Oleh Abdul Rahim Sabri
05 July 2018
Kerusi Sungai Kandis kosong apabila penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pagi Isnin lalu. — Foto oleh Ida Lim
KUALA LUMPUR, 5 Julai — PAS Selangor menafikan ia mencadangkan kerjasama dengan Umno bagi berdepan pilihan raya kecil Sungai Kandis.
Pengarah pilihan rayanya Roslan Shahir Mohd Shahir berkata cadangan kerjasama itu, bagi berdepan Pakatan Harapan (PH), “di luar bidang kuasanya”.
Namun Umno kini dilihat bermasalah, tambahnya, “lebih wajar Umno memberi laluan pada PAS untuk menghadapi PH dan tidak meletakkan calon mereka.”
“[...] penilaian awal kami, pertandingan satu lawan satu antara PAS dan PH adalah yang terbaik buat pilihan raya kecil ini...,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerusi negeri yang diwakili PKR itu kosong selepas kematian penyandangnya Shuhaimie Shafiei, 50, pada Isnin lalu akibat barah limforma.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata PKR negeri belum memutuskan calon yang sesuai menggantikan Allahyarham.
Sinar Harian melaporkan beliau akan menghantar laporan kepada pemimpin atasan parti sebelum menentukan calon yang bakal diketengahkan.
Timbalan presiden Datuk Seri Azmin Ali berkata PKR belum berbincang tentang calon sehinggalah tarikh pilihan raya kecill itu diumumkan nanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh itu minggu depan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.