Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, July 20, 2018

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$104.6 bilion pada 31 Julai

Bernama | July 20, 2018
Bank pusat berkata paras rizab memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$98.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.9 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR – AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.6 bilion pada 13 Julai, 2018 berbanding AS$104.7 bilion pada 29 Jun, 2018.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$98.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.9 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR – AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

BNM berkata aset itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM423.08 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.30 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.25 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.25 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) dan aset lain (RM9.57 bilion).