Saturday, July 28, 2018

NGO, umat Islam bersatu dalam Himpunan Kebangkitan Ummah

MUHAMMAD AFHAM RAMLI 
& MUHAMAD ZAKWAN NAZARALY
28 JULAI 2018

Sebahagian peserta yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bharu. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

KUALA LUMPUR - Dianggarkan seramai 3,000 umat Islam dari seluruh negara membanjiri Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di sini, pagi ini.

Kehadiran mereka turut disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Salah seorang peserta tidak berganjak walaupun hujan semasa Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bharu. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

Selain itu, bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan dijadualkan akan memberi ucapan pada himpunan itu.

Perhimpunan tersebut yang bertemakan Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan laungan ‘Allahuakbar’.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-