Monday, August 20, 2018

Dulu kritik, kini Dr M bangga kerjasama Proton-Geely, kata Najib

FMT Reporters | August 20, 2018

Ia susulan Dr Mahathir Mohamad menyuarakan harapan agar kerjasama Proton dan Geely akan meningkatkan proses menghasilkan kereta Proton yang lebih baik.

Najib Razak berkata semasa Dr Mahathir menjadi penasihat dan pengerusi Proton, syarikat itu kehilangan wang yang besar setiap tahun.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad selepas perdana menteri itu menyambut baik kerjasama Proton Holdings dengan Kumpulan Geely Holding.

“Di sebalik segala fitnah dan kritikan dibuat Tun Mahathir sebelum ini, semalam menyaksikan satu pengumuman yang membuktikan keputusan dibuat setahun lalu adalah satu langkah yang terbaik untuk semua.

“Sebanyak 60,000 pekerjaan diselamatkan dan Proton adalah pada kedudukan lebih kukuh untuk pertumbuhan,” katanya menerusi kiriman Facebook.

Mei tahun lalu, Dr Mahathir berkata langkah menjual kepentingan 49.9% dalam Proton kepada syarikat kereta China itu menandakan kehilangan ikon negara.

“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?”

“Kita sudah jual Proton kepada orang asing. Ini kereta nasional, dijual kepada orang asing dan tidak lagi ia menjadi kereta nasional, ia kini kereta asing,” katanya.

Bagaimanapun, dalam lawatannya ke China, Dr Mahathir menyuarakan harapan agar kerjasama strategik antara Proton dan Geely akan dapat meningkatkan proses menghasilkan kereta Proton yang lebih baik.

“Namun, seperti yang anda tahu, Geely sudah menandingi kita dari segi kualiti dan produktiviti industri kita. Dan saya percaya Proton boleh meraih manfaat daripada kerjasama dengan Geely,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata semasa Dr Mahathir menjadi penasihat dan pengerusi Proton, syarikat itu kehilangan sejumlah wang yang besar setiap tahun.

“Jualan menjunam, eksport sangat rendah dan ketinggalan dari segi teknologi. Proton berada dalam keadaan kritikal pada masa itu sehingga pembekal-pembekal tidak dibayar.

“Bukan sahaja pembekal Proton dan 60,000 pekerjaan berdepan risiko ketika itu, syarikat induknya, DRB Hicom turut menerima kesan.”

Disebabkan itu, katanya, Proton distruktur semula di mana kerajaan memberi pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion dan menjalinkan kerjasama dengan Geely.

“Setahun kemudian, saya gembira melihat Proton dan Geely menunaikan janji mereka dan membuat pengumuman untuk menjual kereta Proton dengan disaksikan oleh Dr Mahathir yang tampak sangat gembira biarpun hanya setahun sebelum ini, beliau mengkritik saya dan melalui tulisannya.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-