Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, May 23, 2019

Pembangkang desak kerajaan beri 'duit raya' kepada peneroka

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bh.com.my

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 
- NSTP/Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta pertimbangkan pemberian ‘duit raya’ kepada peneroka FELDA menjelang Aidilfitri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, bahawa tiada ‘duit raya’ untuk peneroka akan mengecewakan warga FELDA.

“Setidaknya ada sedikit sagu hati untuk mereka berbelanja dalam persiapan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata pemberian duit raya kepada peneroka sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka membuat persediaan sambutan Aidilfitri ketika harga barang meningkat.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri juga berkata pembangkang mendesak kerajaan supaya mengkaji cadangan supaya menangguhkan potongan hutang jika pendapatan peneroka kurang RM1,500.

“Akhirnya menteri janji untuk tangguhkan pembayaran hutang namun pendapatan mereka tetap dipotong untuk pembayaran hutang.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berkata kerajaan belum ada keputusan sama ada mahu memberi bonus atau duit raya kepada peneroka menjelang Aidilfitri tahun ini.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-