Thursday, August 2, 2018

PH terbeban dengan janji manifesto

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
1 OGOS 2018

Dr Fathul Bari

KUALA LUMPUR - PH dilihat makin terbeban apabila manifesto 10 janji dalam 100 hari yang dijanjikan mereka pada PRU14 lalu dilihat sukar untuk dilaksanakan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, kerajaan kini lebih gemar menyalahkan pemerintah terdahulu daripada memfokuskan kepada melaksanakan manifesto yang telah dibuat.

Menurutnya, apa yang berlaku kini amat mengecewakan rakyat dan secara tidak langsung membuka peluang tohmahan dilontarkan kepada mereka.

"Mereka tidak boleh menyalahkan rakyat meminta manifesto itu dilaksanakan kerana itu janji mereka dan rakyat berhak menuntutnya.

"Mereka tidak boleh minta rakyat berhenti mempersoalkannya kerana isu penghapusan PTPTN dan tol misalnya adalah apa yang dimahukan rakyat apabila mengundi mereka," katanya dalam rancangan Ruangan Diskusi di Facebook Umno Online, sebentar tadi.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN sepanjang kempen PRK Dun Sungai Kandis, kononnya kerajaan PH gagal melaksana manifesto PRU14 lepas dan mempertahankan hak orang Melayu serta Islam.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri itu secara sinis bertanyakan semula kepada BN tempoh PH menjadi kerajaan Persekutuan berbanding BN yang sebelum ini menerajui pentadbiran kerajaan.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Wan Azizah tepis dakwaan PH gagal laksana manifesto ]

Mengulas lanjut, kata, Fathul bari PH tidak boleh terus menyalahkan kepimpinan terdahulu apatah lagi mereka kini memegang kuasa dan mempunyai keupayaan melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

"Saya sendiri secara peribadi mengharapkan satu kepimpinan yang lebih baik daripada PH itu sendiri terutama apabila melihat pemimpin dari PH terdiri daripada mereka yang hebat dan berlatar belakang pendidikan yang bagus.

"Tetapi apa yang dihidangkan kini begitu mengecewakan dan apabila sampai 100 hari nanti adakah mereka akan mengakui kegagalan?Itu kita kena tunggu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-