cnews@nstp.com.my
DESAS-DESUS senarai nama Kabinet baru berakhir apabila seramai 36 Ahli Parlimen mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada 11 pagi hari ini.
Majlis istiadat angkat sumpah berkenaan berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Baginda sebelum ini berkenan menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.
Terdahulu, seramai 13 menteri Kabinet sudah mengangkat sumpah jawatan masing-masing.
Senarai nama Menteri
Syed Saddiq Syed Abd Rahman dilantik Menteri Belia dan Sukan
Redzuan Yusof dilantik Menteri Pembangunan Usahawan
Dr A Xavier Jayakumar dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Baru Bian dilantik Menteri Kerja Raya
Datuk Saifuddin Abdullah dilantik Menteri Luar Negeri
Teresa Kok dilantik Menteri Industri Utama
Yeo Bee Yin dilantik Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
Datuk Dr Mujahid Yusof dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
Khalid Abdul Samad dilantik Menteri Wilayah
Datuk Liew Vui Keong dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)
Darell Leiking dilantik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mohamad Din Ketapi dilantik Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Senarai nama Timbalan Menteri
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dilantik Timbalan Menteri Wilayah
Dr Md Farid Md Rafik dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)
Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu dilantik Timbalan Menteri Kewangan
Eddin Syazlee dilantik Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Shamsul Iskandar Md Akin dilantik Timbalan Menteri Industri Utama
Sim Tze Tzin dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
R Sivarasa dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dr Fuziah Salleh dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
Dr Lee Boon Chye dilantik Timbalan Menteri Kesihatan
Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Chong Chieng Jen dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
Hannah Yeoh Tseow Suan dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Teo Nie Ching dilantik Timbalan Menteri Pendidikan
Steven Sim Chee Keong dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Dr Ong Kian Ming dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mahfuz Omar dilantik Timbalan Menteri Tenaga Manusia
Mohd Annuar Mohd Tahir dilantik Timbalan Menteri Kerja Raya
Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
Mohamed Hanipa Maidin dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)
Datuk Kamarudin Jaffar dilantik Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Aziz Jamman dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri
Isnaraissah Munirah Majlilis dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
Berita lanjut menyusul
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 12:17 PM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.