan soal organisasi politik,” kata beliau yang juga presiden PPBM, satu lagi komponen PH.

Muhyiddin berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Awal bulan ini, dua Adun DAP merupakan antara 12 individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan usaha menghidupkan semula LTTE di Malaysia.
Individu terbabit dilaporkan bukan saja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah berkata tindakan polis menahan 12 individu itu adalah mengikut lunas undang-undang sementara beberapa pihak melabel DAP mempromosikan keganasan.

Minggu lalu, PAS meminta kerajaan mengharamkan DAP kerana wakil rakyat dan ahlinya ditahan kerana ada kaitan dengan LTTE.

Sepuluh daripada 12 individu yang ditahan termasuk 2 Adun DAP didakwa hari ini secara berasingan di mahkamah sesyen di lima buah negeri.

Sunday, October 13, 2019

PM beritahu kabinet serah pada polis siasat isu LTTE - Sumber


Kabinet pada mesyuarat mingguannya Jumaat lepas telah membincangkan penahanan dua Adun DAP kerana dikatakan terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kata sumber.

Sumber berkata, menteri kabinet khususnya dari DAP menyuarakan kebimbangan terhadap penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) ke atas pemimpin mereka.

"Ya, kami telah bincang dan beberapa menteri menyuarakan rasa tidak puas hati mereka," kata sumber itu dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Sumber lain berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata mereka menyerahkan kepada polis untuk menyiasat perkara itu.

"Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri hanya mendengar dan kata biarkan polis jalankan siasatan.

"Muhyiddin kata, beliau tidak tahu tentang penangkapan (kedua-dua Adun) itu," kata sumber lain.

Mesyuarat kabinet itu diadakan untuk membincangkan mengenai Bajet 2020 sebelum dibentangkan di Parlimen pada hari yang sama, menurut sumber.

"Kami tidak mempunyai banyak masa untuk membincangkan mengenai perkara itu, jadi kita akan bincang lagi (dalam mesyuarat kabinet akan datang)," menurut sumber itu.

Selain mesyuarat kabinet, sumber itu juga mengesahkan isu itu dibangkitkan dalam perbincangan tidak rasmi Pakatan Harapan (PH) seperti yang dinyatakan Ketua Sekretariat PH, Saifuddin Abdullah.

Saifuddin dilapor berkata isu itu telah dibincangkan secara tidak rasmi kelmarin dan pada masa itu, tiada keputusan dibuat.

Khamis lepas, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman Ayub Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan kedua-dua wakil rakyat DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, G Saminathan dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran adalah antara tujuh individu yang didakwa terlibat dengan LTTE, yang ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan wilayah Tamil Eelam di Sri Lanka.

Lima lagi ditahan semalam menjadikan jumlah tangkapan setakat ini seramai 12 orang.

Semalam, Muhyiddin berkata polis mempunyai bukti kukuh untuk menjalankan siasatan terhadap LTTE berdasarkan risikan dalam jangka masa yang panjang sebelum ini.

Friday, October 11, 2019

Mujur bukan Dap jadi Menteri KDN

oleh Mohd Puad Zarkashi


MUJUR BUKAN BANGSA DAP JADI MENTERI KDN

Tidak sama Bangsa Cina dengan “Bangsa DAP”. Bangsa DAP adalah spesis Lim Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang. Seperangai dengan YB Rayer Jelutong, YB Paul Yong (suspek perogol/ADUN Tronoh), YB P Ramasamy (Prof samseng/penyokong LTTE) dan YB Dato Norhizam Hassan Baktee (Aku YB atau engkau YB).

Kalau Bangsa DAP ini yang jadi Menteri Dalam Negeri, punah tanah keadilan dan rule of law di Malaysia.

Habis orang lain dianggap penjenayah,. Bangsa DAP dianggap suci bersih walaupun sebenarnya perogol, perasuah, perompak, penggadai aset dan pengganas.

Lim Guan Eng mendakwa tidak ada lagi pemimpin DAP yang akan ditangkap. Dia mendakwa dua ADUN yang ditangkap itu tidak bersalah. Bagaimana Guan Eng boleh mendahului kerja Polis. Apakah Guan Eng cuba menganggu kerja PDRM.

Sepatutnya sebagai anggota kerajaan, Guan Eng menyatakan, DAP menyerahkan kepada kebijaksanaan Polis dalam membuat siasatan dan biar Undang Undang memutuskan sama ada mereka bersalah atau tidak.

Malangnya pemimpin bangsa DAP masih lagi dengan perangai lama semasa menjadi pembangkang dulu.

Amat memalukan apabila 16 pemimpin keturunan India daripada DAP dan PKR menuntut dua ADUN DAP itu dibebaskan segera. Mereka juga adalah spesis Bangsa DAP.

Pemimpin Bangsa DAP ini melihat penahanan dan siasatan sebagai isu kaum. Mereka tidak peduli pun seorang wanita Melayu yang ditahan semata mata kerana memiliki buku yang dikaitkan dengan kumpulan “Daesh”.

