Monday, March 11, 2019

Tidak patut penjara 10 tahun hina nabi, kata Kit Siang

Diterbitkan 14 jam yang lalu pada 10 March 2019

Oleh Syed Jaymal Zahiid

Lim Kit Siang menganggap keputusan Mahkamah Sesyen menghukum penjara 10 tahun kepada individu yang menghina Islam sebagai ‘keterlaluan’. 
Foto oleh Firdaus Latif

KUALA LUMPUR, 10 Mac
― Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menyeru rakyat agar mendukung Perlembagaan Persekutuan dengan saling menghormati kepercayaan agama masing-masing.

Namun wakil rakyat Iskandar Puteri menganggap keputusan Mahkamah Sesyen menghukum penjara 10 tahun kepada individu yang menghina Islam sebagai “keterlaluan”.

“Semua rakyat Malaysia mesti menjunjung Perlembagaan Perekutuan dan menghormati semua agama di Malaysia,” kata pemimpin DAP dalam satu kenyataan hari ini.

“Tetapi tidak sepatutnya hukuman keterlaluan seperti penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuching kepada pengguna media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad.”

Pada Sabtu, polis memaklumkan seorang lelaki dihukum penjara lebih 10 tahun dan tiga lagi dituduh menghina Islam dan Nabi Muhammad di media sosial.

Baca seterusnya di Malay Mail.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-