Thursday, October 11, 2018

Polis kenalpasi 6 lokasi Oktoberfest

Khairil Ashraf
-October 11, 2018 3:48 PM


KUALA LUMPUR: Polis mengenalpasti 6 tempat yang akan menganjurkan pesta arak Oktorberfest tahun ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis belum menerima permohonan penganjuran pesta daripada penganjur.

“Tak ada permohonan dibuat kepada kita tetapi kita tahu tentang perkara ini,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Fuzi berkata polis akan membenarkan penganjuran Oktoberfest sekiranya dibuat secara tersusun, tidak mengganggu ketenteraman awam, dan tiada risiko keselamatan.
Mohamad Fuzi Harun.
“Mungkin kita akan luluskan kalau kita nampak tak ada apa-apa masalah,” katanya.

Pada September 2017, pihak berkuasa tempatan menolak permohonan penganjur Festival Better Beer seminggu selepas PAS membuat bantahan dan menggelar acara tersebut pesta maksiat.

Penganjur memberitahu media keputusan menolak permohonan itu dibuat atas sebab pelesenan dan sensitiviti politik.

Kelmarin, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad membenarkan penganjuran Oktoberfest di ibu negara tetapi penganjur wajib mematuhi garis panduan tertentu, termasuk melarang orang Islam menyertainya dan tidak menganjurkan di tempat terbuka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-