Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my
PESERTA menunaikan solat secara berjemaah di Dataran Merdeka. FOTO NSTP
SOLAT berjemaah di Dataran Merdeka membuka tirai perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di ibu negara, hari ini.
Ribuan peserta memenuhi kawasan pekarangan Masjid Jamek dan pusat beli-belah SOGO dengan dikawal Jabatan Amal PAS diikuti solat hajat di Jalan Dataran Merdeka.
Peserta juga turut mengadakan solat sunat bagi memohon perpaduan dan kesejahteraan umat Islam seluruh negara.
Di kawasan sekitar pusat beli-belah Sogo, kira-kira 10,000 peserta perhimpunan solat berjemaah Zuhur di hadapan Sogo diimamkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Di Masjid Negara, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba jam 12.45 tengah hari semalam menunaikan solat Zohor di Masjid Negara sebelum menyertai perhimpunan membantah ICERD.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut bersama ratusan peserta perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD melafazkan ikrar 'wala' sebelum menuju ke Dataran Merdeka. Terdahulu, beliau yang mengenakan baju Melayu merah jambu menunaikan solat Zohor dan sunat hajat di Surau Ar Rahman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 1.45 tengah hari.
Antara lain, ikrar itu bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam, hidup dan mati kerana Allah dan Rasul. Solat hajat berkenaan bagi memohon keselamatan peserta himpunan agar berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan dan masalah.
Beliau kemudian bersama peserta bergerak ke LRT PWTC bagi menaiki tren dan turun ke stesen Masjid Jamek.
Lagi berita berkaitan Perhimpunan ICERD
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 6:06 PM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.