Wednesday, July 11, 2018
Genap Dua Bulan… Semak 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan
11 July 2018 Berita Utama
Hari ini genap 2 bulan sejak Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran kerajaan. Bermakna kurang 40 hari untuk mereka menunaikan 10 janji 100 hari mereka. Semakan terhadap janji tersebut adalah seperti ini:
*1) Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.*
Belum ditunaikan!
GST belum dihapuskan, hanya dikadar sifarkan. Dijangka akan ada pembentangan memansuh akta GST pada sidang Dewan Rakyat bermula minggu depan. Kadar sifar GST tidak terbukti mengurangkan harga barangan. Tiada juga pengenalan apa-apa inisiatif peduli rakyat.
*2) Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.*
Belum terlaksana!
Harga RON95 sebelum PRU-14 masih kekal dan akan terus kekal sehingga akhir tahun. Kerajaan tidak melaksanakan subsidi bersasar sebaliknya kembali semula kepada subsidi pukal yang memberi lebih banyak kelebihan kepada golongan berpendapatan tinggi berbanding golongan yang memerlukan. Sistem subsidi pukal sebelum ini dikritik oleh badan antarabangsaa seperti Bank Dunia.
*3) Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA.*
Belum dilaksana!
Masih belum ada perkembangan lanjut berkaitan janji ini. Sebaliknya terdapat aduan dari peneroka FELDA yang masih belum menerima pembayaran wang sara hidup bulanan.
*4) Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah*
Ditangguhkan!
Kerajaan memberi alasan masalah kewangan negara menyebabkan janji ini tidak dapat dilaksanakan buat masa ini. Kerajaan juga memberi alasan peruntukan undang-undang tidak membenarkan perkara ini. Tiada kepastian sama ada akan terdapat pindaan terhadap akta KWSP pada sesi parlimen akan datang.
*5) Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.*
Belum tertunai!
Menteri Tenaga Kerja telah menyatakan gaji minimum baharu sektor swasta akan diumumkan pada bulan Ogos. Perintah Gaji Minimum setiap 2 tahun yang diperkenalkan kerajaan BN sememangnya akan tamat pada tahun ink selepas pelarasan terakhir pada 2016. Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah menyatakan gaji minimum akan menjejaskan peniaga kecil.
*6) Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.*
Hanya sebahagian!
Peminjam yang disenarai hitam sebelum ini telah dibebaskan dari sekatan perjalanan namun penangguhan bayaran sehingga gaji RM4,000 tidak dapat dilaksanakan atas alasan kedudukan kewangan negara.
*7) Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.*
Tiada Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan, siasatan hanya diperingkat jawatankuasa siasatan.
*8) Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.*
Tiada perkembangan!
Sebaliknya Petronas telah memfailkan petisyen bagi mendapat perisytiharan memiliki kuasa eksklusif bagi mengawal selia industri minyak dan gas di seluruh Malaysia, termasuk Sarawak.
*9) Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.*
Belum ditunaikan!
Kerajaan baru hendak menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji skim ini.
*10) Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.*
Belum terlaksana!
Tiada apa-apa hasil kajian secara lanjut dibentangkan untuk apa-apa projek mega. Sebaliknya kos pembinaan ECRL naik dari RM55 bilion kepada lebih RM80 bilion di bawah pentadbiran PH.
Shahril Sufian Hamdan (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
malaysiakini.com Diterbitkan Hari ini 5:58 pm Dikemaskini Hari ini 6:03 pm Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzah...
-
Oleh Wartawan BO 27/12/2017 Pemuda PAS bergotong royong membersihkan markaz baharu mereka KUALA TERENGGANU – PAS Kuala Terengganu be...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 22, 2023 6:22 PM Privacy Club Tun Razak memohon maaf kepada orang ramai susulan kontroversi melibatkan ac...
-
Pak Lah: Kit Siang bimbang ditolak di tempat sendiri 11:11AM Apr 6 2013 Tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk penasihat DAP ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -May 8, 2022 9:45 PM Presiden Umno Zahid Hamidi perlu membaca dan menghayati semula apa yang disepakati...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my Januari 8, 2023 Gambar fail, Perhimpunan Agung UMNO. - Foto Arkib NSTP M...
-
Bernama May 6, 2017 Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 21 dan 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pada pukul 1 pagi ini. ...
-
Bernama - September 27, 2018 8:01 AM Anwar berkata, baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, semua berpakat dalam p...
-
ULASAN Al-Abror Mohd Yusuf | Diterbitkan 17 Sep 2018, 12:15 tengah hari PULASAN | Jika kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadang...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.