Friday, September 21, 2018

Ego Seorang Dewa

oleh Ab Jalil Backer


Suatu ketika dahulu Tun Razak membawa Mahathir pulang ke dalam UMNO, kemudian diamanatkan kepada Hussien Onn supaya Mahathir diberi laluan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Hari ini Mahathir hantar SPRM menggeledah rumah Tun Rahah, isteri Allahyarham Tun Razak, kerana hendak memalukan dan menghina Najib Razak.

Apa lagi wang yang hendak dicari di rumah tersebut kerana kita pun tahu, penyiasat pun tahu, hari ini Mahkamah pun tahu, wang RM2.6 bilion itu sudah dikembalikan ke akaun yang sama.

Apakah tidak cukup lagi dengan 32 pertuduhan ke atas Najib Razak setakat ini sehingga perlu menghantar orang menggeledah dan memecahkan siling rumah Tun Rahah?

Tidak ada sedikit pun perasaan kemanusiaan dan kasih sayang dalam diri Mahathir kepada orang di luar keluarga beliau.

Kepada sesiapa yang belum kenal, demikianlah cara Mahathir melihat sumbangan dan jasa orang lain. Anda hanya berguna apabila diperlukan untuk kepentingan dirinya.

Bawalah ego dan kesombongan itu ke liang lahad nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-