Sunday, July 15, 2018

PM sahkan bekas hakim speaker Dewan Rakyat baru

Norman Goh
Diterbitkan 15 Jul 2018, 9:41 pagi 


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.

Ditemui pemberita selepas pertemuan dengan kerajaan Sarawak di Kuching hari ini, beliau berkata perkara itu akan diumumkan tak lama lagi.

"(Speaker baru adalah) bekas hakim," katanya.

Ketika ditanya adakah bekas hakim itu adalah Mohamad Ariff, Mahathir menjawab, "ya".

Pada 11 Julai lalu, Malaysiakinimelaporkan sumber berkata Mohamad Ariff mungkin dipilih selepas calon terdahulu Datuk Johari Abdul mencetuskan kontroversi ekoran kedudukannya sebagai ADUN Gurun.

Mohd Ariff juga ketua jawatankuasa disiplin AMANAH.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-