Tuesday, October 16, 2018

Rafizi: Budaya politik wang makin membimbangkan

Bernama 
Diterbitkan 16 Okt 2018, 8:26 pagi


Budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti PKR, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Beliau berkata anggota parti perlu menolak calon-calon yang mengamalkan budaya itu dan memilih calon yang berlaku adil, berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di akar umbi.

“Sekarang kita berada di kedudukan yang diuji dengan politik wang kerana akan ada pihak yang menawarkan wang sebab bila dah jadi kerajaan ramai pihak yang berduit ini akan berminat dengan parti kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Rafizi Ramli sempena Pemilihan PKR 2018 di Seremban semalam.

Rafizi berkata antara sebab utama beliau mengambil keputusan bertanding jawatan timbalan presiden parti adalah kerana untuk membendung budaya politik wang daripada terus merebak dalam PKR.

Beliau juga menasihati calon PKR Negeri Sembilan untuk mendekati dari awal anggota parti yang akan mengundi selain bersedia dengan sebarang provokasi daripada pihak luar.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-