Thursday, January 24, 2019

8 projek 'sakit' bernilai lebih RM500j dikenal pasti di Johor

 Diterbitkan Hari ini 9:17 pagi


Sekurang-kurangnya lapan projek bernilai lebih setengah bilion ringgit dikenal pasti sebagai "projek sakit" kerana gagal disiapkan mengikut tempoh yang diberi di Johor.

Projek terbabit - antaranya melibatkan infrastruktur dan bangunan - didakwa terlewat selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun, lapor The Star.

Satu daripada projek yang dianggap "sakit" itu ialah bangunan baru Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri bernilai RM89.4 juta dan tertangguh sejak 2016.

Satu lagi projek bermasa ialah Klinik Kerajaan Ungku Tun Aminah yang bernilai RM18.9 juta dan terlewat hampir 15 bulan dari tarikh ia sepatutnya disiapkan.

Di Mersing, projek menaik taraf bangunan kerajaan (bernilai RM24 juta) dan membina serta menaik taraf bangunan sebuah institut (bernilai RM23.6 juta) turut gagal disiapkan mengikut jadual.

Sementara itu di Muar projek membina beberapa pejabat baru dengan nilai RM15.6 juta turut bermasalah. Kota Tinggi juga tidak ketinggalan mencatatkan projek sakit, membabitkan pembinaan sebuah jambatan baru bernilai RM6.6 juta.

Sekurang-kurangnya dua progek menaik taraf jalan di antara Bandar Penawar dan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) sudah tertangguh selama tujuh bulan.

Kedua-dua projek berkenaan membabitkan pelebaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong. Ia melibatkan 26.8km dengan nilai kira-kira RM358 juta.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor, Mazlan Bujang berkata projek terbabit diserahkan pembinaannya semasa negeri berkenaan di bawah BN.

Kerajaan baru, katanya, komited untuk memastikan semua projek pembangunan berkenaan diselesaikan.

"Saya sudah mengarahkan Jabatan Kerja Raya memantau semua projek terbabit secara teliti dan memastikan ia disiapkan," katanya.

Menurut Mazlan lagi kontraktor yang gagal menyiapkan projek itu wajar disenaraihitamkan bagi mengelak mereka terbabit dalam projek akan datang.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-