Diterbitkan 11 Okt 2018, 11:52 pagi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor untuk mengetepikan saman syarikat permata Lubnan susulan 44 barang kemas yang dikirimkan padanya.
Ini susulan Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin mengarahkan Pejabat Peguam Negara (AGC) memfailkan afidavit dalam tempoh dua minggu sama ada 44 unit barang itu berada pada polis selepas serbuan.
Selepas perkara ini dipastikan, menurut mahkamah, Rosmah boleh memfailkan permohonan baru (bagi mengetepikan saman).
Wong menetapkan 4 dan 5 Mac untuk mendengar saman itu.
Syarikat permata itu menyaman Rosmah Jun lalu susulan status tidak pasti berkaitan barang kemas yang dihantar padanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.