Saturday, May 4, 2019

Penganjur demo ‘pertahan Islam’ beri notis tak lengkap, kata polis

Faiz Zainudin
-May 4, 2019 9:39 PM


KUALA LUMPUR:  Polis akan memanggil penganjur Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam susulan kegagalan mengemukakan notis lengkap.

Ketua Polis Dang Wangi, Mohd Fahmi Visuvanathan berkata, pihaknya akan melakukan siasatan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap kepada polis.

“Pihak penggajur memang ada bagi notis kepada polis sebagai mana dikehendaki bawah Seksyen 9(1) APA, tetapi dalam akta sama ada dokumen sokongan lain yang perlu dilengkapkan,” katanya kepada FMT.

Menurut Fahmi, penganjur perlu mengemukakan dokumen kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pemilik kawasan perhimpunan kepada kepada polis 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

“Apabila himpunan dibuat di atas Jalan Tuanku Abdul Rahman, ia adalah bawah kawalan DBKL, jadi kita minta supaya (penganjur) melampirkan bersama surat balas atau kebenaran daripada DBKL.

“Memang pihak penganjur maklum mereka ada mohon kepada DBKL rapi tiada sebarang jawapan, jadi ia menyebabkan notis itu tidak lengkap.

“Apabila notis tidak lengkap, ia dianggap notis tidak diserahkan,” katanya, dan menambah Seksyen 9(1) itu berkaitan notis pemberitahuan.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan perhimpunan berjalan dengan baik dan tiada sebarang kekecohan berlaku.

“Sepanjang perhimpunan tidak ada sebarang insiden berlaku, tidak ada tangkapan, tidak ada rusuhan, perhimpunan berjalan lancar tiada sebarang perkara tidak diingini,” katanya.

Lebih 1,000 perserta menghadiri perhimpunan di ibu negara hari ini yang turut menghimpunkan pemimpin NGO dan parti politik daripada PAS, Umno dan Ikatan.

Perhimpunan itu membawa isu seperti kedudukan Islam, Statut Rom, kematian anggota bomba, Muhammad Adib Kassim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-