Thursday, March 7, 2019

Saya tidak bayar RM1.4 juta kepada Clare, Pas pun tidak bayar – Abdul Hadi

By Wartawan MalaysiaGazette
- 7 Mac 2019

Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau dan partinya tidak membayar RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle-Brown yang didakwa untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.

“Dulu RM90 juta turun 1.4 juta. Pelik juga dari RM90 juta tak jumpa cari, turun kepada RM1.4 juta.

“Saya tak bayar, Pas tak bayar. Dakwaan itu tidak betul,” katanya ketika ditanya dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai bukti yang Ahli Parlimen Marang itu membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report.

Sidang media itu disiarkan secara langsung di Facebook Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Iman selepas beberapa ketika membiarkan isu tersebut tanpa sebarang ulasan.

Ditanya apakah tindakan Pas seterusnya dalam menangani isu tersebut, katanya, pihaknya akan menjelaskan kepada masyarakat apa yang sebenarnya berlaku.

Abdul Hadi turut menegaskan bahawa Pas adalah parti miskin dan mempunyai banyak penyumbang yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam.

Katanya, ada penyumbang termasuk bukan Islam yang datang sendiri kepada beliau untuk menghulurkan sumbangan terutamanya pada pilihan raya umum yang lalu.

Beliau berkata, Pas juga membiayai ribuan tadika Islam dan ianya memerlukan pembiayaan kewangan yang banyak. 

MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-