Suara Tanpa Sempadan
Admin
October 22, 2018
KUALA LUMPUR – Sekalipun pemandu teksi menyuarakan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan e-haling khususnya Grab, kerajaan Pakatan Harapan nampaknya berkeras untuk mengekalkannya.
Menteri Pengangkitan Anthony Loke Siew Foke berkata Grab berhadapan dengan peraturan baru dan kerajaan akan menetapkan tempoh setahun untuk melaksanakannya.
“Memang kita (kerajaan) telah laksanakan peraturan terhadap e-hailing selepas kerajaan menetapkan membenarkan perkhidmatan itu di negara ini.
“Apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak, ia akan meletakkan industri e-hailing dan teksi dalam kedudukan yang sama,” katanya.
Terdahulu kumpulan pemandu teksi pernah mempertikaikan peraturan baru yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan seperti tidak dikuatkuasakan.
Loke ketika diminta mengulas mengenai pertemuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lebih 200 pemandu teksi Langkawi mang mencetuskan ketegangan akibat ketidakpuasan hati kumpulan itu menafikan kerajan tidak mengendahkan suara mereka.
Sesi dialog Mahathir dengan persatuan pemandu teksi di Langkawi pada Ahad bertukar kecoh seketika apabila segelintir dari mereka enggan mendengar penjelasan perdana menteri mengenai isu Grab.
Mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising serta bertindak meninggalkan dewan semasa perdana menteri masih berucap berhubung isu e-hailing.
Susulan tindakan tidak dijangka dari sekumpulan pemandu teksi itu, Mahathir meluahkan rasa kesal dan menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan Perdana Menteri.-
SuaraTv
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.