Friday, May 10, 2019

Najib: Saya bukan mengajar rasuah, tapi cara beli banglo

News | Diterbitkan Hari ini 11:58 tengahari


Najib Razak hari ini menempelak kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyoal sama ada bekas perdana menteri tersebut yang kini dibicarakan atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa - akan mengajar penduduk tempatan mengamalkan rasuah?

“Eh! Tidak. Saya bukan ke sana untuk mengajar rasuah.

“Saya ke sana cuma nak bincang bagaimana untuk beli banglo jauh di bawah harga pasaran dari penjual yang ada kaitan perniagaan dengan kerajaan negeri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Bekas perdana menteri itu mengulas kes pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa Lim yang juga adalah menteri kewangan berhubung pembelian banglo di Pulau Pinang yang dikatakan di bawah harga pasaran.

Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau juga akan ke Sandakan untuk berbincang bagaimana kes rasuah yang sudah mula dibicara dalam mahkamah selama tiga minggu dengan 20 saksi telah memberi kenyataan boleh digugurkan begitu sahaja.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada September tahun lalu melepas dan membebaskanLim susulan pihak pendakawaan yang menerima representasi yang dikemukakan pihak pembelaan.
“Saya juga nak bincang bagaimana projek mega terowong RM6.3 bilion boleh dianugerahkan pada tahun 2013 untuk hanya mula dibina 17 tahun kemudian pada tahun 2030.

“Nak sembang juga kenapa laporan feasibiliti bernilai RM305 juta masih tidak dapat disiapkan selepas mengambil masa enam tahun.

“Nak bincang juga bagaimana pihak tertentu dijamin akan menang RFP yang kononnya telus dan bagaimana 10 peratus kepentingan projek itu serta hadiah wang tunai ratusan ribu berulang-kali diberi kepada beberapa pemimpin terkanan DAP,” katanya.

Menurut Najib, orang Sandakan juga mungkin berminat juga untuk mengetahui penutupan siasatan SPRM ke atas projek terowong Pulau Pinang itu.

Populariti Najib sejak akhir-akhir ini dikatakan melonjak dengan kempen "Malu Apa Bossku" yang dibawanya ke beberapa pilihan raya kecil sehingga menyaksikan kemenangan kepada calon-calon yang disokongnya itu.

“Ataupun saya sudah terlambat dan Guan Eng sudah bincang semua itu dengan orang Sandakan?” soal Najib secara sinis.

Pilihan raya Sandakan akan beralngsung esok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-