siti.sofia@bh.com.my
Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
- NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal
GEORGETOWN: “PAS jangan takbur”, demikian pesanan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir kepada kepemimpinan parti Islam itu.
Musa berkata, kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mahu UMNO dibubarkan melukakan hatinya dan semua ahli parti itu di seluruh negara.
“PAS kata dia parti Islam, tapi adakah Islam ajar supaya sakitkan hati orang lain?
“PAS menang berapa kerusi Parlimen? Jangan takbur, baru menang dua negeri sudah takbur,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah yang berpendapat UMNO sudah tidak mempunyai masa depan dalam politik negara ini dan mencadangkan parti itu dibubarkan segera.
NSTP semalam melaporkan Amar berkata, ini bukan kenyataan baharu PAS kerana sebelum ini beliau sudah menyuarakan pendapatnya mengenai isu sama.
Mengulas lanjut, Musa berkata, walaupun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran, tiada satu pun cawangan parti itu di Pulau Pinang yang dibubarkan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, UMNO juga masih mempunyai maruah dan kenyataan Mohd Amar dilihat seperti ‘cakap tidak serupa bikin’.
“Kata nak kerjasama dengan UMNO, tapi mengapa aibkan UMNO pula. Jangan depan cakap lain, belakang cakap lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.