Mereka menyamakan LTTE sama seperti perjuangan rakyat Palestine dan nasib manoriti Rohingya di Myanmar.

LTTE adalah pertubuhan bawah tanah dan pengganas yang berjuang tidak menggunakan saluran undang undang sama seperti PKM dulu.

Kita boleh bersimpati dengan rakyat keturunan India di selatan Seri Lanka jika mereka terpinggir, didiskriminasi dan dibunuh oleh Kerajaan Seri Lanka.

Tetapi kita tidak boleh menyokong LTTE kerana ia adalah pertubuhan haram yang mengangkat senjata.

Samalah kita bersimpati dengan masyarakat India beragama Islam di Jammu Kashmir yang dizalimi oleh Kerajaan India. Tetapi Malaysia tidak akan menyokong perjuangan bersenjata bawah tanah.

Begitu juga di Myanmar. Kita menyelar dasar “Ethnic cleansing” Kerajaannya. Umat Islam dibunuh, rumah dibakar dan dihalau ke Bangladesh. Walhal mereka mahu hidup di negara berkenaan sebagai warga negara yang sah.

Untuk membandingkannya dengan perjuangan rakyat Palestine lagi tidak tepat umpama langit dengan bumi.

Rakyat Palestine adalah mangsa keganasan Israel dan barat. Tanah mereka dirampas secara haram dan mereka merempat di negara sendiri.

Pihak Berkuasa Palestin di Gaza dan Tebing Barat adalah kerajaan yang sah. Mereka ada Parlimen, ada Presiden ada Perdana Menteri dan ada pilihanraya.

Kumpulan HAMAS juga menyertai pilihanraya. Dan mereka pernah menang sebelum dijatuhkan secara haram atas tajaan Amerika.

Rakyat Palestin melawan menggunakan senjata kerana pengganas Israel memceroboh wilayah mereka, mengebom sesuka hati dan membina penempatan haram.

Justeru jika Kerajaan PH tunduk kepada tekanan Bangsa DAP ini, terbuktilah kerajaan hari ini adalah puppet Bangsa DAP.

Thursday, July 4, 2019

Dewan Rakyat sebulat suara terima pindaan RUU Perhimpunan Aman

Faiz Zainudin
-July 4, 2019 8:00 PM

Sehingga Mei lalu sebanyak 1,592 perhimpunan aman diadakan di negara ini.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019, antaranya bagi memansuhkan kesalahan berkaitan protes jalanan.

Keputusan itu dicapai selepas majoriti wakil rakyat menyatakan persetujuan kepada pindaan itu dengan undian suara.

Pindaan RUU itu yang dibentangkan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dibahaskan oleh 24 ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Tidak ada suara tidak bersetuju, pindaan dipersetujukan,” kata Timbalan Speaker Rashid Hasnon.

Terdahulu ketika sesi pembentangan pindaan, Muhyiddin berkata RUU itu mengandungi 9 Fasal termasuk Seksyen 3, 4 dan 21 Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bagi memansuhkan kesalahan protes jalanan dan perbuatan itu tidak lagi menjadi kesalahan di bawah APA 2012.

Katanya, kerajaan berpandangan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata boleh diadakan sekiranya tidak membawa apa-apa ancaman atau memberi kesan terhadap keselamatan persekutuan atau ketenteraman awam.

Beliau berkata, protes jalanan itu juga hendaklah diadakan dengan mengambil kira perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

“Jika sesuatu protes jalanan menyebabkan kekacauan, gangguan atau membabitkan apa-apa perbuatan ganas atau perlakuan kesalahan jenayah, perlakuan itu boleh ditangani di bawah undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.

“Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 9 APA 2012 untuk memendekkan tempoh pemberitahuan suatu perhimpunan daripada 10 hari kepada 7 hari, sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, pindaan akta itu perlu bagi memberi lebih ruang kepada rakyat berhubung hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pindaan itu juga sekiranya berlaku kesalahan protes jalanan yang boleh menimbulkan kekacauan, kekerasan jenayah dan menjadi tidak aman, polis akan mengambil tindakan.

Beliau berkata, pada masa ini, hanya satu tempat diwartakan sebagai tempat berhimpun di bawah Seksyen 25 akta berkenaan iaitu Stadium Darul Makmur di Pahang.

“KDN bercadang mewartakan Padang Merbok dan Jalan Raja di Kuala Lumpur dalam masa terdekat, selain mengenalpasti lebih banyak tempat yang sering menjadi tumpuan sesuatu perhimpunan untuk diwartakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, berdasarkan rekod tahun lalu, sebanyak 8,668 perhimpunan aman diadakan.

Daripada jumlah itu, hanya 1 kes yang dituduh di mahkamah kerana melanggar Seksyen 9 akibat kegagalan mengemukakan notis pemberitahuan kepada pihak polis.

