Friday, November 30, 2018

Tunjuk Islam kuat, PAS himpun bantah ICERD, kata Hadi

Diterbitkan  pada 30 November 2018
Oleh Abdul Rahim Sabri

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rusuhan kuil tiada kaitan dengan agama tetapi berkait dengan kaum di kalangan tertentu sahaja.Foto oleh Farhan Najib

MARANG, 30 Nov PAS tekad menyertai himpunan anti-perjanjian antarabangsa ICERD Sabtu depan bagi menuntut ketegasan kerajaan “celaru”.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata segelintir menteri mengeluarkan kenyataan berbeza mengenainya menunjukkan himpunan itu harus diteruskan, lapor Sinar Harian.

“Pandangan politik kita apabila ada menteri-menteri buat kenyataan, nak tangguh lagi, tunggu dulu, menandakan kerajaan dalam keadaan begitu celaru,” katanya.

“Kita perlukan penegasan. [Menteri] tidak menghormati perdana menteri. Jadi kalau menteri tidak hormat perdana menteri jadi kita kena tunjuklah kekuatan orang Islam.”

Presiden PAS menegaskan himpunan itu juga tiada kaitan dengan rusuhan di kuil dekat USJ 25, Subang Jaya kerana insiden itu melibatkan hal pelanggaran undang-undang.

Abdul Hadi berkata peristiwa itu tiada kaitan dengan agama tetapi berkait “dengan kaum hanya di kalangan yang tertentu sahaja”.

“Tidak boleh kalau pencuri naik rumah saya, saya laksanakan undang-undang sendiri. Mestilah pihak kerajaan yang laksanakan undang-undang terhadap pencuri itu, “ katanya.

Sambil mengerah seramai mungkin anggotanya hadir ke himpunan anti-ICERD, Abdul Hadi berikrar bahawa himpunan itu berlangsung dengan aman tanpa provokasi.

Umno, PAS dan kumpulan Melayu-Islam lain merancang untuk meneruskan himpunan itu di ibu negara 8 Disember ini walau polis belum meluluskan penganjurannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-