Tuesday, September 18, 2018

Dr M pertahan keputusan lepaskan Guan Eng

Faiz Zainudin
-September 18, 2018 5:58 PM

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusan melepaskan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berkaitan lot tanah dan pembelian rumah.

Perdana menteri maklum akan kritikan orang ramai tetapi mengingatkan bahawa pentadbiran lalu didakwa memangsakan pembangkang.

“Ada ramai orang buat seperti apa yang dilakukan Guan Eng tapi mereka tidak dipilih. Mereka menyasarkan Lim untuk menyingkirnya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Industri Pembekalan Elektrik (CEPSI) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menepis dakwaan mengatakan kes Lim itu seperti kes bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah pada 2011 kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan lot tanah dan rumah.

“Kes Lim tidak sama dengan Khir Toyo,” kata perdana menteri.

Pada 3 September lepas, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak mahu meneruskan pertuduhan terhadap Lim, dan seorang lagi individu, Phang Li Koon, selepas menerima dan meneliti representasi daripada pihak pembelaan.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan ditarik balik dan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan, lalu mengisytiharkan Lim dan Phang dilepaskan dan dibebaskan.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap 2 pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-