Monday, February 11, 2019

Nama PH busuk jika pemimpin ada ijazah palsu, kata penganalisis

Oleh Ida Lim
pada 11 February 2019
Sijil Datuk Marzuki Yahya mula menarik perhatian ramai apabila ia didakwa tidak wujud di Universiti Cambridge. 
Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 11 Feb Nama baik Pakatan Harapan (PH) rosak jika ia tidak membuang pemimpin seperti timbalan menteri luar yang didakwa memiliki ijazah yang meragukan.

Walau tiada kelulusan rasmi masih boleh diterima tetapi memilik ijazah palsu tidak, kata penganalisa politik Wong Chin Huat seperti lapor harian Singapura, The Straits Times.

"Tidak apa jika tidak mempunyai ijazah. Kita tidak memerlukan semua ahli politik menjadi teknokrat. [Tetapi] ia tidak baik mempunyai ijazah palsu," katanya. seorang penganalisis di Penang Institute.

"Jika orang-orang seperti Marzuki [senator Datuk Marzuki Yahya] ada, mereka akan menjatuhkan reputasi kerajaan mereka, PH dan parti mereka sendiri."

Ijazah Marzuki, juga setiausaha agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), menjadi perhatian apabila ia asalnya dikatakan daripada Universiti Cambridge.

Beliau kemudiannya menjelaskan kelulusan "pentadbiran perniagaan" itu daripada Universiti Antarbangsa Cambridge, bukan Universiti Cambridge yang berprestij.

Namun semakan mendapati Universiti Antarbangsa Cambridge di Amerika Syarikat sangat meragukan. Nama dan foto di laman webnya serta emelnya tidak dapat dipastikan.

Awak bulan ini, aduan polis dibuat oleh seorang aktivis politik di Pulau Pinang bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap senator berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-