
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata penyelesaian luar mahkamah kes saman PAS terhadap Sarawak Report menimbulkan pelbagai persoalan.
— Foto oleh Yusof Mat Isa
KUALA TERENGGANU, 3 Feb — Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu mempertikai keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelesaikan kes saman Sarawak Report di luar mahkamah.
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata langkah itu menimbulkan “pelbagai persoalan” dan memperlihat presiden PAS seolah-olah cuba “menyorokkan sesuatu”, lapor New Straits Times.
“Mengapa ia diselesaikan di luar mahkamah dan kenapa tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan oleh kedua-dua pihak?” kata bekas pemimpin PAS, kini timbalan menteri.
“Adakah ada sesuatu yang cuba disorok Hadi dari rakyat? Saya percaya dia berhutang penjelasan terutama kepada orang ramai yang bantu beri derma untuk bayaran guaman. Rakyat perlu tahu”.
Semalam, Hadi memutuskan membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung kes saman fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, editor Sarawak Report.
Saman itu dibuat pada April 21, 2017 berikutan tuduhan yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta untuk menarik sokongan parti menyokong Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Mac tahun lalu, rakaman audio yang didakwa suara wakil rakyat PAS Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz mengakui menerima wang dari Umno tersebar di media sosial.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.