Diterbitkan 8 Ogs 2018, 2:01 petang
Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa pihak pendakwaan tidak bersedia untuk melakukan pendakwaan terhadap anak guamnya.
Shafee berkata, selepas tiga kali meminta dokumen berkaitan kes yang didakwa terhadap Najib sebelum ini, pihak pendakwaan baru memberikannya pada hari ini.
"Mereka hari ini baru bagi dokumen yang diminta. Sudah berminggu-minggu (minta dokumen tersebut).
"Mereka kata dah lama siap (dokumen berkenaan) tetapi hari ini baru dia bagi.
"Jadi kita beritahu hakim, tak boleh tergesa-gesa ambil tarikh perbicaraan, sebab kita kena tengok dulu dokumen tersebut, kena kaji dulu dan baru boleh pilih tarikh.
"(Pihak pendakwa) tidak bersedia.
“Kita minta banyak kali sebab Orang Kena Tuduh ada hak untuk lihat apa dia bukti yang kamu (pendakwaan) katakan dia bersalah, baru dia boleh buat dia punya pembelaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Najib sebelum telah berdepan pendakwaan lain atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.