Thursday, July 5, 2018

Jamal dibawa ke Mahkamah Ampang

Jamal

PUTRAJAYA - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tiba dengan menaiki penerbangan MH710 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.47 petang tadi.

Beliau kemudian terus dibawa ke Mahkamah Ampang selepas tiba namun, tidak dapat dipastikan sama ada untuk didakwa atau untuk mendapatkan perintah reman.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu, sebelum ini ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia selepas melarikan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Jamal didakwa di atas pelbagai pertuduhan termasuk di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan gangguan awam dan Seksyen 34 Akta Senjata 1960 berkaitan penggunaan senjata api.

Bagaimanapun kira-kira 40 petugas media gagal merakam gambar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu kerana dibawa keluar oleh polis melalui laluan khas selepas pesawat mendarat untuk segera dibawa ke mahkamah

Turut kelihatan beberapa orang penyokong pemimpin tersebut untuk menyambut ketibaan beliau. 

- K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-