Najib dakwa Kit Siang tidak jujur
Datuk Seri Najib Razak hari ini terus ‘menyerang’ Lim Kit Siang dengan menuduh veteran DAP itu seorang yang tidak jujur dalam soal isu wang derma RM2.6 bilion diterima daripada Arab Saudi.
Dakwaan itu menghangatkan lagi perdebatan antara kedua tokoh politik itu di media sosial, di mana semalam bekas Perdana Menteri mencabar Kit Siang untuk mengakui sebahagian besar atau semua wang itu sudah dikembalikan, namun ditolak Penasihat DAP itu.
“Yang Berhormat Lim Kit Siang adalah ketua DAP, bapa kepada menteri kewangan dan sudah berkecimpung dalam politik lebih 50 tahun tetapi nampaknya, beliau langsung bukan seorang yang jujur.
“Semalam saya cabar Kit Siang untuk mengakui yang saya sudah kembalikan sebahagian besar atau semua RM2.6 bilion tetapi fakta itu sengaja disembunyikan oleh pihak Pakatan Harapan (PH).
“Pagi ini, beliau mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan saya biadap kerana mencabar beliau untuk mengakui yang RM2.6 bilion ini adalah dari penderma Arab. Lain saya cabar, lain dia tulis – malah tulis “put words into my mouth” (mengajar saya bercakap),” katanya.
Menerusi catatan terbaru di Facebook rasminya, Najib berkata, tindakan Kit Siang itu adalah bukti kukuh mengapa rakyat perlu berhati-hati dengan kenyataan daripada ahli DAP pada masa depan.
Beliau juga menegaskan akan mengemukakan lebih banyak bukti dokumen berkaitan isu itu bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.
“Kalau Kit Siang enggan mengaku yang dia tahu saya sudah kembalikan RM2.6 bilion itu dan tetap dengan persepsi serta tuduhan kononnya saya mencuri, merompak atau menyamun RM2.6 bilion ini dan simpan dalam poket saya, tidak perlulah beliau mahu secara terang menipu seperti ini.
“Kita biarkan dulu jika Kit Siang tidak mahu mengaku. Saya akan kemukakan bukti dokumen dan saya akan tanya dia lagi,” katanya.
Isnin lalu, buat pertama kalinya, Najib mendedahkan tiga dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada bekas Raja Arab Saudi yang mangkat, Allahyarham Raja Abdullah Abdul Aziz, mengesahkan dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah derma keluarga diraja berkenaan.
Tiga dokumen itu didakwanya diterima daripada Raja Abdullah, dengan satu daripadanya tertera perkataan Recognition of Contribution to the Islamic World (pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.
Dua lagi dokumen adalah penyata transaksi kewangan yang diterima bertarikh 24 Februari 2011 dan 25 November tahun yang sama.
Berita Harian

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.