Monday, December 3, 2018

BAJU MELAYU: APA MOTIF ADUN DAP – MOHD IMRAN

By watan
on December 3, 2018


“Apa motif melarang wakil rakyat Melayu pakai baju Melayu”, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin.

Beliau berkata, Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim dilihat sengaja mencari ‘pasal’ apabila mendakwa pemakaian baju Melayu melanggar dengan peraturan dewan.

“Kita gesa Speaker DUN menarik semula peraturan tidak masuk akal ini. Sedangkan di Dewan Rakyat pun benarkan Ahli Parlimen dibenarkan memakai baju Melayu. Jika kita lihat ADUN PAS pun dibenarkan pakai jubah dalam Dewan Rakyat.

“DUN Selangor sepatutnya melangkah ke depan bukan melangkah ke belakang. Baju Melayu merupakan baju Kebangsaan dan dipakai oleh Raja-Raja Melayu serta para pemimpin tertinggi negara dalam kebanyakan acara istiadat rasmi.

“Oleh itu, kita menggesa DUN Selangor menarik semula larangan yang tidak masuk akal ini,” katanya kepada Watan Online pada Ahad.

Selasa lalu Suee Lim yang juga ADUN Sekinchan dari DAP menegur ADUN Taman Templer dari Parti Amanah Negara (PH), Sany Hamzan yang memakai baju Melayu sepanjang sidang DUN Selangor berlangsung.

Mengulas lanjut, Mohd Imran berkata, seseorang individu itu pada bila-bila mempunyai pilihan untuk memakai baju kebangsaan.

“Jika kita tengok DUN di negeri lain dan juga Parlimen bebas memakai baju kebangsaan atau baju Melayu pada hari lain selain hari Jumaat,” katanya.

Wartawan Watan Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-