
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan mengadakan majlis sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa pada Ahad ini, kata Pengerusinya Razali Ismail.
Suhakam terpaksa menangguhkan majlisnya dalam masa 24 jam selepas polis menyatakan terdapat risiko keselamatan.
"Pihak polis memberikan risiko keselamatan sebagai sebab penangguhan. Kami tidak berpuas hati.
"Ini bukan 'Malaysia Baru'... polis sepatutnya mampu mengendalikan risiko keselamatan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur.
Majlis tersebut akan berlangsung di Padang Timur, dari 8 pagi hingga 3 petang.
Terdahulu, Razali menyatakan kekecewaannya terhadap penangguhan majlis tersebut.
"Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia seakan-akan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga terpaksa menangguhkan acara sambutan yang dirancang sejak beberapa bulan yang lepas.
“Kami memohon maaf kepada orang ramai, tetamu kami, peserta dan sukarelawan yang terlibat dalam acara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.