Thursday, August 9, 2018

Aset pegawai, pengawal keselamatan JPM disita SPRM

WARTAWAN SINAR HARIAN
9 OGOS 2018

Sebahagian aset yang disita oleh SPRM, hari ini.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menyita beberapa lagi aset berharga yang dipercayai hasil penyalahgunaan wang peruntukan PRU14.

Menerusi kenyataan SPRM hari ini, tindakan itu adalah susulan daripada penahanan 17 pegawai dan pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam.

Menurut sumber, sehingga kini jumlah aset yang disita SPRM ialah wang tunai berjumlah RM978,800, lima kereta , 11 motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 unit telefon bimbit serta perkakas elektrik.

Lima kereta terbabit ialah sebuah Volkswagen Golf GTI , tiga Honda dan sebuah Perodua Alza.

Manakala 11 motosikal pula terdiri daripada lima buah berjenama Yahama dan selebihnya berjenama Honda
.
Kata sumber tersebut, kesemua kenderaan dan barangan yang disita tersebut kini masih dalam proses penilaian harga.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-