“Sehingga Mei lalu, sebanyak 1,592 perhimpunan aman diadakan. Pihak polis membantu dalam memudahcara semua penganjuran perhimpunan aman berkenaan dan sepanjang tempoh itu juga, tiada sebarang kes yang didakwa di mahkamah,” katanya.

Saturday, December 1, 2018

Muhyiddin ingatkan Perkasa jangan cetus ketegangan kaum

Diterbitkan 1 Dis 2018, 7:06 petang


Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengingatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) supaya tidak mengeluakan kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum pada himpunan yang diadakan di Kuala Lumpur esok.

"Elakkan daripada mengambil tindakan yang mengganggu ketenteraman awam atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam hubungan antara kaum.

"Pihak polis akan memantau perhimpunan ini untuk memastikan ia berlangsung dengan aman dan undang-undang negara dipatuhi.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.

Himpunan yang dinamakan sebagai Himpunan Jihad Perkasa itu diadakan bersempena mesyuarat dan persidangan agung tahunan pertubuhan itu.

Setiausaha agungnya, Syed Hasan Syed Ali berkata himpunan itu akan membangkitkan mengenai isu-isu semasa.

Muhyiddin dalam kenyataannya mengingatkan Perkasa mengenai insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield yang telah menyebabkan keresahan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

"Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan yang telah pun dapat dikawal pada masa ini," katanya.

Himpunan anjuran Perkasa itu diadakan seminggu sebelum perhimpunan Umno dan PAS bagi membantah usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Kerajaan bagaimanapun memaklumkan telah membatalkan hasrat meratifikasi Icerd.

Friday, June 29, 2018

Keluarga Najib mulakan proses undang-undang tuntut barangan yang dirampas

Bernama |Jun 28, 2018 23:38 MYT

Najib menegaskan, banyak barangan yang disita terkandung di dalam kotak yang dilabelkan oleh staf beliau dengan keterangan, gambar, tarikh hadiah dan identiti si pemberi hadiah. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan proses undang-undang untuk menuntut semula barangan mereka yang dirampas polis bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.

Keluarga bekas perdana menteri itu turut mengulangi, barangan yang dirampas itu kebanyakannya adalah hadiah daripada rakan-rakan, kenamaan asing termasuk kerabat diraja dalam pelbagai majlis termasuk lawatan rasmi dan acara keluarga seperti sambutan hari jadi, ulang tahun dan majlis perkahwinan.

"Sebahagian daripada barang yang dirampas milik saudara-mara dan pihak ketiga.

"Kami mempertikaikan kuantiti dan penilaian yang diberi dalam sidang akhbar oleh pihak polis memandangkan ia bersifat subjektif dan tertakluk bila hadiah itu diberi," kata Najib dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook dan Twitter beliau pada Khamis.

Beliau menegaskan lagi, kebanyakan barangan itu adalah hadiah terkumpul selama beberapa dekad, dan keluarganya tidak mengetahui berapa banyak yang telah dibayar oleh pemberi yang telah menghadiahkan barangan itu.

Najib berkata sebarang penilaian berdasarkan harga runcit dan pada harga semasa adalah tidak realistik, mungkin terlalu tinggi, yang akan memberikan gambaran menyimpang kerana barang-barang itu diterima sebagai hadiah sepanjang tempoh berpuluh tahun.

Beliau memberikan contoh, polis dalam sidang akhbar menyatakan bahawa jam tangan paling mahal Rolex Daytona yang dikatakan bernilai RM3.4 juta.

"Barang yang dirujuk oleh polis itu merupakan hadiah yang diterima baru-baru ini bersama beberapa barang bernilai yang lain oleh Menteri Dalam Negeri, yang juga seorang putera raja dari negara Timur Tengah yang melawat Malaysia pada Mac tahun ini.

"Sepatutnya pihak polis menyatakan barangan serta item lain yang dirampas itu, diletakkan di dalam sebuah kotak yang tertera lambang diraja sebuah negara asing.

"Fakta ini tidak sepatutnya ditinggalkan," katanya.

Najib juga menegaskan banyak barangan yang disita terkandung di dalam kotak yang dilabelkan oleh staf beliau dengan keterangan, gambar, tarikh hadiah dan identiti si pemberi hadiah.

"Sekiranya polis memanggil anggota keluarga kami untuk soal siasat berhubung perkara ini, kami akan menawarkan kerjasama penuh. Kami juga akan mencuba yang terbaik membantu polis mengenal pasti mereka yang telah menyumbangkan hadiah itu selama beberapa dekad.

Beliau berkata sama seperti kenyataan mengenai hutang inflasi yang melampau, anggaran nilai barangan yang dirampas sengaja diperbesarkan bertujuan untuk membalas dendam serta merupakan serangan politik ke atas keluarganya.

Pada Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata jumlah keseluruhan nilai barangan yang dirampas berkaitan dengan siasatan ke atas bekas perdana menteri antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.

Rampasan itu membabitkan serbuan di enam premis milik Najib dan dua anaknya di Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Mei.

-- BERNAMA

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-