Tuesday, December 4, 2018

Lelaki ditemui mati tertiarap, didakwa dipukul kerana curi pisang

Gambar lelaki maut terbaring di belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, didakwa dipukul kerana mencuri pisang orang kampung. Foto ihsan Twitter/MyWatch

MARANG, 4 Dis — Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40-an ditemui mati dalam keadaan tertiarap di bahagian belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang pada pukul 4.30 petang semalam dengan dua tandan pisang berdekatan kepalanya.

Gambar lelaki itu dengan kepalanya berdarah tular di laman sosial Facebook, dan maklumat dari WhatsApp yang ditularkan mendakwa lelaki itu dipukul sehingga mati kerana mencuri pisang orang kampung.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali ketika ditemui berkata polis sudah mengenalpasti suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, malam tadi. 

Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-