Sunday, November 18, 2018

PKR ditegur label Umno 'parti tahi'

Diterbitkan 18 Nov 2018, 11:30 pagi


KONGRES PKR | Tindakan perwakilan parti yang melabel Umno sebagai "parti tahi" ketika membahas ucapan dasar presiden di Kongres Nasional Keadilan ke-13 menerima teguran salah seorang naib presiden parti itu hari ini.

Semasa menyampaikan teguran itu John Ghani berkata sebagai parti pemerintah PKR perlu bersikap lebih matang dan lebih teliti.

Justeru katanya ungkapan "parti tahi" begitu tidak seharusnya terbit dari mulut perwakilan.

Jelasnya rakyat sedang menilai tindak-tanduk dan pertuturan pemimpin parti itu.

Oleh itu katanya, melabelkan Umno sebagai "parti tahi" adalah tidak wajar memandangkan sebahagian daripada pemimpin PKR hari ini datang dari Umno.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-